
Terdapat sekitar 200 spesies
Belut Moray terbahagi kepada dua kluster iaitu True Moray dan Snake Moray. Kluster pertama adalah yang paling umum ditemui dan memiliki sekitar 166 spesies. Perbezaan utama dari kedua kluster ini adalah sirip pada bahagian dorsal belut ini.
Spesies terbesar mampu mencapai 30 kilogram
Spesies terbesar dari Belut Moray adalah giant moray (Gymnothorax javanicus). Dengan panjang mencapai 8 kaki dan beratnya lebih dari 30kilogram menjadikannya spesies terbesar dalam keluarga Moray. Giant Moray boleh ditemui di Laut Merah, Afrika bahagian timur, hingga Laut Indo Pasifik.
Kebanyakan Moray adalah haiwan nocturnal
Jika anda ingin melihat Belut Moray, cubalah menyelam pada malam hari adalah waktu yang tepat. Kebanyakan dari spesies Moray adalah haiwan nocturnal yang banyak beraktiviti pada malam hari. Namun ada juga spesies yang aktif pada siang hari seperti Echidna catenata.
Tahap penglihatan yang kurang
Belut moray ternyata mempunyai penglihatan yang buruk. Oleh yang demikian mereka lebih memanfaatkan deria bau dan gerakan mangsanya untuk berburu di bawah air. Kerana itu kita harus hati-hati jika memberi makan belut ini, kerana bukan hanya makanan tetapi jari anda juga mungkin akan tergigit sama oleh belut ini.
Dilengkapi 2 rahang padu
Perkara yang paling mengejutkan adalah Belut Moray ternyata mempunyai dua rahang yang masing-masing dilengkapi dua set gigi yang sangat tajam. Rahang pertama terletak di mulut Belut Moray dan rahang lainnya terletak pada tenggorok yang berfungsi untuk memecah makanan yang kemudian masuk ke sistem pencernaannya.
Kenali Ikan Kaci Yang Sebenar!!

ikan kaci ini sering dikelirukan dengan nama panggilan siakap merah oleh penggemar pancingan kolam air masin. Anehnya, hanya di kolam pancing saja siakap merah ini dipanggil kaci, sebaliknya jika diperolehi di habitat liar, ia tidak dipanggil kaci lagi sebaliknya siakap merah atau MJ. Yang pastinya kaci yang dimaksudkan ialah ikan kaci yang sebenarnya dan bukannya siakap merah yang dipanggil kaci.
Ikan kaci (Plectorhinchus flavomaculatus) adalah spesies yang mendengus (grunt). Ia berkait rapat dengan keluarga gerut-gerut dan snappers. Keluarga ikan grunts ini memiliki mulut kecil dan gigi yang lebih kecil dan bibir berdaging tebal yang menjadi punca nama jolokan sweetlips.
Mereka juga dapat menggertakkan gigi ketika tertangkap, mengeluarkan suara mendengus, dan kerana itulah ia mendapat nama grunt (mendengus).
Ikan kaci memiliki warna kekelabuan ke coklat kekelabuan dengan garis-garis oren dan biru di kepala, bintik-bintik oren kecil pada bahagian atas tubuh, sirip dorsal dan sirip kaudal, dan margin bawah kehitaman pada sirip ekor.
Juvenil gold-spotted sweetlips memiliki warna latar belakang coklat atau biru kekelabuan dengan garis-garis emas horizontal di seluruh tubuh. Seiring bertambahnya usia, garis-garis pada tubuh berubah menjadi titik-titik. Garis-garis pada wajah terutama tetap pada tempatnya.
Ikan yang tampak menarik dan cantik ini mampu membesar sehingga 60 cm. Ia boleh ditemui di perairan dari kedalaman 1-25 meter. Spesimen juvenil boleh ditemui di muara dan perairan cetek. Beberapa spesimen kadang-kadang mengembangkan suatu kondisi di mana kulit kelihatan mengelupas dan meninggalkan tompok coklat besar.
Ikan kaci dewasa lazimnya lebih gemar menyendiri dan umumnya mudah didekati. Mereka adalah ikan yang ingin tahu dan kadang-kadang akan datang dan memeriksa penyelam, tetapi jika seseorang terlalu dekat mereka akan cepat berenang ke tempat persembunyian atau duduk di bawah karangan.
Spesimen remaja sulit ditangkap dan bersembunyi di celah-celah atau gua ketika didekati. Terkadang mereka terlihat berenang dengan spesies kaci lainnya.
Gold-spotted sweetlips ditemukan di sepanjang Lautan India, Pasifik barat dan Indo Pasifik Barat. Spesies remaja sering terlihat di terumbu, biasanya dekat dengan karang dengan tempat persembunyian, yang dengan cepat mereka singgahi.
Spesimen dewasa terlihat tergantung di atas atau berdekatan karang pada siang hari, sendirian atau dalam kelompok kecil.
Gold-spotted Sweetlips adalah spesies nokturnal yang aktif mencari makan pada waktu malam. Lazimnya mereka menjadikan ikan kecil, krustasea dan cecacing yang hidup di pasir sebagai makanan utama. Sangat sedikit yang diketahui tentang status pembiakannya, tetapi mereka dinyatakan mengawan dan bertelur dan mensenyawakan telur ke dalam terumbu karang.
Mengenal Profil Ikan Susu!!

