Kenapa joran panjang ni direka? Untuk penggunaan yang cam mana? Dah tentu ada kebaikan serta keburukannya kan.
Tak dinafikan penggunaan joran panjang ni untuk mendapatkan lontaran yang jauh. Boleh jauh ke kalau guna joran panjang??? Memang jauh sekiranya kita tahu menghayati serta penggunaan skill yang betul serta joran yang tepat dengan tenaga yang ada pada kita. Silap joran….. Baling tak pergi jugak.
Ads
Kelebihan joran panjang ni banyak bila kita tahu menggunakannya. Sebab kita memancing di pesisiran pantai. Pantai yang landai memberi kelebihan 99% kepada pemancing yang menggunakan joran panjang berbanding penggunaan joran pendek.
Penghuni lubuk. Boleh dikatakan 10 pertandingan pantai, 8 kali juara adalah pemancing yang menggunakan joran panjang. 2 lagi tu juara kerana nasib penggunaan joran pendek. Kesimpulannya, joran pendek tidak mampu menandingi kemampuan joran panjang bila beraksi di pantai. Berbeza kalau penggunaannya di muara, benteng, kawasan berbatu. Ini kerana penghuni lubuk sentiasa berada di tepian.
Ads
Joran panjang ni kita tahu, penggunaannya adalah untuk sesi pemburuan yang mega-mega. Setakat nak ngail gelama..rasanya memadailah joran 8 kaki. So, pemburuan spesis mega ni kena lah peralatan yang betul. So joran panjang nie adalah satu kemestian. Barulah kita ada keyakinan serta tidak berputih mata.
Command & control. Joran panjang ni tak susah nak kawal dia. Janji semua pemancing tahu peranan serta tugas masing-masing. Barulah wujud satu kepuasan bila memancing. Ini tak, masing-masing nak tunjuk hebat, nak tunjuk ego nak tunjuk barang dia mahal.
Ads
Biar pun saya kata penggunaan joran panjang ni satu kemestian bila nak beraksi di pantai, jangan salah beli joran ni. Kelak makan diri. Bertanyalah pada rakan yang terdahulu bagi memastikan joran panjang yang dibeli memuaskan hati kita. Kekili pun kena bersesuaian dengan joran juga. Kalau tidak pasti berputih mata.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bila tengok hasil memancing tahap pecah, tentu ramai yang nak join trip tersebut. Malah, ada juga yang memasang hajat untuk menjadi tekong.
Untuk menjadi seorang tekong bukanlah mudah sebenarnya. Berikut merupakan kriteria paling mustahak yang perlu ada untuk menjadi tekong sebagaimana yang telah digariskan oleh tekong KKN Sea Hunt.
Kriteria 1
Anda WAJIB seorang amat meminati aktiviti dunia hanyir memancing. Memang tak ke mana kerjaya seorang tekong kalau hanya sekadar membawa pemancing keluar memancing.
Kriteria 2
Disiplin diri yang baik agar boleh dicontohi oleh pemancing. Tekong yang berdisplin akan diteladani oleh pelanggan atau pemancing.
Ibarat macam guru juga. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari.
Kriteria 3
Selalu memancing di dalam lokasi, faham selok-belok teknik dan cara untuk menjinakan ikan bagi memudahkan pelanggan.
Kriteria 4
Mampu berkongsi pengalaman dengan pemancing lain dari segi teknikal bermula dari pemilihan rod, kekili, tali, ikatan perambut, gewang, umpan dan lain-lain agar dapat membantu pemancing terutamanya yang baru mengikuti trip anda.
Kriteria 5
Tekong perlulah menawarkan khidmat atau bantuan dengan penuh bersemangat. Keterujaan akan lebih terasa kepada pelanggan apabila kehadiran tekong banyak membantu pemancing dan memberi impak yang positif.
Kriteria 6
Tekong atau guide juga harus memancing bersama-sama dengan pemancing bila ada ruang untuk memberi semangat kepada mereka. Jangan pula terlebih memancing dari pemancing pulak.
Kriteria 7
Tekong atau guide jangan mengambil hasil yang dipancing, semua hasil yang diperolehi dari tangannya atau awak-awak harus diberikan kepada pelanggan kerana mereka telah membayar sewa dan pakej perkhidmatan kita.
Kriteria 8
Wajib melengkapkan diri dengan lesen kompentesi pemanduan bot, mendaftar bot dan memiliki insuran bagi melindungi semua pemancing.
Kriteria 9
Memahami teknik pertolongan cemas dan tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku pada saat kecemasan.
