Kerapu tikus atau boleh dianggap seperti raja di kalangan keluarga kerapu atau grouper. Ini kerana ikan ini diletakkan sebagai spesies kerapu yang paling mahal di pasaran. Dengan isinya yang lebih halus, sedap dan lebih berkualiti, tak hairanlah harganya begitu tinggi di pasaran.
Habitat ikan kerapu tikus ini adalah di sekitar kawasan karang laut seperti di perairan Pantai Timur dan yang paling banyak sekali di perairan Sabah. Diet utama ikan ini adalah hirisan sotong dan ikan dan teknik yang biasa digunakan pemancing adalah teknik pancingan dasar.
Harga pasaran: RM100 ke atas per kilogram. Jika dieksport ke luar negara ia mampu mencecah harga USD40 sekilogram. Fuhhh!
Ikan kerapu pisang merupakan spesies kerapu kedua termahal yang ada di perairan Malaysia. Spesies ini mempunyai tona yang menarik pada badannya iaitu merah menyala dan terdapat bintik-bintik kecil berwarna putih, kuning atau biru pada badannya dan ekornya pula berbentuk seperti bulan sabit. Ia sering menjadikan kawasan karang sebagai habitat utamanya. Spesies ini juga sangat lazat dijadikan hidangan. Tak hairanlah harganya begitu mahal di pasaran.
Ads
Harga pasaran: RM50-RM75/kg (harga peraih) RM75-RM150/kg (harga restoran) mengikut kawasan.
Spesies kerapu ini merupakan kerapu yang paling biasa dinaikkan kaki pancing Malaysia. Sering menjadikan kawasan karang, kapal karam, kawasan berbatu sebagai habitat persembunyiannya. Lebih terkenal sebagai pemangsa hendap yang mampu memberikan tentangan kepada kaki pancing. Ikan kerapu jenis ini biasanya boleh terpedaya dengan umpan sotong atau udang hidup, hirisan sotong, ikan, dan kini ia juga boleh diperdaya dengan besi jig.
Harga pasaran: RM30-RM50/kg (harga peraih) RM50 ke atas per kg (harga restoran)
Antara lokasi terbaik memancing pacu ialah di kawasan empangan yang agak cetek, kawasan lombong serta kawasan tadahan hujan yang berarus perlahan. Selain itu, pengusaha kolam-kolam pancing air tawar komersial juga menjadikan pacu antara spesies yang mesti ada di dalam kolam mereka.
Kelebihan utama pada spesies pacu ialah kerakusan ketikan memakan umpan lantas akan membuat pecutan yang deras. Penggunaan rod ringan akan memberikan debaran tatkala melihat rod yang melengkung serta kekili anda menjerit biarpun drag dikunci ketat.
Perlawanan dengan spesies pacu atau tambaqui ini lebih terbuka. Pemancing harus tahu kelebihan yang dimiliki oleh pacu iaitu kekuatan pecutannya serta giginya yang tajam di mana sering kali memutuskan perambut.
Ketika dalam pertarungan, pacu gemar menghenjut rod anda dan melakukan pecutan berkuasa ke arah kawasan tebing yang mempunyai struktur seperti kayu mati. Namun, oleh kerana habitat pacu biasanya kawasan berair cetek, penggunaan kekuatan drag dan rod yang betul mampu mengekang situasi ini.
Begitupun, pacu masih mempunyai kelebihan pada keupayaan giginya untuk memutuskan perambut anda. Perambut kekuatan 30lb biasanya mudah sahaja diputuskan oleh seekor pacu bersaiz 1 kg. Jadi pastikan anda menggunakan perambut yang bersesuaian dengan keadaan padang pancing anda.
Selain itu, untuk mendapatkan sedikit kelebihan dalam menangani kelebihan gigi pada seekor pacu ialah anda menggunakan mata kail yang mempunyai shank yang panjang. Shank yang panjang sedikit sebanyak mengurangkan peratus gigi pacu berada pada perambut anda, sebaliknya akan berada pada shank mata kail anda ketikan tertancap pada mulut pacu, seterusnya mengurangkan kadar tali perambut anda diputuskan oleh spesies rakus ini.
Pacu juga menjadi antara spesies ikan yang digemari oleh kaki pancing layang. Aksi rakusnya setelah membaham fly yang dilontarkan memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.
Ikan merah terdiri dari beberapa spesies yang berkongsi habitat yang sama. Ia adalah dari keluarga Lutjanie atau snapper family di mana menjadi buruan oleh kebanyakan nelayan kerana faktor harga dan permintaan tinggi.
Ramai menggelarnya ikan merah sahaja termasuklah di Sabah. Sesetengahnya lebih popular dijadikan ikan masin dan kering kerana ia boleh disimpan lama serta mengelakkan
ia busuk apabila kekurangan ais. Yang basah, segar jika dinikmati hidanganya sukar untuk digambarkan.
Bentuknya menyerupai ikan siakap merah cuma giginya tidak sehebat yang dimiliki siakap merah. Warna sisik lebih berkilat cerah serta lebih besar berbanding ikan merah yang lain.
Warna badannya tidak merah keseluruhan, lebih kekuningan di bahagian sirip dorsal, pelvik maupun ekor.
Ekor lebar tegak selari. Kebanyakan mata ikan ini membonjol keluar apabila ia terkeluar dari kedalaman melebihi 150 kaki.
Ia boleh membesar hingga 100cm panjang mencecah berat hingga 20kg namun amat jarang untuk melihat saiz sebegini.
Saiz yang biasa di pancing ialah sekitar 50cm dengan purata anggaran berat 3 kg. Musim terbaik memancingnya ialah selepas waktu bertelur di antara Julai hingga September.
Hayatnya dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun sebelum kuburnya tidak dapat di kesan lagi.
Ikan merah jalang adalah sebahagian dari ikan marin dan berkarang. Secara semula jadinya ia mudah ditemui di dasar laut berterumbu karang, tetapi tidak mustahil baginya untuk meronda dan berkeliaran di luar hutan karang di dasar lautan.
Lazimnya kawasan dataran terpilih adalah jenis dasar berpasir, lumpur keras dan di antara celahan tompokan batu karang.
Selain itu habitat buatan juga mudah dikunjungi oleh kumpulan ikan merah jalang untuk membiak dan memburu sumber makanan.
Habitat tiruan temasuklah kawasan unjam, tukun tayar, konkrit, bot serta tukun kapal karam yang ditinggalkan.
Kini ikan ini banyak menghuni pada kedalaman air melebihi 100 kaki. Paling cantik kedalaman dasar sekitar 200 hingga 300 kaki dan pelung untuk mendapatkan saiz yang melebihi 5kg lebih terbuka.
Hampir kebanyakkan ikan tergolong dalam keluarga snapper dan jack gemar hidup berkumpulan dan ia amat peka pada keadaan sekeliling terutama perihal pergerakan ketua ikan.
Sebab itulah jika hasil pertama rabut, kumpulannya pasti turut serta mengekori yang rabut hilang entah ke mana.
Seperti hidupan marin lain kumpulannya adalah terdiri dari satu kelompok induk membesar bersama dan tidak gemar berkongsi dengan saiz yang besar.
Ini bertujuan mengelakkan spesies yang kecil dibuli dan sesetengahnya dimakan sesama sendiri atau spesies yang lebih besar. Ia adalah speseis karnibal.
Kebanyakan spesies kecil tinggal di kawasan air cetek termasuk muara sungai sebelum menjajah ke tengah apabila meningkat dewasa. Yang besar pula kurang dan kumpulannya kecil.
Sama ada ia tidak gemar bersama kumpulannya atau untuk mencapai saiz melebih 5 kg sukar. Logiknya jika berjuta telur ditetaskan, ratusan ribu ekor tinggal dalam beberapa
hari, kemudian ratusan ekor apabila mencapai usia kurang setahun dan semakin berkurangan dari hari ke hari.
Masa untuk pihak yang ditugaskan meningkatkan populasi ikan negara memainkan peranan agar ia populasinya bertambah.
Kini nak dapat 10 ekor dalam satu tempat untuk saiz bagak terlalu tipis harapan kecuali di lokasi yang jarang dan tidak pernah dikunjungi nelayan mahupun pemancing.
Profil
Nama lain: Merah, merah mata hitam, merah tanda hitam, temenggung
Ciri fizikal: Warna merah cerah terutamanya di bahagian bawah. Siripnya merah kekuningan.
Diet: Kebanyakan sumber makanan adalah hidupan dasar termasuk anak ikan, ketam sotong dan sebagainya.
Habitat: Dari muara berbatu hingga lautan luas khususnya di kawasan karang.
Taburan: Laut Arab hingga Lautan Hindi, Selatan Jepun ke Utara Australia. Di Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan dan Pantai Barat Semenanjung.
Wedgefishes / sharkfin-guitarfishes adalah nama-nama umum untuk ikan-ikan Rhynchobatinae, subfamili untuk keluarga Rhinobatidae (guitarfishes). Taburan ahli keluarga besar Rhynchobatinae meluas di lautan benua tropika hemisfera timur. Tterdapat satu genus sahaja dalam subfamili `ikan gitar’ tetapi ia merangkumi 9 spesies di seluruh dunia.
Pengenalan utama spesies ini ialah mereka mempunyai cakera dada seperti sayap yang sinonim dengan profail dengan ikan pari, sementara bahagian badannya sehingga ke bahagian ekor amat sinonim dengan ikan yu atau jerung.
Spesies unik yang dimaksudkan ini ialah ikan kemejan atau di sesetengah tempat dipanggil yu kemejan, yu pari, yu kia-kia dan lain-lain lagi. Kemejan boleh ditemui dari pesisir pantai hingga ke kedalaman sekurang-kurangnya 64 meter. Ia menggemari dasar lembut di estuari, lagun, dan teluk tertutup dan terbuka. Ikan ini adalah perenang yang kuat tetapi perlahan.
Mereka biasanya ditemui di bahagian bawah berhampiran lantai laut namun sering berenang jauh di atas atau berdekatan dengan permukaannya. Yu kemejan menjadikan invertebrata benthik sebagai sumber makanan dan mereka tidak menyukai manusia.
R. djiddensis
Nama binomial: Rhynchobatus djiddensis (Forsskål, 1775)
Nama umum: Giant guitarfish
Panjang maksimum: 310 cm
Berat maksimum: 227 kg
Lautan Hindi Barat: terhad ke Laut Merah dan Lautan Hindi Barat tropika ke Afrika Selatan. Juga dilaporkan dari Teluk Parsi.
Ia tidak dapat dikenal pasti dengan spesies yang berkait rapat di Lautan Hindi di utara dan timur dan di Pasifik barat (bagaimanapun, ada terdapat rekod yang dapat dipercayai dari barat Indonesia).
R. ancylostoma
Nama binomial: Rhina ancylostoma (Bloch & Schneider, 1801)
Nama umum: Bowmouth guitarfish
Panjang maksimum: 300 cm
Berat maksimum: 135 kg
Taburan: Indo-Pasifik Barat: Teluk Parsi, Laut Merah dan Afrika Timur ke Papua New Guinea, utara ke Jepun, selatan ke New South Wales, Australia.
G. typus
Nama binomial: Glaucostegus typus (Anonymous [Bennett], 1830)
Nama umum: Giant shovelnose ray
Panjang maksimum: 270 cm
Berat maksimum: Tiada rekod
Taburan: Indo-West Pacific: Thailand ke New Guinea dan Kepulauan Solomon, selatan ke Australia. Rekod dari pantai selatan India, Sri Lanka, Bangladesh, dan Myanmar (memerlukan pengesahan).
G. thouin
Nama binomial: Glaucostegus thouin (Anonymous [Lacepède], 1798)
Nama umum: Thouin ray
Panjang maksimum: 300 cm
Berat maksimum: Tiada rekod
Taburan: Indo-Pasifik Barat: Laut Merah, India (termasuk Sri Lanka) ke Indonesia, utara ke Jepun. Australia dan dari Laut Mediterranean dan Suriname (memerlukan pengesahan).
R. australiae
Nama binomial: Rhynchobatus australiae (Whitley, 1939)
Nama umum: Bottlenose wedgefish
Panjang maksimum: 124 cm (jantan), 300 cm (betina).
Berat maksimum: Tiada rekod
Taburan: Indo-Pasifik Barat: Laut Merah, Teluk Parsi. Teluk Thailand dan Filipina ke Queensland, Australia.
Spesies serupa dan mungkin serupa berlaku di Lautan Hindi Barat di Mozambique dan di Teluk Aden dan mungkin keliru dengan ‘Rhynchobatus djiddensis’ yang sebenarnya dari Lautan Hindi Barat dan Laut Merah. Pelbagai distribusi mungkin lebih luas daripada dilaporkan.
R. formosensis
Nama binomial: Rhinobatos formosensis (Norman, 1926)
Nama umum: Taiwan guitarfish
Panjang maksimum: 73.0 cm (jantan), 63.0 cm (betina)
Berat maksimum: Tiada rekod
Taburan: Western Pacific: dari Taiwan dan dari Filipina; kira-kira 2500 kilometer jauhnya, 2 spesimen ditangkap di Thailand.
R. laevis
Nama binomial: Rhynchobatus laevis (Bloch & Schneider, 1801)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...