Taburan Chanos Chanos atau ikan susu ini meluas di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, dari Afrika Selatan ke Hawaii dan Marquesas, dari California ke Galapagos, utara ke Jepun, selatan ke Australia. Dari Asia Tenggara termasuk negara kita Malaysia.
Ikan susu lazimnya hidup di perairan marin luar pantai tropika di seluruh pulau dan di sepanjang tebing benua, pada kedalaman 1-30 meter. Spesies ini turut sering memasuki muara sungai dan sistem sungai-sungai berair payau.
Ikan susu mampu membesar panjang sehingga 1.80 meter (5 kaki 11 inci), namun spesimen yang sering ditemui tidak lebih daripada 1 meter (39 inci) panjang. Ia boleh mencapai berat sehingga 14 kilogram pada kemuncak usia 15 tahun. Dari aspek morfologi, spesies ini memiliki badan memanjang dan hampir mampat atau padu dengan penampilan simetri.
Ikan susu memiliki satu sirip dorsal, sirip pektoral berbentuk sabit dan sirip kaudal bercabang besar. Bermulut kecil tanpa gigi seiras ikan rohu. Memiliki badan berwarna hijau buah zaiton, sirip keperakan dan sempadan sirinya agak gelap.
Ia turut memiliki 13-17 segmen sirip dorsal yang lembut, 8-10 segmen sirip anal yang lembut dan 31 segmen lembut pada siri anal atau dubur.
Spesies ikan susu atau milkfish ini lazimnya memakan cyanobacteria, alga dan invertebrata kecil. Mereka cenderung berkumpul dan berlegar sekitar pantai dan pulau-pulau berterumbu.
Ikan-ikan susu juvenil mendiami di lautan untuk suatu tempoh dua hingga tiga minggu sebelum bermigrasi ketika masih berstatus juvenil ke kawasan payau bakau, muara dan kadangkala tasik dan kembali ke laut lepas untuk proses kematangan seksual dan membiak. Ikan-ikan susu betina bertelur pada waktu malam dan berupaya melepaskan 5 juta telur di perairan laut cetek.
Ikan susu juga merupakan makanan laut yang terkenal di Asia Tenggara dan beberapa Kepulauan Pasifik. Justeru ia ditangkap secara komersial oleh nelayan dan mudah diperoleh di pasaran.
Dalam dunia joran dan kekili, pancingan ikan susu tidaklah menjadi satu cabang memancing yang digemari ramai. Namun bagi pemancing yang pernah merasai tarikan ikan susu yang berdesup seperti torpedo, pasti akan kecanduan untuk terus memburunya.
Mengenal Identiti Ikan Si Bibir Licin!!

Mahseer adalah nama umum yang digunakan untuk genus Tor, Neolissochilus dan Naziritor dalam keluarga Cyprinidae. Neolissochilus berasal daripada bahasa Greek di mana Neolissochilus adalah nama yang terbentuk daripada maksud; Neos = baru, Lisso = licin, Cheilos = bibir.
Ikan tengas adalah spesies ikan tawar benthopelagic / potamodromous zon tropika. Benthopelagic / potamodromous membawa makna ikan yang bertubuh kekar, ikan air tawar yang bermigrasi.
Neolissochilus adalah genus ikan dalam keluarga Cyprinidae yang berasal dari habitat air tawar di Asia yang sering dikelompokkan dengan mahseer. Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Terdapat 28 spesies yang diiktiraf dalam genus ini dan 3 spesies ikan tengas yang utama di Malaysia iaitu:
Neolissochilus hexagonolepis (Semakin sukar untuk ditemui di Malaysia)
Neolissochilus hendersoni (saiz ikan dewasanya lebih kecil dari spesies soroides)
Neolissochilus soroides
Ikan daun (Poropuntius smedleyi) juga mirip dengan ikan tengas tetapi berlainan genus dari Neolissochilus sp.
Ciri-ciri fizikal
Ikan tengas berbadan bulat dengan seluruh badan diselimuti sisik putih perak berkilauan. Mempunyai sepasang mata bulat dan jernih. Ia suka bergerak aktif, mundar-mandir ke sana ke mari tidak suka menyepi diri.
Bentuk kepalanya lebih besar dan lebar daripada kelah. Bawah dagunya tidak terdapat lekok (seakan lesung pipit) sebagaimana ikan kelah. Boleh dikelaskan sebagai ikan demersal. Banyak menghabiskan masa di dasar sungai berpasir.
Definisi bagi habitat utama ikan-ikan dari genus ini adalah di tanah lembab (wetland) sungai, anak sungai, jeram [termasuk air terjun] dengan air yang mengalir deras dan jernih, kebanyakannya di sungai yang bercerun tinggi dan rendah dan ia juga boleh membiak di kolam dengan air yang mengalir.
Taburannya meluas di Asia. Pelbagai jenis ikan ini berasal dari Vietnam di timur dan China di utara, melalui Myanmar, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia, dan di Asia selatan termasuk Semenanjung India, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan, Bhutan dan Nepal.
Ikan ini membesar di sungai berjeram dan sungai yang berbatu yang mengalir dengan deras, terutamanya di tengah-tengah sungai. Ia bersifat omnivorous dan secara amnya, seperti genus kap yang lain, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivora yang memakan serangga-serangga kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Ikan dewasa biasanya makan filamen alga hijau, larva chironomid, krustasea dan kumbang air bahkan juga buah-buahan yang jatuh dari atas pokok.
Mereka berhijrah ke hulu semasa musim pembiakan di mana kebanyakan spesies dipercayai naik ke aliran deras dengan dasar berbatu untuk pembenihan. Pembenihan biasanya berlaku dari bulan April hingga Oktober dengan puncak pada bulan Ogos hingga September.
Ikan tengas jantan mencapai kematangan pada saiz 9 cm dan ianya mampu membesar sehingga 120 cm (3.937 kaki) dan berat mencapai 11kg (24.3 paun). Capaian terbesar hingga 1.2 m (3.9 kaki) panjang, tetapi kebanyakan spesies jauh lebih kecil.