Cymothoa exigua adalah krustasea parasit yang termasuk dalam keluarga Cymothoidae. Parasit ini memasuki ikan melalui insang, dan kemudian menempel di lidah ikan.
Cymothoa exigua betina memiliki panjang sekitar 8–29 mm dan lebar sekitar 4–14 mm. Sementara yang jantan memiliki panjang sekitar 7–15 mm dan lebar sekitar 3–7 mm.
Parasit betina menempel di lidah, sementara parasit jantan menempel di lingkungan insang di bawah dan di belakang parasit betina. Parasit ini menghisap darah melalui kaki cakar hadapannya sehingga lidah ikan mengalami simpton atrophy akibat kekurangan darah.
Ads
Ads
Cymothoa exigua kemudian menggantikan lidah ikan dengan menempelkan tubuhnya sendiri ke otot potongan lidah. Ikan tersebut mampu menggunakan parasit tersebut seperti lidah biasa. Dalam erti kata lain parasit ini tidak mengakibatkan kerusakan besar bagi ikan yang menjadi rumahnya.
Ads
Ia dianggap tidak berbahaya bagi manusia kecuali jika disentuh kerana akan terkesan dengan gigitannya. Di Puerto Rico, C. exigua pernah menjadi subjek dalam tuntutan mahkamah terhadap pengusaha pasar spesies ini ditemui di ikan snapperyang berasal dari Pasifik Timur, kerana menyangka ia haiwan beracun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Goonch catfish, yang juga dikenali sebagai giant catfish, adalah spesies catfish (ikan bermisai) berukuran monster yang ditemukan di beberapa daerah pegunungan di India, Nepal, dan lokasi berdekatan lainnya, termasuklah Malaysia.
Walaupun dari spesies yang sama, ikan yang dinamakan kenerak, baung kenerak atau baung askar ini tidak sempat membesar tahap monster di negara kita.
Di peringkat global, ia juga juga dikenali dengan banyak nama seperti giant devil catfish, giant painted catfish, killer catfish, dan juga sand shark. Ikan berskala besar dan bergigi ini mendapat nama jolokan ‘monster sungai’ karena ukurannya yang besar dan kecenderungan bersifat agresif. Namun, populasi tepat ikan ini di alam liar tidak diketahui.
Klasifikasi Spesies
Belum ada subspesies dari ikan ini yang dideskripsikan oleh ahli biologi.
Karakteristik Perilaku
Sangat sedikit yang diketahui tentang perilaku ikan monster ini di alam liar. Mereka tidak hanya pemakan rakus, tetapi juga perenang yang sangat gagah dan lincah meskipun ukurannya besar.
Taburan dan Habitat
Taburan alami mereka adalah India dan Nepal, dan mungkin juga di beberapa bahagian lain di Asia Selatan dan Tenggara. Mereka mendiami sungai pegunungan yang besar, termasuk yang memiliki arus deras. Ia paling mudah ditemui di Great Kali River.
Ramai pemancing yang telah cuba memancingnya melaporkan bahawa goonch ahli dalam ‘mengunci’ diri mereka dalam posisi mereka sedemikian rupa sehingga sebenarnya amat sukar untuk menarik keluar dari dasar sungai, sebaik saja tercangkok mata kail.
Ada sumber mendakwa bahawa ikan ini telah terlihat bertempur dengan buaya air tawar besar, bahkan menyerang dan memakan manusia. Dalam pada masa yang, mereka juga disimpan di akuarium besar sebagai haiwan peliharaan di seluruh dunia termasuklah di zoo akuatik.
Perairan negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan marin. Salah satu daripada spesiesnya adalah ikan pari.
Ikan pari itu sendiri terdapat pelbagai spesies namun 8 daripadanya agak popular atau lebih dikenali.
PARI RIMAU
Inilah antara pari yang paling mencabar untuk didaratkan. Apa tidaknya, daya tarikan dan renangan pari rimau pastinya mampu melemahkan otot-otot dan sendi pemancing.
Pari rimau ini mendapat namanya kerana corak di badannya yang bertompok seakan-akan harimau. Tidak hairanlah tenaganya juga sekuat raja rimba itu.
Habitat bagi spesies ini kebiasaannya ialah di kawasan pantai yang berbatu.
PARI BETING
Pari beting menjadi antara pari yang paling popular di Malaysia. Menurut para nelayan tempatan, pari beting ini mendapat namanya kerana ia sering menjadikan beting pasir sebagai lokasi untuk berehat dan memburu mangsanya.
