Jika sedang memancing dalam keadaan hutan penuh dengan bunyi unggas serangga, tiba-tiba hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap seperti harimau belang, harimau akar dan beruang. Kalau disusuli dengan bau hamis… maka sahlah harimau. Buatlah sesuatu seperti meletupkan mercun untuk menghalaunya pergi (jangan lupa bawa mercun bola kalau masuk hutan).
Petua bertemu beruang matahari
Ads
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang matahari atau beruang madu. Kalau terserempak dengan haiwan ni, apa yang perlu kita buat ialah MENJERIT (JERKAH) dan buat seperti nak kejar. Automatik beruang tu akan lari (petua ini dipetik dari pengalaman Orang Asli).
Ads
Petua berhadapan kera / lutong
Kera dan lutong adalah dari spesies yang sama macam kelah dan tengas. Spesies kera ni takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu. Untuk halau kera, patahkan dahan pokok renek dengan daun dan ranting yang mengembang dan hayunkan kat kera tu. Rasionalnya ranting dan daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting.
Ads
Pantang larang binatang buas
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya. Contohnya bila ternampak harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain lagi. Jadi, kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising… tentu ada binatang besar tengah lalu. Maka pilihlah laluan lain atau tunggu sehingga keadaan reda sebelum meneruskan perjalanan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ada beberapa cara untuk setting umpan keli dan di sini dipertontonkan dua kaedah mudah untuk menyediakannya.
Kedua-duanya menggunakan isi daging ayam dan sos Umpan Ikan Keli yang bukan saja khusus untuk memancing ikan keli tetapi juga spesies lain.
Setting 1 – Ayam cincang Umpan Ikan keli
Bahan-bahan:
Sos Umpan Ikan Keli
Tepung kanji / gandum
Isi ayam
Cara penyediaan:
1kg isi ayam dicincang halus atau boleh juga dikisar dan masukkan ke dalam bekas bancuhan yang sesuai.
Tuangkan sebotol Umpan Ikan Keli dan gaulkan hingga sebati.
Masukkan 300gram tepung kanji / gandum. Gaul sehingga adunan menjadi doh yang sesuai (tidak terlalu keras atau terlalu lembut).
Kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara dan ia sudah bole digunakan terus atau keesokan harinya. Umpan yang tidak habis digunakan boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan pada masa akan datang.
Setting 2 – Ayam dadu Umpan Ikan Keli
Bahan-bahan:
500gm isi ayam
Sos Umpan Ikan Keli
Cara penyediaan:
Potong dadu isi ayam dan masukkan ke dalam bekas bertutup.
Kemudian masukkan 15 penutup botol dan biarkan ia sebati buat seketika sebelum digunakan untuk memancing.
Umpan yang tidak habis digunakan juga boleh disimpan di dalam peti sejuk.
PERTANYAAN MENGENAI UMPAN IKAN KELI
S: Harga? J: RM20 sebotol. Kos penghantaran bergantung kepada tempat.
S: Berapa lama boleh tahan? J: Tidak ada tarikh luput, makin lama makin mujarab.
S: Kenapa Umpan Ikan Keli berubah warna? J: Perubahan warna adalah disebabkan cuaca / haba panas tetapi tidak menjejaskan kualiti umpan.
S: Apa kandungan umpan ikan keli? J: Bahan Halal. Kandungannya terdiri daripada bahan berprotein tinggi.
S: Selain isi ayam bolehkah umpan ikan keli ini dicampur dengan pelet atau dedak? J: Boleh.
Simpulan pada batang mata kail kadang-kadang boleh mengganggu untuk mencangkuk umpan menerusi mata. Bagi membolehkan umpan seperti hirisan kelapa sawit dapat dicangkuk rapat menutup mata kail atau hingga ke tali perambut, anda bolehlah melakukan ikatan jenis grinner ini.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali ke lubang cincin mata atau swivel.
Tutorial 2
Buat satu lingkaran ke arah mata kail dari bawah tali utama.
Tutorial 3
Tindakan lingkaran yang dihasilkan pada tali utama dan lakukan lilitan pada tindanan tali tersebut.
Tutorial 4
Buat lima atau enam lilitan mengelilingi tali utama melalui lingkaran yang dihasilkan.
Tutorial 5
Basahkan sedikit simpulan yang dihasilkan dan tarik hujung tali perlahan-lahan.
Tutorial 6
Pegang mata kail dan kemudian tarik tali utama sehingga simpulan merapati cincin mata kail.
