1,496lb! Itulah angka berat seekor tuna sirip biru yang mengatasi semua rekod dunia dan tuna tersebut dipancing di sini pada tahun 1979.
Ikan tuna sirip biru yang selalu ditangkap di kebanyakan tempat lain biasanya mempunyai berat sekitar 800lb yang dianggap besar, namun di perairan Kanada ini anda boleh menaikkan tuna seberat sekitar 1000lb dengan peratusan yang lebih tinggi.
Memancing di sini biasanya tidak jauh dari daratan. Setiap bot memancing di sini biasanya dilengkapi dengan kerusi untuk pertarungan, namun jika anda mampu berdiri ketika menahan asakannya, apa salahnya. Di sini, undang-undang tangkap dan lepas berkuatkuasa untuk tangkapan tuna sirip biru. Namun bot kini dibenarkan untuk mengambil satu atau dua tangkapan.
Black Marlin (CAIRNS, AUSTRALIA)
Jika anda penggemar dan merupakan pemancing yang mahu memburu black marlin atau gelarannya ‘Black gold’, apa kata anda terbang menuju ke Cairns. Cairns yang terletak di timur laut Australia ini dikatakan merupakan tempat terbaik untuk merasai tentangan black marlin. Banyak black marlin yang mempunyai saiz mengagumkan boleh didapati di sini.
Oleh kerana kawasan ini memang dikenali sebagai lokasi tumpuan untuk black marlin membiak, jadi tidak hairanlah jika Cairns menjadi lokasi pilihan utama kaki pancing yang mahu memancing black marlin.
Cairns dikatakan lokasi yang lebih baik berbanding Mozambique dan Panama dalam konteks memancing black marlin. Waktu paling sesuai ke sini ialah sekitar September hingga Disember.
Tarpon (BONTHE, SIERRA LEONE)
Pancingan tarpon gergasi selalu dikaitkan dengan Isla, Mexico. Namun kami memilih lokasi negara di benua Afrika ini sebagai pilihan. Seorang pemancing, Victor Sebag pernah mendaratkan tarpon seberat 283lbs. Malah pada tahun 2006 sahaja, 12 rekod tangkapan tarpon yang dimasukkan dalam IGFA bagi pelbagai kelas tali.
Bonthe merupakan bandar terpencil, pedalaman di sebuah pulau di Sierra Leone. Pernah menjadi pusat perdagangan pertanian utama ketika zaman penjajahannya dahulu. Tarpon di Bonthe biasanya aktif sekitar Januari hingga Mei.
Taimen (MONGOLIA)
Memancing di Mongolia adalah pengalaman yang menjadi impian lebih-lebih lagi bagi pemburu taimen. Mongolia mempunyai lebih daripada 4000 sungai dan lebih daripada 30 tasik yang jernih dan bersih lantas menjadi lubuk untuk menangkap pelbagai jenis ikan.
Taimen, ikan yang terbesar dalam keluarga salmon, adalah satu cabaran sebenar untuk pemancing yang berkunjung ke sini. Spesies Taimen rata-rata bersaiz sekitar 33 inci dan berat kira-kira 10lbs. Bagaimanapun jangan terkejut jika anda berjaya menaikkan taimen yang mempunyai saiz gergasi kerana terdapat taimen yang mencecah panjang 1.5 meter.
Tigerfish (SUNGAI ZAMBEZI)
Sungai Zambezi merupakan sungai keempat terpanjang di Afrika. Sungai ini merentasi beberapa buah negara seperti Malawi, Zimbabwe, Congo, Zambia dan beberapa buah negara lagi. Bagi bahagian atas lembah sungai ini iaitu dari punca sungai sehingga ke Victoria Falls, sekitar Zambia, kawasan lembah atas ini cukup popular dengan pancingan tigerfish.
Semasa kemuncak musim hujan ketika Sungai Zambezi menjadi semakin lebar dan bertukar warna air, waktu ini merupakan waktu puncak untuk memancing tigerfish di sini. Tigerfish merupakan spesies ikan yang cukup ganas dan setiap pemancing sudah pasti mahu merasai sendiri bagaimana tentangan daripada ikan yang mempunyai rupa yang cukup ganas ini.
Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubah suai di bengkel pertukangan.
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!
Sebelum menjadi viral khususnya di media sosial, perkataan buntat ini sebenarnya terlebih dahulu malah sudah lama diviralkan dalam dunia memancing.
Namun buntat yang dibicarakan dalam dunia pancing bukanlah nama watak atau karakter, sebaliknya ia lebih menjurus kepada `kesaktian’.
Lazimnya ia dikaitkan dengan seseorang pemancing yang penganyir atau tidak gagal mendapatkan hasil ketika memancing seperti memiliki geliga sakti atau sesuatu yang mendatangkan tuah.
Begitu jugalah ceritanya dengan tekong tersohor dalam arena jigging perlahan, Shariman Nazri (36) yang lebih dikenali sebagai Apex Kecik.
Namun ia bukanlah memberi maksud Shariman memiliki buntat atau mempercayainya.
Sebaliknya diri beliau sendiri dianggap sebagai buntat kepada pemancing-pemancing yang menggunakan khidmat beliau berikutan trip memancingnya sering berakhir dengan hasil pancingan yang memberangsangkan.
Buntat sebenar Shariman adalah keperibadiannya sendiri. Bersikap ramah, adil kepada semua pelanggan, tidak kedekut ilmu, rajin mencari lubuk berpotensi dan menawarkan kos perkhidmatan yang sepadan banyak membantu beliau membantu beliau menjadi tekong yang ditagih perkhidmatannya pada setiap hari.
Berlatarbelakangkan keluarga nelayan yang mana ayahnya juga merupakan seorang tekong popular yang masih aktif, Shariman menjadikan kerjaya sebagai tekong sepenuh masa pada 2008 setelah sembilan tahun bertugas di pelantar minyak.
Pilihan beliau menjadi tekong jigging tepat pada masanya apabila teknik slow pitch jigging mula berfenomena pada akhir 2014, permintaan untuk perkhidmatan beliau sebagai tekong umpama goreng pisang panas.
Sehingga kini hanya hari Jumaat sahaja beliau tidak turun ke laut. Malah jadual tempahan trip untuk bulan-bulan mendatang sudah penuh.
“Kalau dulu hari Jumaat pun saya turun. Tapi selepas beberapa kali mengalami perkara mistik, saya dah jadi serik. Cukuplah 26 hari sebulan,” ujar Shariman ketika menceritakan pengalaman pelik ketika turun memancing pada hari Jumaat.
Shariman masih teringat bagaimana dua set pancingnya jatuh ke laut dengan cara sukar untuk diterima akal.
Dan beliau tidak akan lupa peristiwa ditemukan dengan makhluk yang menyerupai ikan layaran hitam yang teramat besar mengelilingi botnya
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...