Nama aya kurik mungkin sedikit asing kerana spesies ini lebih dikenali sebagai ikan tongkol, tongkol putih atau ikan kayu. Ia mendapat ikan kayu merujuk kepada tekstur isinya yang sedikit pejal atau keras.

 

Berbanding saudara rapatnya aya hitam, aya kurik (termasuk juga aya budak) ini tidak dianggap sebagai `true tuna’ atau tuna sebenar berikutan ia bukanlah dari genus Thunnus yang lebih memiliki kombinasi ciri-ciri tuna sebenar.

 

Kenali Spesies Tuna Terbanyak Perairan Kita

 

Aya kurik membawa nama saintifik Euthynnus affinis dan dengan beberapa nama umum seperti kawakawa, bonito dan mackarel tuna. Ia merupakan spesies marin bersifat pelagik-neritik.

 

Taburan ikan tongkol sangat meluas dan merupakan ikan natif kebanyakan negara termasuklah Malaysia. Spesies Indo-Pasifik Barat ini umumnya hidup di lapisan sub permukaan laut berkadar garam rendah dan bersuhu 26-28 darjah celsius.

 

Malahan tongkol juvenil boleh ditemui di kawasan teluk serta pesisir pantai. Pada kebiasaannya juga tongkol juvenil boleh ditemui dalam kelompok atau kawanan 100 hingga 5000 ekor mencari makan di permukaan air.

IKLAN

 

Kenali Spesies Tuna Terbanyak Perairan Kita

 

Tidak sebagaimana tuna gergasi yang lain, spesies E. affinis ini hanya mampu membesar panjang maksimum sehingga 100 cm. Umumnya spesimen yang biasa ditemui hanya sekitar 50-60 cm sahaja. Ikan tongkol dikatakan tidak terlalu memilih daripada segi diet pemakanannya. Lazimnya ia menjadikan ikan-ikan kecil seperti bilis, sotong serta krustasea sebagai makanannya.

 

Morfologi

 

Dari sudut morfologi, bentuk badan ikan tongkol umpama torpedo dengan kulit licin, tidak bersisik kecuali pada korselet dan garis rusuk. Bahagian belakang tongkol berwarna biru gelap metalik, dengan pola lorek mengiring yang rumit mulai daripada pertengahan sirip dorsal pertama.

IKLAN

 

Kenali Spesies Tuna Terbanyak Perairan Kita

 

Sisi badan dan perut berwarna putih keperakan, dengan celoreng berwarna gelap di antara sirip dada dan sirip perut, yang tidak selalu hadir. Tongkol turut memiliki barisan gigi kecil.

 

Sirip dorsal pertama dan kedua terpisah antara satu sama lain. Sirip-sirip kecil (ridip atau finlets) hadir selepas sirip dolsal kedua membawa ke pangkal ekor di bahagian atas dan bawah badan.

 

Pangkal ekor pula terdapat susunan sisik yang keras tengah pangkal ekor (tunas atau median keel) yang mampu melukakan tangan jika dikendalikan secara tidak betul.

IKLAN

 

Kenali Spesies Tuna Terbanyak Perairan Kita

 

Ikan-ikan aya adalah jenis spesies yang mempunyai darah yang banyak, hanyir sedikit kesan dari bau darah yang berlebihan, cepat mati apabila berada di atas air dan kurang menggelepar seperti mana ikan-ikan karang.

 

Ikan aya kurik ditangkap secara komersial oleh nelayan dan merupakan tangkapan yang penting di pelbagai negara di wilayah sebarannya. Aya kurik banyak ditangkap di Filipina, Malaysia, Pakistan dan merupakan tangkapan terpenting di India.

Ia ditangkap sebagai sumber protein dan mempunyai nilai gizi yang tinggi. Ia turut memiliki kandungan protein yang cukup baik dari sudut jumlah dan kualitinya.

 

Kenali Spesies Tuna Terbanyak Perairan Kita

 

Dari aspek perikanan rekreasi pula, tongkol bukanlah spesies buruan popular sebagaimana tuna. Namun ia tetap spesies ikan sukan yang seronok dipancing dengan menggunakan peralatan pancing yang bersesuaian.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI