Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Ads
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Ads
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubah suai di bengkel pertukangan.
Ads
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ramai yang teruja saat kali pertama membeli kamera, ada juga yang lagak bergaya seolah tahu segalanya mengenai kamera hanya bermodalkan menonton Youtube dan tidak kurang juga benar-benar mengambil inisiatif belajar kamera dengan jurufoto profesional.
Walau apa jua diri anda sekalipun, tahniah diucapkan kerana minat merakam gambar menggunakan mesin berat seperti ini. Walaupun anda menggunakan telefon sahaja, tapi tip penjagaan kamera semuanya sama fungsi seperti kamera DSLR yang lain.
Kali ini sebelum anda turun ke laut bersiap dengan joran masing-masing, pastikan beg kamera digalas rapi dan sentiasa semak dan kemaskini kamera anda supaya tidak berlaku kerosakan nanti.
Mode Auto
Mode auto selalunya akan memberi info yang tepat ketika menggunakan kamera seperti shutter speed, aperture, ISO, white balance, focus dan flash. Penggunaan mode auto lebih memudahkan jurufoto untu merakam gambar di saat genting seperti pergerakan ikan yang terlalu cepat.
Asas White Balance
Salah satu masalah kepada juru gambar untuk menetapkan white balance ketika mengambil gambar. Kita biasanya tidak akan perasan perbezaan warna dengan mata kasar kecuali suhu cahaya tersebut terlalu tinggi seperti matahari terik. Anda boleh menggunakan setting white balance untuk memilih suhu cahaya terbaik untuk hasil yang cantik.
Cara Memegang Kamera
Ramai yang baru pertama kali membeli kamera dslr akan menyangkakan teknik ini mudah dan tidak perlu dipelajari. Hakikatnya, teknik ini adalah paling penting dalam memberi impak dan kualiti yang berbeza ketika penghasilan gambar nanti.
Cara yang terbaik sebelum menekan butang kamera ialah tarik nafas, tahan selama 5 saat dan lepaskan. Tetapi ada juga jurufoto tidak mengendahkan perkara sebegini. Tip ini paling sesuai sekiranya anda tidak membawa tripod bagi mengelakkan gambar jadi blur.
Gambar Kabur
Kesalahan mengambil gambar sebegini memang paling kerap dilalui setiap jurufoto. Antara yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah kurang fokus pada imej, subjek terlalu dekat dengan lensa, salah guna aperture, gambar terhasil menjadi terlalu ‘noise’ dan sebagainya.
Selain itu, pergerakan subjek yang terlalu cepat juga akan menyebabkan kesukaran mengambil gambar yang lebih jelas. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan tripod dan set shutter speed yang betul bagi mengelakkan masalah berulang.
Guna Flash
Sama ada menggunakan speedlite atau built-in flash, kebanyakan ada pro dan kontranya. Sewaktu menggunakan built-in flash terutamanya di tempat gelap, pasti ramai akan merungut kerana gambar terlalu terang di bahagian depan, latar belakang menjadi gelap.
Akan tetapi sekiranya anda imbangkan dengan guna ISO yang bersesuaian seperti ISO 800 atau 1600. Walaupun akan wujud noise dalam gambar, akan tetapi ia lebih baik daripada menggunakan ISO 100.
Untuk pancingan pantai atau surfcasting, kombinasi peralatan yang sesuai digunakan ialah joran minimum 12 kaki, kekili mendatar sekurang-kurangnya saiz siri 4000 (lebih baik jika kekili gelendung panjang atau surf cast reel, tali utama dari jenis sulam atau braided 20-40lb, batu ladung jenis gantung atau batu mati lonjong (saiz bergantung kepada kelajuan arus).
Perambut 30-50lb (bergantung kepada struktur dasar lokasi dan ikan sasaran) dan dipadankan dengan mata kail nombor 8 hingga nombor 2, atau 1/0 hingga 3/0 bergantung juga pada spesies sasaran. Umpan yang sesuai bagi newbie pula terdiri dari jenis umpan yang tidak mudah tertanggal dari mata kail ketika melakukan lontaran. Disarankan anda mencuba umpan seperti umpun-umpun, hirisan sotong atau hirisan ikan belanak.
Sebaiknya anda perkemaskan teknik lontaran terlebih dahulu sebelum memasang impian untuk menerima strike. Tetapkan satu jarak sasaran yang perlu dicapai dan lakukan berulang kali. Dalam pada masa yang sama turut memantau keadaan umpan selepas melakukan lontaran.
Kombinasi peralatan surfcasting ini juga boleh diaplikasikan di tasik air tawar. Terutamanya peralatan utama seperti joran, kekili dan tali utama. Namun teknik perambut, batu ladung, mata kail dan umpan perlu disepadankan dengan konsep pancingan ikan air tawar.
Boleh tak admin jelaskan berapa banyak jenis joran yang ada dan kalau boleh terangkan juga perbezaan dan fungsinya?
JAWAPAN:
Pada asasnya joran atau fishing rods terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu pole rod, batcasting rod dan spinning rod.
➡ Pole rod (joran beradu)
Pole rod adalah merujuk kepada joran yang paling asas iaitu joran yang tidak memiliki cincin (guide) dan tidak menggunakan kekili.
Hanya pada hujung joran atau tip sahaja terdapat seutas tali yang digunakan untuk menyambungkannya dengan tali utama.
Pole rod ini digunakan secara meluas dalam teknik pole fishing atau course fishing. Di Malaysia, lazimnya pole rod ini digunakan untuk memancing ikan-ikan kecil seperti sepat, puyu serta udang galah di kolam-kolam komersial.
Namun kini kegunaan joran beradu ini telah dipertingkatkan untuk bertarung dengan ikan-ikan monster.
➡ Baitcasting rod (joran kekili menegak)
Baitcasting rod atau joran yang dipadankan dengan kekili menegak ini boleh dianggap sebagai joran yang berlawanan dengan joran untuk kekili mendatar.
Selain itu baitcasting rod ini lazimnya memiliki trigger atau pemetik bagi mengukuh lagi pegangan tangan pada joran dan kekili.
Ini adalah kerana kekili pada joran ini akan diletakkan menegak di atas joran. Selain itu terdapat beberapa ciri lain yang membezanya.
Spinning Rod (joran kekili mendatar)
Secara asasnya spinning rod ini adalah sama sahaja dengan baitcasting rod. Perbezaan paling ketara joran ini tidak memiliki trigger sebagaimana joran kekili menegak.
Disebabkan joran ini digunakan bersama kekili mendatar maka cincin pertama joran lebih besar berbanding joran kekili menegak.
Begitu juga dengan jumlah cincin lazimnya ia lebih sedikit berbanding baitcasting rod.
Berasaskan spinning rod juga ia dikembangkan untuk kegunaan pancingan lain seperti fly fishing, surfcasting, ice fishing, telescopic rod dan sebagainya lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...