Buah ara atau nama saintifiknya Ficus auriculata lour diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.
Ciri buah ara berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak. Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.
Ads
Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini. Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.
Ads
Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah, tengas, jelawat, patin dan banyak lagi spesies ikan sungai air tawar. Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun.
Ads
Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini. Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Hampir semua teknik memancing ikan berparuh ini ialah di permukaan dan pertengahan air. Belum pernah saya mendengar ia dipancing melalui teknik pancingan dasar.
Di antara kaedah utama memancingnya ialah menunda dan berhanyut.
Menunda (Trolling)
Menunda disifatkan cara mudah menjinakkan ikan berparuh seperti mersuji dan layaran, dan ia diamalkan secara meluas di Australia serta beberapa negara lain.
Kebanyakannya menggunakan umpan tiruan seperti skirt tundaan dan gewang replika ikan.
Bagi kaedah tundaan di negara kita, bot bergerak dengan kelajuan 5-12 knot. Jika menggunakan gewang replika ikan, kelajuan bawah 7 knot disyorkan sesuai dengan kelajuan standard bot nelayan kita.
Gewang pula bersaiz 18 disyorkan. Jika bot dinaiki mampu memecut lebih dari 10 knot, gewang skirt tundaan disyorkan.
Jika anda mengunakan gewang replika tanpa lidah (bibless) sukar sedikit menjerat layaran kerana jenis gewang ini adalah selaman dalam.
Menunda mengunakan ikan hidup atau mati (biasanya tongkol, kembong atau sotong jarum) banyak diamalkan oleh tekong berpengalaman atas faktor penyediaan umpan itu sendiri.
Berhanyut (Drifting)
Cara ini paling digemari oleh ramai pemancing jika berada di kawasan unjam. Teknik hanyut dikaitkan dengan umpan hidup dan dibiarkan bebas berenang tanpa pemberat.
Jika kelajuan arus keterlaluan, pemberat kecil bersama belon sering dipratikkan. Ia hanya sesuai bagi pemancing yang membarisi belakang bot.
Teknik pertengahan air dengan pemberat kecil ini banyak diamalkan oleh tekong dan diikuti pula oleh golongan pemancing.
Walaupun pada dasarnya tekong tidak berminat dengan ikan berparuh kerana tujuan sebenar ialah untuk tenggiri, tetapi layaran atau mersuji tidak terkecuali menjadi mangsa.
Cara ini sesuai diguna pakai oleh pemancing yang berada di haluan dan tengah bot. Tanduk adalah perlu untuk teknik ini. Pertengahan air boleh diertikan umpan berada pada para 7 hingga 10 depa dari permukaan.
Peralatan
Jika berhajat untuk memancing ikan berparuh dengan tahap kepuasan paling optimum, gunakan peralatan kelas menengah (mid-action) dan disyorkan guna tangsi kekuatan tali utama 20 hingga 40lb.
Jangan lebih kerana layaran terutamanya adalah spesies lemah di mana ia kuat hanya untuk beberapa kali loncatan ke udara.
Tapi jangan terlalu lama sangat bertarung bimbang ia terlalu letih dan sukar untuk dipulihkan semula. Tambahan pula jika ia mengeluarkan urat perut/usus berwarna merah maknanya ia sudah sampai di akhir jalan.
Perambut 50lb-60lb sudah memadai. Mata kail ketajaman kimia (chemical sharpness) yang mudah reput oleh air masin digalakan guna pakai.
Saiz mata kail umumnya no. 3/0 hingga 7/0. Layaran banyak telan ke dalam perut umpan (teknik hanyut).
Elak keluarkan mata kail yang jauh terpelusuk ke dalam perut, potong sahaja perambut tanpa menaikkan ikan ini ke bots.
Lakukan semua ini waktu ikan berada di dalam air. Bagi mengelakkan perkara ini amat disarankan menggunakan mata kail jenis lingkar.
Kerana ia dianggap sebagai salah satu ikan berprestij, maka sesi fotografi kadang kala memberi kesan yang amat besar.
Namun pada masa sama kelekaan bergambar boleh menyumbang kepada kematian ikan ini. Seboleh bolehnya jika bergambar di atas bot, pastikan ia dilakukan kurang dari 2 minit dan sebaiknya adalah ketika ikan itu di dalam air (separuh badan).
Perlu diingatkan ini ini amat lemah tanpa air dan cepat kering kulit luarnya. Ramai lagi pemancing menaman cita-cita memperolehi lesen seumur hidup.
Bergambar dengan mangsa terkulai kekeringan di atas bot adalah kepuasan bagi mereka. Pendamkan hajat bergambar ikan ini di atas bot.
Kepuasan sebenar ialah pabila kita menewaskannya kemudian berjaya membenarkan ia berenang bebas semula kehabitat di mana ia ditakdirkan berada di situ oleh ketentuan alam.
Apakah yang dimaksudkan dengan slow pitch jigging? Slow pitch jigging adalah sama atau dikenali sebagai ‘slow jigging’. Apakah perbezaannya dengan teknik lama ‘hispeed jigging’?
Hi-Speed Jigging adalah kaedah menurunkan jig ke dasar dan akan di karau dengan laju. Ia akan menjadikan otot tangan menjadi keras dan sakit, namun ia masih satu cara memancing yang menarik dan ia berfungsi dalam banyak keadaan.
Kadang-kadang kaedah lama ini menyebabkan ramai kaki pancing yang telah berumur enggan mencuba kaedah lama ini kerana cepat pancit!
Tetapi slow pitch jigging adalah satu kaedah jigging yang berbeza sekali dibandingkan dengan kaedah hi-speed jigging. Teknik slow jigging boleh dilakukan dengan `suku,
setengah’, ‘setengah, suku’ atau ‘satu karauan’ dan ‘satu henjutan’ pada joran dengan cara yang perlahan sekali.
Nampak mudah, kan? Ya ia adalah satu teknik yang benar-benar mudah kerana anda sebenarnya tidak perlu menyeksa otot anda dan memerlukan stamina dan kekuatan yang kuat.
Percaya atau tidak kaedah slow pitch jigging memang satu kaedah yang menyeronokkan dan sebenarnya banyak ikan akan lebih mudah terjerat dengan kaedah ini.
Slow pitch jigging adalah kaedah yang mampu memperdayakan pelbagai jenis spesies ikan dari ikan gamefish sehingga ikan dasar.
Kaedah ini juga amat praktikal untuk pelbagai jenis mood ikan iaitu bukan sahaja ketika ikan sedang aktif, tetapi juga ketika ikan kurang aktif.
Para pemancing perlu tahu, Ikan bukanlah aktif sepanjang hari. Malah, di kebanyakan tempat, masa aktif untuk ikan berlangsung kira-kira 2 hingga 3 jam sahaja pada satu-satu masa.
Ia berlaku beberapa kali sehari atau semasa air pasang dan surut. Jadi, jika anda tidak mahu untuk bersiar-siar di sekitar laut sepanjang hari mencari ikan yang aktif, anda perlu tampil dengan sesuatu yang berbeza.
Jadi bagaimana kita memancing apabila ikan tidak aktif? Slow pitch jigging adalah satu idea dan kaedah yang berkesan untuk menjerat ikan pada masa ia tidak begitu aktif. Bagaimana?
Pemangsa sentiasa mencari sasaran mudah untuk makan. Lebih mudah, lebih baik baginya. Ia satu naluri. Perhatikan seekor ikan umpan yang tercedera.
Bagaimanakah pergerakannya. Ikan yang tercedera akan membuat pergerakan rawak. Teknik slow pitch jigging adalah meniru pergerakan ikan tercedera ini.
Jadi kita perlu membuat karauan dan henjutan joran dan berhenti beberapa saat, dan dalam arah yang tidak teratur dan jatuhkan jig ke bawah selepas beberapa karauan.
Dalam ekosistem laut, ikan yang terus ke bawah dasar adalah tanda kelemahan, sama ada ia tidak dapat berenang atau ia mencari perlindungan untuk bersembunyi. Jadi inilah dia kaedah slow pitch jigging untuk menjerat dan menggoda ikan.
Slow pitch jigging bukan sekadar dengan karauan perlahan tetapi ia adalah urutan yang bersambungan berhenti dan jatuhkannya ke dalam dasar.
Tempo yang sangat perlahan perlu dimainkan berbanding gaya konvensional jigging.
Pada masa anda melakukan karuan, joran akan melentur dan jig akan akan memecut naik ke atas dengan satu karauan, 1/2 atau 1/4 karauan.
Anda bolehlah henjut joran sedikit atau tidak, atau melakukan kedua-duanya dengan berselang kali.
Selepas karauan dan henjutan, anda perlu berhenti dan memegang rod. Pada ketika itu joran akan menyokong, melepaskan kuasa dalam tindakan supaya jig dilambung bebas ke tepi.
Keseimbanganan jig ke tepi dan bergerak dalam kedudukan mendatar seketika. Ketika ini anda perlu bersedia kerana ini adalah waktunya pemangsa mengejar dan membaham jig.
Anda boleh menukar semua jenis tindakan yang berbeza untuk joran, kelajuan, karauan, irama, masa dan kombinasi semua jenis.
Anda tidak akan tahu apa yang menyebabkan ikan untuk bertindak balas terhadap jig anda.
Tetapi pada dasarnya, mereka yang jigging perlahan apabila jig dalam keadaan kedudukan mendatar, dan sedang jatuh ke bawah akan mendapat paling banyak sentapan daripada ikan.
Dalam erti kata lain, slow jigging adalah untuk memaksimumkan saat-saat jig berenang bebas dan membiarkan ia berenang sendiri dan biarkan ia jatuh.
Kaedah ini telah mencapai keputusan yang luar biasa dengan semua anak-anak ikan, kerapu, jenahak dan lain-lain mudah terjerat dan juga tidak ketinggalan juga ikan-ikan gamefish.
Sekiranya anda menggunakan tali sulam sebagai tali utama yang disambung dengan leader, ia agak kurang praktikal kerana akan menyebabkan leader menjadi semakin pendek apabila perlu dipotong untuk menukar gewang.
Step 1
Buatkan satu simpulan biasa kira-kira sejengkal dari hujung tali. Bulatan simpulan ini jadikan kecil saja dan tak perlu diketatkan.
Step 2
Masukkan hujung tali ke dalam ring gewang atau eye mata kail. Biarkan ring gewang mengenai simpulan yang hasilkan tadi.
Step 3
Hujung tali yang memasuki ring gewang itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
Bahagian hujung tali itu kemudiannya dililitkan pada tali utama melepasi simpulan. Buat lilitan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali. Jika tali perambut halus, sebaiknya 5 kali dan perambut kasar 3 kali sahaja.
Step 5
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan kembali ke dalam gelung simpulan menuju ke arah gewang.
Step 6
Kemudian tarik bahagian hujung tali dan pangkal tali bersama-sama. Dalam pada masa yang sama pastikan gelung yang dihasilkan di depan ring gewang tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Tujuan gelung di hadapan gewang ini adalah bagi membolehkan gewang beraksi dengan bebas.
Step 7
Step seterusnya adalah mengetatkan simpulan. Lepaskan bahagian hujung tali dan tarik bahagian pangkal tali serta badan gewang. Tarik sehingga simpulan betul-betul ketat.
Step 8
Potong lebihan hujung tali dan ikatan kreh telah siap. Ikatan ini hampir menyamai beberapa ikatan yang seumpamanya. Ia hampir menyamai Rapala knot cuma berbeza sudut selitan hujung tali di dalam gelung. Namun kedua-dua sama-sama kuat ikatannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...