Banyak kekili mendatar yang boleh digunakan. Kekili mendatar (overhead real) seperti Shimano Ocea Jigger 1500PG/HG, 2000NRPG/HG atau Daiwa Saltiga sentiasa menjadi kegemaran ramai untuk slow pitch atau slow jigging.
Sebenarnya, apa-apa kekili mendatar pun boleh digunakan dan tali utama memerlukan minima 300meter. Apa saja overhead boleh digunakan dengan syarat memiliki drag yang kuat.
Joran
Apa saja slow pitch rod boleh digunakan. Jenama Evergreen siri Poseidon Slow Pitch adalah yang paling popular untuk slow pitch jigging. Major Craft juga mengeluarkan joran untuk slow pitch jigging dan terdapat model Crostage & Giant Killing. Xesta Slow Emotion joran untuk slow pitch jigging juga terdapat di pasaran. Kini semakin banyak pilihan dan harga pun tidak sekeras dulu.
Ads
Ciri-ciri joran slow pitch jigging
Diameter yang kurus
Soft tip & strong backbone.
Slow tapered parabolic action.
Highly resilient blanks.
Guides and reel seat settings for maximum sensitivity.
Ads
Joran slow pitch jigging dibina untuk memainkan jig, menjerat ikan untuk membaham jig dan mudah mendapat hook up.
Tali utama
Tali PE adalah penting untuk slow pitch jigging. Monofilament nylon atau Fluorocarbons tidak sesuai digunakan. Ia terlalu tebal diameter dan ketegangan terlalu banyak. Tali adalah sangat penting untuk menyampaikan tindakan halus pemancing untuk jig, dan juga untuk menyampaikan semua maklumat tersebut kepada pemancing.
Ads
Ciri-ciri tali PE
Sangat kuat untuk berat badan, jadi iaboleh menjadi begitu nipis diameter,memotong pengaruh arus.
Tidak ada ketegangan jadi andamempunyai merasai secara langsungkepada apa yang di hujung sekali iaitu jig.
Sangat lemah untuk geseran.
Lebih mahal berbanding tali biasa.
Mudah putus kerana tali PE tidak ada ketegangan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
UMPAN: Ceritakan, sejak bila bergelar pengusaha servis kekili?
SHAFARIL: Pada mulanya saya buat servis kekili ni secara suka-suka je. Bermula untuk kegunaan sendiri dan buat untuk kawan-kawan.
Saya tidak promote dalam sosial media pun. Cuma dalam grup-grup Whatsapp je. Saya sebenarnya kepada membuat assist jig hook sebagai part time saya.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana ia boleh bermula?
SHAFARIL: Saya memilih usaha ini kerana ia pada asasnya ia adalah satu keperluan dalam memancing.
Dari situ datangnya minat dan sokongan serta dorongan kawan-kawan. Disamping itu saya juga dapat menambah pendapatan untuk keluarga.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
SHAFARIL: Bagi saya rintangan amat kurang dalam meneruskan usaha saya untuk memberi khidmat kepada kawan-kawan dan kaki pancing tanah air yang rata-rata memerlukan khidmat servis kekili yang lebih efisien. S
aya tidak mengimpikan usaha saya ni sebagai pendapatan utama, cukup sekadar dapat membantu dan menyara keluarga saya yang tercinta.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan servis dan pakej yang ditawarkan?
SHAFARIL: Pakej yang saya tawarkan adalah jenis minor dan major servis. Saya juga ada menawarkan pakej untuk meningkatkan kekuatan drag kekili.
Saya juga memberi khidmat nasihat kepada pelanggan berkenaan penjagaan kekili selepas kekili mereka siap diservis dan ianya percuma.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam memancing & dalam usaha anda ini?
SHAFARIL: Dalam dunia memancing pula, saya merasa ia satu pencapaian tinggi kerana assist jig hook saya telah diekspot ke luar negara apabila ada pelanggan dari luar negara amat berminat dengan hasil kerja saya.
Saya juga merasa bangga kerana saya dan kumpulan (Kelah Gold) telah dinobatkan sebagai juara Royal Pahang International Challenge (RPBIC) 2018.
Persepsi masyarakat bercampur baur mengenai pertandingan memancing. Bagi yang tidak meminatinya, mereka akan beranggapan ia suatu pelaburan yang belum tentu dapat membuahkan hasil.Sudahlah begitu, modal sebelum menyertai pertandingan pun besar. Mana duit untuk beli peralatan memancing, umpan, yuran penyertaan, makan minum, tol dan minyak petrol kereta dan sebagainya.