Kriteria 10
Memastikan bot bersedia dan semua pemeriksaan dibuat untuk faktor keselamatan sebelum belepas dan selepas pulang dari memancing.
Teknik jigging perlahan merupakan teknik khusus untuk menggantikan teknik pancingan dasar bagi memburu ikan-ikan bersisik yang bersifat demersal. Terdapat pelbagai spesies ikan demersal namun dalam sukan memancing jigging perlahan yang berkonsepkan pancingan ikan dasar, terdapat beberapa spesies yang menjadi sasaran utama.
Jenak / Jenahak
Dalam disiplin jigging perlahan, ia merupakan ‘ikan sisik’ yang berada di ranking paling atas dalam spesies buruan utama. Bahkan dalam sesuatu trip jigging perlahan, trip berkenaan boleh dianggap gagal atau kumpau jika gagal mendaratkan jenahak berikutan ia merupakan spesies utama sasaran dalam aktiviti ini.
Nama saintifik: Lutjanus Johnil
Nama Inggeris: Golden Snaper, John’s Snapper
Nama Tempatan: Jenahak, jenak, ungah
Ikan yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae ini merupakan spesies yang paling popular dalam 60 genus lutjanus yang memakai nama jenahak. Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas di kawasan laut beriklim tropika dan sub-tropika. Ia mampu membesar sehingga satu meter panjang dan seberat 13 kilogram. Ia mudah dikenali dengan tompok hitam bulat di bahagian belakang badannya.
Boron / Tong gas
Boleh dikatakan, setiap pengamal slow jigging berhasrat untuk menundukkan kerapu boron atau tong gas ini. Walaupun daya juangnya cuma seketika namun aksinya selepas membaham jig itulah yang dirindukan. Pasti ramai pecinta jigging perlahan merindui aksi benamannya dalam usaha melarikan diri setelah tersangkut mata jig.
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama Inggeris: Malabar Grouper
Nama tempatan: Kerapu, boron, tong gas
Kerapu mampu survival dalam pelbagai habitat. Ia mampu hidup di kawasan terumbu karang, terumbu berbatu, muara, kawasan paya bakau serta lautan hingga kedalaman 150 meter. Boron atau turut digelar ‘tong gas’ merupakan hidupan laut yang lasak. Dengan kepala coklat dan badan panjang.
Badannya dilitupi bintik hitam kecoklatan yang meningkat jumlahnya seiring usia. Ia mampu membesar sehingga 120 cm dan 150 kilogram berat.
Siakap Merah
Ia merupakan ikan sisik yang dianggap sebagai ikan trofi jika berjaya mendaratkannya. Dalam disiplin jigging perlahan, kakap merah dianggap rare species berikutan peluang untuk mendaratkannya amat tipis walaupun berpuluh kali trip memancing diadakan. Hingga dikatakan hanya jigger tahap masta saja yang bejaya mendaratkannya.
Nama saintifik: Lutjanus argentimaculatus
Nama Inggeris: Mangrove jack
Nama tempatan: Kakap merah, siakap merah, tambong
Ikan kakap merah atau lebih popular dengan panggilan MJ di kalangan pemancing lazimnya hidup di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan. Apabila matang ia akan berhijrah ke laut lepas. Justeru ia menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pemancing untuk membezakan kakap merah yang didapati di muara dengan kakap merah di laut dalam.
Kaci
Dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini hampir tidak tersenarai dalam buruan utama berikutan ia pernah dianggap tidak membaham jig kecuali jig yang ‘berumpan’. Namun tentangan yang diberikan kaci sehingga ke permukaan membuatkan ia kini menjadi spesies yang ingin diburu.
Nama saintifik: Diagramma pictum
Nama Inggeris: Grunts (sweetlips)
Nama tempatan: Kaci, mandi abu
Ciri-ciri untuk mengenali kaci atau mandi abu ini memiliki 9-10 duri pada sirip dorsal, 20-24 tompok sinar lembut. Kaci juvana atau sub dewasa memiliki tompok atau jalur. Ia mampu membesar sehingga 100 cm namun saiz biasa yang ditemui sekitar 45 cm.
Dalam dunia memancing khususnya pancingan kolam air masin, kaci ini lebih merujuk kepada panggilan kakap merah.
MERAH PUCAT
Ia merupakan spesies buruan utama dalam dunia pancingan dasar. Namun dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini masih menjadi satu persoalan yang tidak terjawab sama ada ia benar-benar membaham jig. Atau dalam erti kata lain, bukannya jig hybrid atau jig yang diletakkan umpan. Namun peluang untuk memperolehnya dengan menggunakan jig sahaja tetap ada terutamanya ketika ia kelaparan.
