Scomberoidinae terdiri daripada 3 genera dan 10 spesies ikan queenfish (leatherjacket) atau ikan talang. Penjelasan ini bermaksud, ikan talang bukanlah hanya satu spesies sahaja tapi ada 10 spesies ikan talang!
Untuk membezakan 10 spesies talang ini bukanlah satu kerja mudah. Apatah lagi untuk menyusun 10 spesies ikan ini dan merakam fotonya pada satu masa. Malah, ramai di antara pemancing yang menyangkakan hanya ada satu sahaja spesies talang.
Untuk maklumat anda semua, di sini kami senarai 3 spesies talang yang popular dan terdapat di perairan negara kita.
Talang Raya
Nama saintifik: Scomberoides commersonnianus
Nama Inggeris : Talang Queenfish, Leatherskin
Nama tempatan : Talang bongkok, talang lima jari, talang raya
Saiz : Maksimum 120 cm, spesimen yang biasa ditemui 75 cm hingga 80 cm.
Berat: 16 kg pernah direkodkan.
Ciri pengenalan:
Memiliki 5 hingga 8 tompok bulat pada sisi badan dan rahang atas mendongak tinggi melampaui mata.
Ads
Ia merupakan ikan talang terbesar di antara spesies dan sering mendapat nama jolokan talang raya.
Talang
Nama saintifik: Scomberoides tala
Nama Inggeris: Barred queenfish
Nama tempatan: Talang-talang, talang padi
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 75 cm.
Berat: Tiada direkodkan.
Ads
Ciri pengenalan:
Memiliki tompok bulat yang lebih membujuk seperti bentuk telur pada sisi tubuh dan rahang atas hanya mendongak sedikit di atas vertikal dari margin posterior mata.
Sekali imbas ia hampir sama seperti talang raya namun saiznya tidak membesar melebihi saiz talang raya.
Talang pandan
Nama saintifik: Scomberoides tol
Ads
Nama Inggeris: Needlescaled queenfish
Nama tempatan: Talang-talang, seliat, talang lampai
Saiz: Maksimum sehingga 60 cm, biasa ditemui 40 cm.
Berat: Sekitar 500 gm
Ciri pengenalan:
Rahang atas tidak terlalu mendongak ke atas dan hampir selari dengan aras mata. Ia memiliki bentuk seperta skala jarum sirip dorsal keduanya berpigmen tajam.
Ia merupakan spesies talang terkecil dan sering diperoleh di kawasan kelong atau rumah rakit dengan pancingan apollo.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bila memancing di kawasan terumbu karang, ikan ini tidak lepas dari senarai hook-up dan ia merupakan spesies yang mudah dipancing serta tidak begitu peka pada keadaan sekeliling bagi diri saya ketika memancingnya di lokasi berdekatan Kuala Kemaman.
Di sini ia lebih dikenali sebagai ‘tombok’ dan menjadi kegemaran bagi suri rumah dengan asam pedas.
Tambak adalah yang paling mudah dikenali di kalangan keluarga ikan yang bergelar maharaja atau emperor fish ini berpandukan pada warna merah yang terdapat pada pipi.
Bibirnya tebal dibarisi permukaan kasar di hadapan bahagian mulut. Warna kulitnya bercampur-campur, di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama.
Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah/oren dan bahagian mulutnya agak keras.
Landok (longface emperor), seroncheng (starry pigface emperor), assoh (thumbprint Emperor atau Lethrinus harak) adalah ikan yang sekeluarga dengan tambak.
Terdapat 5 jenis tambak yang ditemui di perairan tempatan. Tapi saya hanya menemui 4 jenis sahaja sehingga artikel ini ditulis.
Keempat-empat jenis ikan ini adalah ikan karang yang biasanya aktif pada waktu malam. Boleh ditemui di dalam kawasan yang sama (bercampur) dan memiliki diet dan tabiat yang hampir sama.
Ikan Tambak seperti mana ratusan ikan karang yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga 140 kaki.
Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).
Waktu siang banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang.
Rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajahi ketika memburu makanan.
Namun ia jarang dijumpai mendiami kawasan tukun kapal maupun tukun tayar. Lokasi yang paling digemari ialah jenis karang bercampur antara tanah keras, karang lembut (soft coral) dan jenis karang keras.
Taburan tempatan untuk ikan pipi merah ini lebih ketara di sebelah Pantai Timur dan Malaysia Timur, terutama Sabah.
Di Semenanjung pula lubuk terbaik memburu ikan ini ialah di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang
Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.
Sepanjang pengalaman saya memancing di perairan semenanjung, kawasan taburan batu karang di sepanjang pantai timur lebih produktif untuk memperolehi ikan ini berbanding di sebelah pantai barat.
Kadang kala tangkapan hasil didominasi ikan tambak berbanding ikan lain. Sebaliknya di sebelah pantai barat yang lebih tertumpu kepada keluarga Lutjanis atau jenahak dan siakap merah.
Profil tambak
Nama Inggeris: Spangled Emperor
Nama lain: Ketambak, mempinang, landuk sisik putih
Ciri fizikal: Mempunyai warna merah pada bahagian pipi dan warna oren di lelangit mulutnya. Sisiknya keras dan bercorak seperti warna karang.
Diet: Ikan kecil, moluska & krustasea
Habitat: Dasar berkarang, kawasan tukun batu karang
Saiz: Maksimum 80cm namun spesimen biasa ditemui 20-25cm.
Taburan: Selatan Jepun hingga Autralia, Lautan Hindi dan kepulauan Solomon. Sabah, pantai timur dan utara Semenanjung.
Gerepoh atau atau nama saintifiknya Caranx ignobilis merupakan salah satu spesies ikan marin yang besar dan tergolong dalam famili ikan jack, Carangidae.
Lebih popular dengan nama GT, iaitu singkatan bagi giant trevally, ikan yang mempunyai bentuk kepala curam yang kelihatan gagah dan sirip kaudal yang kuat sering menjadi obsesi kegilaan kaki pancing.
GT merupakan spesies terbesar di kalangan ikan jack dan sering kali spesies ini menjadi raja di singgahsana sesebuah habitat atau kawasan terumbu karang.
Dengan bentuk fizikal badan yang solid serta kekuatan ototnya, GT menjadi musuh yang sukar, malah sangat sukar ditangani oleh pemancing walau dengan set ‘heavy’ sekalipun.
Sesetengahnya pula cukup licik, apa lagi jika di kawasan karang. Ibarat serangan gerila, GT akan bersembunyi di kawasan karang dan secara tiba-tiba akan melakukan serangan
hendap terhadap gewang anda terutama popper dengan kuasa pecutannya ekornya dan kembali memecut ke karang sebelum memutuskan tali utama pada batu atau karang.
Kuat dan licik, tidak hairan raja terumbu karang ini menjadi musuh yang didambakan kaki pancing.
MORFOLOGI
Secara morfologi luaran ikan GT, penampilan utama spesies ini dapat dikenal pasti melalui profil bentuk kepalanya yang besar dan curam selain fizikal badannya yang kelihatan solid dan tegap.
Ikan ini juga mempunyai kuasa pecutan dan larian yang luar biasa kerana sirip pektoral yang besar di bahagian pertengahan serta sirip kaudal besar dan solid ibarat pendayung.
Warna badannya pula secara umumnya boleh dikelaskan dalam pola warna putih-perak hingga ke hitam.
Sesetengah GT juga mampu mempamerkan rona keemasan gelap pada badannya terutama pada bahagian sirip.
Selain warna umum pada badannya, tanda berpaten atau bercorak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan GT.
Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.
Selain itu, pada bahagian kaudal pedunkel, kehadiran scutes (plat kecil yang tajam) jelas kelihatan pada kedudukan selari dengan garisan lateral.
Scutes ini mampu mengakibatkan kecederaan jika ikan GT tidak ditangani dengan baik sewaktu pendaratan.
TABURAN DAN HABITAT
Taburan bagi spesies Caranx ignobilis ini meluas, hadir dalam kebanyakan perairan iklim tropika panas Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kehadiran ikan ini dikenal pasti hingga ke selatan Australia, timur Kepulauan Hawaii,barat di pulaupulau timur Afrika dan di utara Jepun.
GT juga mempunyai toleransi saliniti yang tinggi lantas membolehkannya memilih habitat antara kawasan muara sehingga ke jauh ke lautan di kawasan sistem berterumbu karang.
Juvenil GT pula lebih cenderung untuk berada di kawasan muara, pulau berbatu atau sistem sungai.
Spesimen yang dewasa akan berpindah ke kawasan lebih dalam di lautan di mana terdapatnya struktur seperti terumbu karang atau tukun.
Selalunya habitat berstruktur pilihannya ialah kawasan yang mempunyai arus.
GT dewasa juga sering berlegar di kawasan tanjung atau pesisir berair cetek ketika memburu makanannya.
Kawasan berair cetek namun berarus di mana terdapat struktur karang atau batuan mewujudkan persekitaran makanan yang ideal bagi spesies ini.
Di Malaysia, GT bersaiz besar boleh diperolehi di kawasan persekitaran pelantar minyak.
Bagi kaki popping, waktu senja menjelang malam tatkala lampu pelantar minyak menyala, ia masa yang cukup mendebarkan melontarkan popper sehampir mungkin tiang pelantar dan bawah nyalaan lampu.
SAIZ DAN KITARAN HIDUP
GT merupakan spesies yang mempunyai kadar pembesaran yang cepat. Pada ukuran kepanjangan badannya 60cm, GT umumnya sudah mencapai peringkat matang dan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini adalah sekitar 3-4 tahun.
Apabila dewasa atau matang, GT mampu mencapai berat 200lb dengan panjang 1.7 meter dan pada peringkat ini selalunya spesimen akan bersendirian.
Apabila dewasa, biasanya GT akan mencari kawasan terumbu karang sebagai habitat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah jajahannya.
DIET PEMAKANAN
Ketika memburu, GT menggunakan abiliti renangan yang unggul dan kuasa hentamannya terhadap ikan buruannya.
Selalunya mangsanya akan ditelan terus pada serangan pertamanya, jika terlepas sekalipun biasanya mangsa cedera atau mati akibat kuasa serangannya.
Jika memburu berkumpulan, mangsa akan ditelan dengan cepat bagi mengelakkan persaingan yang lebih ganas.
Diet utama GT ialah ikan kecil di sekitarnya. Namun jika terdesak, GT mampu bertukar lebih bengis dan licik.
Tuna, penyu dan ikan lumba-lumba antara mangsa yang pernah dilaporkan ada ditemui di dalam perut GT.
Selain itu, kelicikan GT juga terserlah apabila hadir di sebalik jerung karang yang besar dan menjadikan ikan jerung ini sebagai alat untuk serangan hendap mangsanya. GT bersaiz besar juga ada kalanya menjadikan juvenil sebagai makanannya.
Ciri fizikal: Badan hitam berjalur sedikit putih yang meruncing membujur hingga ke ekor, bahagian kepala agak mampat seperti haruan.
Diet: Anak ikan, sotong udang dan ketam serta hidupan marin kecil yang lain.
Habitat: Kawasan batu karang, muara sungai dan pantai terbuka.
Taburan: Hampir kebanyakan tempat selain Asean dan kebanyakan tempat di benua kecuali timur pasifik.
Dikenali dengan nama umum cobia, aruan tasik atau haruan tasek adalah spesies ikan laut dari order Perciformes, satu-satunya wakil genus Rachycentron dan keluarga Rachycentridae. Nama umum lain termasuk black king, black salmon, lemonfish, crabeater, dan bonito hitam.
Aruan tasik mempunyai badan berbentuk panjang dan kepala yang rata. Mata kecil dan mulut rahang bawah sedikit melepasi bahagian atas. Gigi yang seragam merangkumi rahang, lidah, dan bumbung mulut.
Badan bersisik kecil tapi licin. Biasanya berwarna coklat gelap, dan semakin memutih ke bahagian perut dengan dua jalur mendatar coklat gelap di tepi. Jalur tersebut lebih menonjol semasa pengeluaran telur, di mana warna menjadi lebih gelap.
Ikan aruan tasik boleh ditemui di seluruh semenanjung terutama kawasan pantai, unjam dan kawasan ikan pelagik. Kadang kala kita boleh nampak ia berlegar di keliling bot pemancing.
Sebagai ikan pelagik, pergerakan harian lebih tertumpu kepada kawasan yang kaya dengan sumber makanan seperti tukun, unjam, boya dan pulau berkarang. Ia juga sering berenang bersama-sama dan menjadi teman setia kepada ikan yu paus (whale shark).
Ia biasanya mengemudi yu paus dengan berenang di hadapan (kadang-kala bawah mulut) seolah-olah betul-betul di dalam mulut besar yu paus yang hanya memakan plakton. ini menjadikan cobia agak terselamat dari sebarang serangan pemangsa lain seperti jerung dan alu-alu dengan adanya ‘bodyguard’ di belakang.
Cobia salah satu spesies pelagik yang gemar meronda di merata tempat bukan saja di permukaan air, malah di dasar, pertengahan air dan kawasan pantai. Ia merupakan spesies tunggal yang mewakili satu keluarga Rachycentridae. Ikan gemi walaupun satu lagi spesies yang hampir serupa bentuk badan dan warna namun ia adalah keluarga yang berbeza.
Cobia mempunyai badan tegap seperti selinder membujur, berwarna coklat gelap serta satu jalur warna cerah (putih). Berekor tirus bercabang berbeza dengan haruan atau toman yang mempunyai ekor bulat.
Begitupun ia boleh disifatkan pemburu atau gemar makan menyambar dengan rakus bak toman yang kelaparan. Jaluran warna cerah memudahkan pemancing mengenali spesies ini dengan mudah apabila ia berada di dalam air.
Barisan gigi halus atas dan bawah membuatkan sukar untuk mangsa melepaskan diri dari cengkaman memberi kelebihan kepada pemancing apabila ia meragut umpan yang di hulurkan. Bermata kecil dan mempunyai kepantasan renang yang laju hasil tujahan ekor cabang yang lebar.
Ia boleh membesar sehingga 2meter dan berat maksimum sehingga 78kg. Saiz yang biasa di temui sekitar 0.5meter hingga 1meter. Spesies jantan dan betina sukar dibezakan dengan sekali pandang. Ia seakan -akan sama.
Cobia adalah ikan pelagik pemburu. Ia sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan lain-lain anak ikan yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...