Namun, bagi ramai kaki pancing tegar lain pula ceritanya. Bagi mereka, mana tahu rezeki akan berpihak kepada mereka. Kalau menang tempat pertama dah menang puluhan ribu ringgit. Dah tak perlu bersusah payah menabung. Tambahan pula untuk pertandingan memancing sirkit, berpeluang menang hadiah utama sebuah kereta… uishh bukan kepalang lumayan.
Melihat kepada situasi tersebut dapat kita lihat percanggahan pendapat mengenai perkara ini. Adakah benar tohmahan sesetengah pihak mengenai pertandingan memancing ini sekadar membuang masa, wang dan tenaga atau adakah ia mampu memberi impak yang positif bukan sahaja kepada individu malahan kepada negara?
Seperti yang diperkatakan awal tadi, terdapat beberapa elemen positif yang dapat dilahirkan melalui aktiviti pertandingan memancing ini: Pertamanya mengenai silaturahim yang dapat dibina melalui program sebegini.
Jika dapat kita lihat senario ini, tidak kira di mana sahaja pertandingan memancing dianjurkan pasti akan mendapat sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Jadi medium seperti inilah yang akan membantu para pemancing untuk mendapat lebih ramai rakan pancing yang datangnya dari daerah dan negeri yang berbeza. Para pemancing pula dapat berkongsi idea dan teknik terbaru bila mereka dapat berkumpul seperti ini.
Pertandingan memancing sebagai satu sumber pendapatan? Mungkin kedengaran agak janggal mengenai perkara ini, namun kita harus memandangnya melalui aspek yang lebih meluas. Sumber pendapatan di sini bukanlah hanya terhad kepada pemenang sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan industri ini.
Bagi pemancing yang berjaya menjadi juara di dalam sesebuah pertandingan memancing memanglah dianggap sebagai bonus untuk diri sendiri dan keluarga. Justeru itu, ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka.
Melalui pertandingan memancing ini jugalah dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia. Apa tidaknya, bukan mudah untuk mereka mendapat peluang berniaga di dalam suasana meriah yang dapat mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu masa. Jadi aspek sebeginilah yang dapat diperkatakan bahawa pertandingan memancing boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
Sebagaimana yang kita tahu, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari dengan isu-isu atau insiden yang sedikit sebanyak dapat merencatkan industri ini. Halal ke haram? Kini timbul perdebatan mengenai isu halal atau haram sesebuah pertandingan memancing itu. Ia telah pun menimbulkan kesan dan persoalan kepada ramai kaki-kaki pancing. Terdapat beberapa ahli Ulama yang berasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.
Berikut jawapan daripada Halaqah.net yang dapat menjelaskan mengenai isu halal dan haram pertandingan memancing.
“Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah daripada penganjur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta. Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil daripada sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan daripada individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya HARAM. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. Dua, keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini.
Pertamanya kerana menyertai pertaruhan dan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut. Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) daripada penganjur atau agensi yang menaja.”
Apa teknik memancing terbaik yang boleh dibuat pada waktu malam? Contohnya macam teknik apung menggunakan ikan hidup seperti selar dan kembung? Selain itu boleh tak jigging waktu malam? Atau ada teknik lain yang sesuai untuk pancingan malam?
JAWAPAN:
Memancing pada waktu malam merupakan satu kaedah yang amat saya gemari kerana lazimnya ikan-ikan monster lebih aktif pada waktu malam dan seperkara lagi, cuaca pada waktu malam lebih nyaman berbanding waktu siang. Begitu pun, ada empat kaedah atau teknik yang boleh dipraktikan untuk pancingan malam.
Satu, memancing dengan menggunakan teknik apungan iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung komersial. Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya sekiranya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3 – 5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.
Dua, memancing dengan menggunakan teknik layang (drift), di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz nombor 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3-4meter dari umpan sekor ikan atau sotong. Tali utama kemudian di lepas lebih kurang 30-40meter ke dasar laut. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan sukan berada di pertengahan air.
Tiga, teknik jigging sememangnya efektif pada waktu malam. Saya juga suka jigging pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lut sinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.
Empat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana ladung dibiarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar. Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1-2 meter panjang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...