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama Inggeris: Crimson Snapper
Nama tempatan: Merah, merah pucat
Spesies yang mudah dikenali berikutan keseluruhan badannya termasuklah sirip berwarna merah atau merah jambu. Profil dorsalnya berkepala curam dan bermulut kecil. Ia mampu membesar sehingga 60 cm namun pada kebiasaannya yang didaratkan dalam lingkungan saiz 45 sahaja.
Ibu Gelama
Dalam skop jigging perlahan masa kini, ibu gelama dianggap sebagai spesies buruan paling atas masa kini. Ia berikutan bukan sahaja kerana kesukaran untuk memperolehinya, bahkan disebabkan tahap kekuatan pertarungannya yang luar biasa berbanding spesies. Seperkara lain, ibu gelama yang lazimnya ditumpaskan melalui teknik slow jigging ini, saiznya besar-besar belaka.
Nama saintifik: Argyrosomus japonicus
Nama Inggeris: Mulloway, Jewfish, Kingfish
Nama Melayu: Ibu gelama
Argyrosomus japonicus adalah spesies ikan berwarna keperakan dan hijau gangsa yang tergolong dalam keluarga Sciaenidae. Di Australia ia dikenali sebagai mulloway atau jewfish dan kob dusky di Afrika Selatan. Ibu gelama ini mampu mencapai panjang kira-kira 180 cm (80 kg berat), walau bagaimana pun purata saiz yang biasanya ditangkap sekitar 3-15 kg.
Spesies sembilang atau gemang merupakan antara ikan yang seronok dipancing apatah lagi dibawa pulang untuk dimasak dengan pelbagai jenis resipi masakan.
Selalunya kawasan muara sungai antara spot pancing sembilang yang cukup digemari kaki pancing.
Seperti spesies ikan baung, kumpulan ikan pemakan dasar ini biasanya bergerak secara berkumpulan dan cukup agresif memakan umpan jika ditemuinya.
Jika umpan dilabuhkan ke kawasan yang mempunyai ikan sembilang, selalunya umpan akan dijamah berterusan.
Tidak hairanlah pancingan ikan sembilang tidak memerlukan anda menukar spot pancing dengan kerap.
Memancing spesies ini juga tidaklah sukar dan pemancing boleh memancing dengan lebih santai dengan penggunaan alatan pancing yang agak ringkas.
Teknik dasar merupakan teknik pancingan terbaik bagi memancing spesies sembilang.
Jarang sekali kedengaran spesies ini dinaikkan menggunakan teknik pancingan lain.
Biarpun penggunaan teknik micro jigging terbukti mampu menaikkan spesies sembilang terutama spesies P. lineatus atau sembilang karang, teknik pancingan dasar dilihat lebih praktikal dan efektif.
Selalunya waktu terbaik memancing ikan sembilang ialah ketika waktu pagi dan lewat petang terutama ketika air bergerak surut atau bergerak pasang.
Jika mahu memancing sembilang, sebaiknya pilih ketika waktu baru lepas hujan di mana air agak keruh.
Keadaan air yang keruh merupakan waktu terbaik untuk memancing kumpulan ikan bermisai termasuk ikan sembilang kerana kumpulan ikan ini aktif pada keadaan air sedemikian.
Set pancing ringan sudah memadai dan set sebegini antara pilihan penulis jika memancing ikan sembilang.
Beberapa teknik perambut boleh digunakan termasuk perambut asas satu mata atau perambut 2 atau 3 mata dengan batu ladung di bawah.
Pilihan penggunaan umpan pula agak banyak, tidak perlu risau kerana spesies ini tidaklah cerewet memakan umpan.
Antara pilihan umpan terbaik memancing spesies bermisai ini termasuklah udang hidup, udang kopek, umpun-umpun, anak ketam nipah, isi kerang dan sebagainya.
Untuk pilihan yang lebih kompleks, anda mungkin mahu mencuba umpan telur belangkas untuk memikat pak misai ini.
Terpulang kepada pilihan anda sendiri, yang pastinya bila lama tak layan tarikan ikan sembilang, sekali turun memancing layan sembilang memang lain macam syoknya.
Paling syok bila dah pulang memancing tu, layan nasi lauk sembilang lemak cili api pula. Fuhhh, sembilang dapat, sodap pun sodap, kenyang pun dapat!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...