Kebiasaannya pari jenis ini akan membenamkan diri ke dalam beting pasir apabila terdapat ancaman.
PARI KARANG
Ikan pari karang ini boleh dikenal pasti dengan melihat bintik-bintik biru di badannya.
Isinya juga lebih tebal, namun saiznya tidaklah boleh mencapai sehingga belasan kilo. Kebiasaannya saiz yang biasa dinaikkan pemancing adalah sekitar 1 kg sahaja.
Spesies ini juga agak pemalu dan amat susah sekali untuk memakan umpan.
PARI KELAWAR / BENDERA
Pari jenis ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ia berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan.
Namun, ia masih menjadikan udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.
PARI DAUN
Pari ini mempunyai isi yang lebih tebal dan pangkal ekornya juga lebih besar berbanding ikan pari yang lain.
Pada bahagian ekornya juga terdapat layar kecil yang berwarna kehitaman. Ikan pari jenis ini juga dikatakan amat bahaya kerana ia agak agresif.
PARI LANG
Pari lang (helang) juga antara spesies yang makin sukar didapati di Malaysia ini. Ikan ini mendapat namanya kerana bentuknya yang kelihatan seakan-akan burung dan mempunyai bintik-bintik berwarna putih di sekitar badannya.
PARI MINYAK
Spesies pari minyak sememangnya amat popular di dalam arena memancing laut dalam. Ini kerana saiznya yang begitu besar dan asakan padu ikan jenis ini memang menjadi kegilaan untuk sukan ini.
Ikan pari minyak senang juga dikenal pasti kerana badanya berwarna hitam dan mempunyai tompok putih di sekitar badannya.
PARI TANJUNG
Sekali imbas sememangnya agak mengeliru antara pari tanjung dengan pari beting atau pari daun. Sebenarnya ciri pengenalan pari mudah untuk diingati.
Pari tanjung memiliki bahagian kepala yang agak meruncing tak ubah seperti sifat geografi sesebuah tanjung.
Sesetengah orang menganggapnya seperti tanduk. Habitat pari tanjung biasanya di beting-beting pasir dan juga kawasan yang berlumpur.
Ikan pisang-pisang atau lebih lebih popular dengan nama global, rainbow runner adalah spesies ikan yang mudah dikenali.
Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Berbentuk selinder bulat memanjang.
Kesempurnaan ciptaan ikan ini pula dilengkapi berekor tirus bercabang untuk pecutan maksimum.
Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Ikan yang diambil sempena nama buah ini adalah spesies yang memiliki sirip lembut dan tidak mempunyai gigi. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis.
Ia mampu membesar sehingga 180cm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg! Di perairan negara kita kebanyakan spesimen yang diperoleh sekitar 2kg hingga 10kg sahaja.
Ikan pisang-pisang kecil pula amat popular untuk mengumpan pemangsa besar seperti marlin namun ia jarang diamalkan di negara kita. Tidak dapat dipastikan berat maksimum yang pernah dipancing di Malaysia kerana tiada maklumat terperinci.
Habitat dan tabiat
Ikan pisang-pisang boleh ditemui laut luas mahupun kawasan pesisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10meter dan berkeupayaan meronda hingga 150meter dari permukaan.
Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama.
Ia boleh dikatakan terkenal di seantero dunia dengan panggil rainbow runner yang membawa maksud sejenis ikan laju berwarna warni pada badannya.
Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang.
Cuma pisang-pisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.
Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak mahupun di Sipadan, Sabah.
Tidak pernah dilihat ia meronda di pinggir pantai kurang dari 15 batu nautika. Paling hampir dilihat ialah di Pulau Tenggol, Terengganu, semasa memancing di bangkai kapal karam.
Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schooling). Disifatkan spesies tidak merbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan ia mempunyai racun Ciguatera.
Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksid.
Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pisang-pisang ini amat popular sebagai game fish mahupun food fish di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia.
Manakala di Jepun dihidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya di peroleh di lokasi jauh dari pesisiran pantai.
Pengenalan: Terdapat 2 jalur biru muda dan 2 jalur kekuningan di sepanjang badannya. Bentuk memanjang dan berekor tirus bercabang
Diet: Anak ikan kecil dan Invertebrates
Habitat: Ikan pelagik dan marin pada kedalaman 10 hingga 150 meter
Taburan: Seluruh kawasan perairan sub-tropika serata dunia. Hampir keseluruhan Semananjung, Sabah dan Sarawak kecuali di Selat Melaka berdekatan Melaka dan barat Johor.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...