Ikan bonita hitam boleh ditemui di seluruh semenanjung terutama kawasan pantai, unjam dan kawasan ikan pelagik. Kadang kala kita boleh nampak ia berlegar di keliling bot pemancing.

 

Sebagai ikan pelagik, pergerakan harian lebih tertumpu kepada kawasan yang kaya dengan sumber makanan seperti tukun, unjam, boya dan pulau berkarang. Ia juga sering berenang bersama-sama dan menjadi teman setia kepada ikan yu paus (whale shark).

 

Ia biasanya mengemudi yu paus dengan berenang di hadapan (kadang-kala bawah mulut) seolah-olah betul-betul di dalam mulut besar yu paus yang hanya memakan plakton. ini menjadikan bonita hitam agak terselamat dari sebarang serangan pemangsa lain seperti jerung dan alu-alu dengan adanya ‘bodyguard’ di belakang.

 

Kenali Fisiologi Bonito Hitam!!

 

bonita hitam salah satu spesies pelagik yang gemar meronda di merata tempat bukan saja di permukaan air, malah di dasar, pertengahan air dan kawasan pantai. Ia merupakan spesies tunggal yang mewakili satu keluarga Rachycentridae. Ikan gemi walaupun satu lagi spesies yang hampir serupa bentuk badan dan warna namun ia adalah keluarga yang berbeza.

 

bonita hitam mempunyai badan tegap seperti selinder membujur, berwarna coklat gelap serta satu jalur warna cerah (putih). Berekor tirus bercabang berbeza dengan haruan atau toman yang mempunyai ekor bulat.

IKLAN

 

Begitupun ia boleh disifatkan pemburu atau gemar makan menyambar dengan rakus bak toman yang kelaparan. Jaluran warna cerah memudahkan pemancing mengenali spesies ini dengan mudah apabila ia berada di dalam air.

 

Kenali Fisiologi Bonito Hitam!!

 

Barisan gigi halus atas dan bawah membuatkan sukar untuk mangsa melepaskan diri dari cengkaman memberi kelebihan kepada pemancing apabila ia meragut umpan yang di hulurkan. Bermata kecil dan mempunyai kepantasan renang yang laju hasil tujahan ekor cabang yang lebar.

 

IKLAN

Ia boleh membesar sehingga 2meter dan berat maksimum sehingga 78kg. Saiz yang biasa di temui sekitar 0.5meter hingga 1meter. Spesies jantan dan betina sukar dibezakan dengan sekali pandang. Ia seakan -akan sama.

 

bonita hitam adalah ikan pelagik pemburu. Ia sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan lain-lain anak ikan yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.

 

 

Taksonomi:

 

IKLAN

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Racgycentridae

Genus: Rachycentron (Kaup, 1826)

Species: R. canadum

Binomial name: Rachycentron canadum

 

Kenali Fisiologi Bonito Hitam!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI