Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan berwarna merah tua keunguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur. Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Ads
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Ads
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut. Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Ads
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing spesies pacu mampu mendatangkan debaran yang agak mengujakan. Rata-rata pemancing di Malaysia mengetahui akan kelebihan tersendiri bagi spesies ini.
Kerakusan dalam melarikan umpan serta pecutan berkuasa tinggi spesies ini mampu menghadirkan kepuasan yang tidak terhingga kepada pemancing, malah tidak kurang juga mendatangkan kehampaan bagi pemancing yang memandang remeh akan spesies ini.
Antara lokasi terbaik memancing pacu ialah di kawasan empangan yang agak cetek, kawasan lombong serta kawasan tadahan hujan yang berarus perlahan. Selain itu, pengusaha kolam-kolam pancing air tawar komersial juga menjadikan pacu antara spesies yang mesti ada di dalam kolam mereka.
Kelebihan utama pada spesies pacu ialah kerakusan ketikan memakan umpan lantas akan membuat pecutan yang deras. Penggunaan rod ringan akan memberikan debaran tatkala melihat rod yang melengkung serta kekili anda menjerit biarpun drag dikunci ketat.
Perlawanan dengan spesies pacu atau tambaqui ini lebih terbuka. Pemancing harus tahu kelebihan yang dimiliki oleh pacu iaitu kekuatan pecutannya serta giginya yang tajam di mana sering kali memutuskan perambut.
Ketika dalam pertarungan, pacu gemar menghenjut rod anda dan melakukan pecutan berkuasa ke arah kawasan tebing yang mempunyai struktur seperti kayu mati.
Namun, oleh kerana habitat pacu biasanya kawasan berair cetek, penggunaan kekuatan drag dan rod yang betul mampu mengekang situasi ini.
Begitupun, pacu masih mempunyai kelebihan pada keupayaan giginya untuk memutuskan perambut anda. Perambut kekuatan 30lb biasanya mudah sahaja diputuskan oleh seekor pacu bersaiz 1 kg.
Jadi pastikan anda menggunakan perambut yang bersesuaian dengan keadaan padang pancing anda.
Selain itu, untuk mendapatkan sedikit kelebihan dalam menangani kelebihan gigi pada seekor pacu ialah anda menggunakan mata kail yang mempunyai shank yang panjang.
Shank yang panjang sedikit sebanyak mengurangkan peratus gigi pacu berada pada perambut anda, sebaliknya akan berada pada shank mata kail anda ketikan tertancap pada
mulut pacu, seterusnya mengurangkan kadar tali perambut anda diputuskan oleh spesies rakus ini.
Pacu juga menjadi antara spesies ikan yang digemari oleh kaki pancing layang. Aksi rakusnya setelah membaham fly yang dilontarkan memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.
Memang sedikit terasa pelik mendengar namanya, namun dibalik itu Sungai Ob menjadi sungai ke-8 terpanjang di dunia. Panjang dari total semuanya iaitu 3650 km.
Alirannya dimulai dari gunung Altai Rusia dan berakhir di Teluk Ob. Pelbagai jenis spesies sturgeon mendiami sungai ini.
MISSISSIPI RIVER
Aliran Sungai Missisipi ini bermula dari pengunungan Red Rock, Danau Itasca di Minnesota hingga bermuara di Teluk Mexico.
Panjangnya sekitar 3734 km dan mengaliri 6 negara bagian tengah Amerika Syarikat. Ikan spesies pike merupakan antara ikan utama sungai ini.
IRTYSH RIVER
Sungai ini berhilir di pegunungan Altai Rusia yang pada akhirnya tepat di pertemuan Sungai Ob.
Total keseluruhan panjangnya hingga 4248 km dan terbahagi menjadi Ob River dan The Irtysh. Spesies trout merupakan spesies utama sungai ini.
MEKONG RIVER
Sungai Mekong memiliki panjang sehingga 4425 km dengan melalui negara China, Myanmar, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand.
Ia berakhir di Laut China Selatan. Banyak spesies ikan gergasi dari sungai ini termasuklah Mekong Giant Catfish.
CONGO RIVER
Sungai ini juga dikenal sebagai sungai Zaire yang menjadi sungai terbesar juga di Afrika Tengah. Panjangnya mencapai 4700 km.
Alirannya darii pertemuan sungai Lualap dan Luapula yang kemudian mengaliri hutan terbesar Amazon dan berakhir di Lautan Atlantik. Ikan tiger fish sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan sungai ini.
HWANG HO RIVER
Sungai yang dikenali dengan nama Yellow River atau Sungai kuning ini terletak di di sekitar daerah China Utara.
Memiliki panjang sampai 5464 km dan akan terlihat jelas sekali bila difoto melalui udara. Aliranya dimulai dari Teluk Vhihli pada bagian barat China.
Pelbagai spesies ikan kap terdapat di sini termasuklah hennan carp.
SUNGAI YANGTZE
Sungai ini termasuk juga sungai terluas dengan panjang mencapai 6300 km dan menjadi sungai ketiga terluas.
Sebutan lain dari sungai Yangtze iaitu Sungai Chang Jiang yang mengaliri Tibet dan berakhir di laut China. Spesies yellowhead catfish antara ikan popular di sini.
AMAZON RIVER
Sungai kedua terluas di dunia ini sepanjang 6516 km, Ia menyumbang dari 1/5 bahagian total sungai yang ada di dunia.
Alirannya dimulai dari Tasik Fed di Peru yang kemudian mengaliri beberapa negara Amerika Latin dan berakhir tepat di Samudra Atlantik.
Pelbagai spesies monter terdapat di sungai ini termasuklah araipama.
NILE RIVER
Walaupun terdapat bantahan, sungai Nil masih menduduki carta sungai terpanjang di dunia. Ia bermula dari Tasik Victorial dan mengaliri diantra 9 negara yaitu Kenya, Zaire, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan, Ethiopia dan Mesir.
Panjangnya mencapai 6853 km. Nile perch sememangnya spesies popular sungai ini.
Dalam pecahan keluarga yang lebih kecil atau genus, terdapat dua spesies ikan terboi di dalam genus Osteochilus iaitu O. vitatus dan O. hasseltii. Dipercayai spesies O. vittatus ini merujuk kepada ikan terboi yang memiliki titik atau tanda hitam pada kaudal pedunkal atau pangkal ekornya.
Manakala O. hasseltii pula merujuk kepada ikan terboi yang tidak memiliki tanda hitam. Hanya kehadiran titik hitam ini sahaja yang membezakan kedua-dua spesies terboi ini. Kedua-dua spesies ini terdapat di negara kita hanya spesies terboi bertanda hitam lebih mudah ditemui.
Ikan terboi merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini. Ikan terboi hanya terdapat disekitar sungai air tawar di Asia Tenggara, Sungai Mekong dan sekitar sungai-sungai Chao Phraya. Ikan ini hanya mendiami kawasan sungai berarus, tasik, kolam, paya berarus dan sebagainya.
Dari aspek morfologi, ikan terboi mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan leper tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai, meskipun berkongsi habitat yang sama. Ia mendiami kawasan sungai dengan air yang jernih dan mempunyai arus serta dasar berpasir.
Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.
Ikan terboi merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai. Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terboi berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air.
Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terboi akan berwarna gelap sedikit.
Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkumpulan atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi. Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.
Ikan terboi mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...