Ada jenis ikan yang tabiat makan secara menyambar, ada dengan cara mengutis atau mencuit, meragut, menyedut dan lain-lain lagi. Mengetahui cara ikan makan umpan adalah amat penting kerana melalui cara ini membolehkan kita memilih mata kail yang sesuai untuk memancingnya.
Ikan Makan Menyambar
Ikan yang mengambil umpan secara menyambar ini pada kebiasaannya dari jenis ikan pemangsa atau predator yang bergigi tajam. Maksud menyambar di sini ialah ia akan memakan umpan semasa bergerak mahupun ketika mangsa itu sendiri yang bergerak.
Antara ikan yang memakan umpan secara menyambar termasuklah tenggiri, barracuda, talang, gerepoh dan haruan tasik.
Kebanyakan mata kail boleh digunakan untuk memancing ikan jenis ini tetapi adalah disarankan mata kail dari jenis live bait atau big game hook yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana ia membolehkan mata kail tertancap terus pada mulut ikan ketika menyambar umpan.
Lazimnya mata kail dari jenis ini juga mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mudah melurus ketika sentapan atau hentakan.
Seperkara yang perlu diingat ialah kekuatan hentakan ketika proses sambaran hampir sepuluh kali ganda berbanding berat ikan tersebut. Justeru itu kekuatan mata kail amat penting bagi mencangkuk ikan jenis ini.
Ikan Makan Meragut
Maksud meragut di sini ialah jenis ikan pemangsa yang memakan umpan yang bersifat pegun atau tidak bergerak. Sejurus mengambil umpan dengan tindakan pantas dan dengan pantas juga ia melarikan diri. Teknik pancingan dasar kebanyakannya menggunakan umpan mati begini.
Manakala ikan yang bersifat meragut antara jenahak, merah, pari dan lain-lain lagi. Tiada mata kail yang lebih baik bagi memanfaatkan ikan yang meragut umpan seperti ini selain dari jenis mata kail yang melingkar sedikit hujung matanya iaitu mata kail lingkar atau circle hook. Mata kail lingkar direka bentuk agar ikan tercangkuk dengan sendiri pada hujung mulutnya.
Ketika umpan diragut dan dilarikan, mata kail lingkar tidak akan terus tercangkuk sebaliknya akan melurut keluar dan hanya akan tercangkuk pada hujung bibir mulut ikan. Oleh yang demikian, apabila umpan dilarikan pemangsa, sebarang tindak balas sentapan akan menyebabkan mata lingkar ini akan rabut atau lucut begitu saja. Dan apabila tercangkuk dengan kemas, ia hampir mustahil untuk terlucut.
Ikan Makan Mengutis
Ikan yang memakan umpan secara menggetu atau mengutis memberi makna ikan yang memakan umpan dan kekal berada di tempat umpan dimakan. Ikan jenis tidak bergerak ketika memakan umpan dan umpan itu sendiri juga tidak bergerak dengan ketara. Oleh yang demikian amatlah susah untuk pemancing mengetahui proses tersebut secara nyata.
Untuk membolehkan isyarat bahawa umpan sedang dimakan ikan, peralatan memancing yang sensitif pada getuan perlu digunakan. Begitu juga kesukaran mata kail untuk tercangkuk dengan sendiri juga sukar. Bagi menghadapi ikan yang memiliki tabiat makan seperti ini, adalah disarankan mata kail yang jenis lurus atau mempunyai hujung mata yang mendongak ke tepi.
Mata kail yang digunakan juga sebaiknya tidak terlalu besar, halus dan tajam. Dan apabila merasai getuan, pemancing perlulah peka dan segera melakukan sentapan balas. Antara ikan yang memakan umpan secara mengutis ini antaranya ialah lampam, tilapia, rohu, gelama, duri, anak-anak ikan atau ikan yang bersaiz kecil.
Ikan Makan Menyedut
Ikan yang memakan umpan dengan cara menyedut atau menghisap umpan pastinya tidak perlu dihurai dengan lebih meluas kerana tidak menyembunyikan maksud yang lain. Ikan yang menyedut umpan ini terdiri dari ikan yang bergigi tajam mahupun tidak bergigi. Lazimnya ia memiliki mulut yang luas atau bibir yang boleh dilaraskan.
Kebanyakan ikan jenis kap termasuklah kelah memiliki tabiat makan sebegini. Ikan kerapu dan gerong belang merupakan antara spesies ikan air masin yang tersohor dengan tabiat makan secara menyedut atau menghisap umpan.
Cara menyerang mangsa pula sama ada mengejar atau menunggu mangsa melintas di hadapannya di kawasan persembunyian. Banyak jenis mata kail boleh digunakan namun disyorkan mata kail yang berteras panjang dan sedikit bengkok pada hujungnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...