Sekiranya anda berhajat untuk memancing alu-alu, maka penggunaan kabel atau perambut dawai adalah satu kemestian.
Tutorial berikut merupakan kaedah paling mudah untuk mengikat mata kail dengan menggunakan perambut dawai atau kabel.
Langkah 1
Masukkan mata kail (melalui cincin arah belakang) pada perambut dawai sepanjang 30cm atau sekaki.
Langkah 2
Lilit kabel pada teras ke arah mata kail dengan bahagian hujung kabel.
Langkah 3
Lakukan kira-kira lima hingga tujuh lilitan.
Ads
Langkah 4
Masukkan hujung kabel ke cincin arah hadapan mata kail dan tarik.
Langkah 5
Jika ingin menggunakan 2 mata kail, ulangi langkah yang sama dari awal. Untuk menggunakan 3 mata kail pun boleh tetapi pastikan perambut kabel lebih panjang.
Langkah 6
Ads
Untuk menyambut tali perambut pada kabel, lipatkan hujung kabel dan masukkan hujung perambut dari arah bawah.
Langkah 7
Lilit kedua-dua kabel kira-kira 5-6 kali.
Langkah 8
Lilit pula ke arah berlawanan 5-6 kali dan masuk hujung perambut ke arah atas simpulan kabel.
Ads
Langkah 9
Tarik dengan kuat kabel dan perambut sehingga lilitan kemas perambut pada kabel terhasil.
Ikan likoh ini bukanlah ikan native Malaysia… sebaliknya ianya juga ikan pendatang. Ia berasal dari China dan diternak di China sejak dari tahun 457 selepas Masihi dan dibawa ke Eropah pada tahun 1150 masihi, dan dibawa ke England pada tahun 1946 masihi dari Austria.
Di Austria pulak ia diternak sejak tahun 1227 masihi! Bayangkan la… orang putih pun makan ikan yang terlantar kaku atas meja ni… kita pun sama hebat dengan warga England… Austria… hahaha!
Di Malaysia… ikan likoh ini banyak berada di kolam, lombong dan sedikit di sungai. Memandangkan ianya sejenis carp dengan tabiat pemakan rumpair dan tanaman dalam air… ianya adalah omnivor.
Ikan likoh ini aktif makan pada waktu siang… namun ianya boleh berubah tabiat makan ikut waktu persekitaran. Ikan likoh yang sihat dan hidup di persekitaran yang baik biasanya cantik warnanya.
Ikan likoh ni agak unik di mana walaupun ianya hanya sejenis tetapi ianya boleh menghasilkan anak yang berwarna berbeza (variati atau ras). Ibu yang berwarna emas boleh menghasilkan ikan likoh yang berwarna hijau zaitun dan adakalanya berwarna putih berkilat (dipanggil kap cermin).
Sedangkan ianya spesies yang sama… seperti kucing hitam yang melahirkan anak berwarna oren… sedangkan dari induk yang sama.
Ikan likoh ini mempunyai badan yang bulat… sisik yang besar… dan mempunyai ekor V yang tebal pangkal ekornya. Ia mempunyai sirip dorsal yang sangat panjang… dan sirip bawah yang pelvik.
Mulutnya terkehadapan dan menjuih sikit ke bawah menunjukkan ianya adalah jenis bottom feeder.
Isi ikan likoh ini sangat lembut dan cepat rosak. Kompartment perutnya pnn besar dan tebal dan lembik. Disebabkan ikan likoh ni isinya lembut… sebab itulah warga Eropah dapat terima ikan likoh ni dalam senarai menu mereka.
Waktu arus mula pasang, udang dan anak ikan akan berpusu-pusu menghampiri pantai atau masuk ke selat atau muara sungai. Ketika inilah banyak spesies ikan lain yang juga menghampiri pantai, atau masuk ke selat atau muara sungai. Ia biasanya memburu udang atau anak ikan. Ikan yang paling ketara mengikut arus pasang surut ialah ikan belanak.
Bila arus mula pasang, gerombolan ikan belanak akan kelihatan di pinggir pantai dan masuk ke alur-alur sungai di pinggir laut. Ikan belanak sangat digemari oleh ikan-ikan besar seperti siakap, pari, dan beberapa jenis ikan besar yang lain.
Ikan sembilang pula sangat gemar memakan udang dan perumpun laut yang juga mula aktif ketika arus mula pasang. Sebab itulah masa terbaik untuk memancing sembilang adalah ketika arus mula pasang. Begitu juga untuk memancing siakap dan pari.
Spesies ketam juga mula aktif mencari makan ketika arus mula pasang hinggalah air penuh. Jadi kalau nak menangkap ketam pun itulah juga masa yang sesuai. Apabila arus mula surut, kebanyakan spesies ikan sudah mula kurang aktif, jadi kurang sesuai untuk memancing atau menjaring.
Sebab itulah untuk menjadi nelayan atau memancing, kita harus sangat memahami kitaran peredaran air laut supaya kita boleh memilih waktu yang tepat dan sesuai untuk memulakan aktiviti dan menghentikan aktiviti bila waktunya sudah kurang produktif.
Inilah kunci untuk mendapat hasil yang berbaloi dan tidak pulang dengan tangan kosong. Ilmu ini sudah lama diamalkan oleh orang tua-tua kita semenjak dahulu kala. Nampak tak hebatnya orang tua-tua Melayu dahulu kala. Ilmu ni nampak simple tapi sebenarnya mereka sangat memahami tentang ilmu falak samudera, hidrografi laut, ekologi dan sifat-sifat haiwan atau biologi hidupan laut.
Terdapat dua cara untuk pancingan ikan rohu iaitu teknik apungan dan dasar. Pelampung biasanya diginakan apabila memancing di kawasan lombong ternakan itik dan teknik dasar lebih sesuai dipakai di kawasan lombong tinggal.
Pancingan berpelampung biasanya untuk menjerat rohu bersaiz kecil dan sederhana berskala 2kg ke bawah.
Caranya dengan meletakkan pelampung setengah meter dari umpan bom dan dilontar ke kawasan tengah lombong ataupun di kawasan sekitar tempat belaan itik. Tunggu saja pelampung tenggelam dan strike.
Pastikan drag diregangkan sedikit untuk mengelakkan henjutan akhir yang kadangkala boleh memusnahkan impian anda.
Kebanyakan pemancing lebih gemar menggunakan teknik pancingan dasar daripada apungan, mungkin kurang thrill agaknya.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rohu gemar bermain di geomorfologi lombong yang mempunyai kedlaman antara 1-5meter.
Jika lombong tersebut dalam melebihi 5meter, pelampung lebih sesuai digunakan kerana rohu biasanya akan bermain di kawasan permukaan, mungkin kerana bekalan oksigen tidak cukup banyak untuk spesies ini mencari makanan di kawasan yang dalam.
Tip yang paling penting untuk memikat rohu ialah merasuah dedak ayam di kawasan ikan itu bermain. Sebanyak 2-4kg dedak ayam diperlukan. Campurkan dedak tersebut dengan, kemudian dikepal dan dilontarkan ke kawasan pancingan.
Cari kawasan berteluk yang terdapat teratai atau kiambang. Atau pun cari kawasan yang mempunyai kawasan lantai panjangnya kira 2meter dari tebing sebelum drop off kerana ikan ini gemar bermain di antara tebing dan drop off.
Setelah dirasuah, guna dua set pancing dan lontarkan di kawasan rasuah. Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan menandakan rohu sudah mula menyedut dedak tadi.
Rohu memakan umpan dengan getuan kecil sebelum menelan terus umpan yang disaji. Oleh itu, jika ada getuan, jangan sentap dahulu.
Sabar dan tunggu sehingga ikan ini melarikan umpan kerana ikan ini akan menelan umpan setelah menggetu beberapa kali.
Cuma, kita perlu bersedia dengan henjutan pertama rohu apabila ia merasakan mata kail di dalam mulutnya dengan lariannya ibarat torpedo dan sukar dijangka.
Sentap dengan perlahan dan pastikan sistem regangan diselaraskan dengan betul agar tidak rabut.
Pancing hendaklah sentiasa diangkat tinggi dan jangan kendurkan tali semasa bertarung. Ikan ini akan bertarung habis-habisan sehingga ke tebing.
Mainkannya sehingga ikan letih dan gunakan tangguk atau lip grip untuk menaikkan ikan.
Jika ikan tersebut melebihi 5kg sedangkan set pancing agak kecil, cuba kawal sistem regangan sebaiknya agar tali tidak putus.
Ikan ini biasanya akan melarikan umpan ke kawasan reba atau berstruktur, teknik tekanan perlu digunakan.
Tahan ikan itu dengan sistem regangan yang ketat sedikit untuk mengajak ikan itu lari ke kawasan tengah air kemudian setkan regangan ke aras biasa biarkan ianya lari ke tengah lombong.
Jika bernasib baik, rezeki rohu pasti menjadi milik anda. Pengalaman, teknik dan kekuatan set pancing adalah manifestasi kepada tawanan rohu separa liar ini.
Jadi, rajin-rajinlah bertanya dan berguru dengan otai-otai rohu agar tidak kecundang dalam pertarungan dengan spesies turbo ini.
Rohu boleh dikategorikan sebagai game fish bagi pemancing lombong. Henjutan dan tarikannya kadangkala boleh menerbangkan pancing ke dalam lombong. Spesies ini sudah pandai memilih dan lebih peka kepada sebarang gangguan.
Pancingannya semakin complicated apabila setiap masa dan saat, lubuknya sentiasa berubah dan selera makannya semakin sukar dijangka.
Oleh itu, eksplorasi pancingan rohu perlu lebih ekstrem dan disamping teknik bancuhan umpan yang perlu dipelbagaikan.
Sekiranya anda berjaya menaikkan seekor rohu yang berskala 5kg ke atas, anda sebenarnya pemancing yang paling bertuah untuk pancingan rohu liar pada masa sekarang.
Lubuk rahsia perlu dicari dan dijaga sebaiknya supaya ianya berkekalan tanpa diganggu lanun penjaring.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...