Sekarang ini sudah banyak terjual pelbagai jenis assist hook di kedai-kedai pancing. Malah orang persendirian turut menjadikan ia sebagai kerjaya tambahan untuk memperoleh duit poket.
Untuk menghasilkan assist ini tidaklah sesukar mana. Sesiapa pun boleh hasilkannya dengan syarat fokus dan rajin.
Malah dengan menghasilkan sendiri assist hook ini anda dapat menilai sendiri di mana kelebihan dan kekuatannya berbanding assist yang terdapat di pasaran.
Barang keperluan:
Kevlar
Mata kail
Solid ring
Split ring
Shrink tube
Langkah 1
Masukkan hujung tali kevlar ke dalam lubang cincin mata kail.
Langkah 2
Ads
Masukkan pula split ring ke hujung tali melalui bahagian hujung tali itu juga.
Langkah 3
Masukkan kembali hujung tali kevlar ke lubang cincin mata kail. Pastikan lubang cincin mata kail agak besar.
Langkah 4
Ads
Buat ukuran sepanjang mana kevlar dengan siaz jig sebelum memotong tali kevlar. Sebaiknya panjang kevlar adalah 3/4 daripada panjang jig.
Langkah 5
Buatkan satu simpulan biasa atau simpulan mati pada kedua-dua hujung tali kevlar. Namun jangan dimatikan terus simpulan tersebut.
Langkah 6
Masukkan hujung mata kail ke dalam simpulan yang telah dihasilkan itu.
Ads
Langkah 7
Ketatkan simpulan atau ikatan yang terhasil pada teras mata kail dengan sekuat yang mampu.
Langkah 8
Letakkan gam pada ikatan dan potong sedikit lebihan simpulan (gam hanyalah untuk proses tambahan bagi menguatkan lagi ikatan).
Langkah 9
Masukkan shrink tube menutupi simpulan dan bakar dengan lighter untuk mengecutkannya. Maka siaplah satu assist hook untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ketika Asian Monsoon Casting Tournament (AMCT) 2016, yang berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu wakil dari Korea Sport Fishing Association (KSA), Kim Sunkyu dan Mr Kim Chanyong iaitu satu badan yang menganjurkan International Bass Fishing di Tasik Andong, Korea. Acara yang mendapat penyertaan pemancing profesional dari pelbagai negara termasuk Jepun, China, Australia,Thailand,Indonesia dan Amerika Syarikat. Hasil dari persetujuan bersama pihak KSA berminat menyediakan empat penyertaan (pada asalnya) dari program AMCT untuk menyertai acara di Tasik Andong pada 27 dan 28 May 2017.
Untuk mencari empat peserta yang layak pihak Sekretariat MCT telah melancarkan satu program yang di namakan Anglers Exchange Program di mana peserta perlu melalui beberapa ujian kelayakan termasuk mesti mempunyai enjin bot berjenama Mercury dan pernah menyertai program yang dianjurkan oleh Sekretariat Mct. Setelah tamat pencarian dan sedikit perubahan jumlah penyertaan Hafiz hussin, Kay Fairuz Kamaruddin, Samsu Bahri Ismail, Azri bin Ngah, Ahmad Zulfa Shafie, Vincent Gan, Chung fai Chan dan Chee Wooi Kang terpilih untuk mewakili Malaysia.
Menurut Azri Ngah, Pengerusi Sekretariat MCT yang turut menjadi peserta dalam kejohanan ini, konsep dan peraturan kejohanan tidak sulit atau terlalu komplikasi. Setiap peserta sama ada tempatan atau antarabangsa akan dipasangkan dengan seorang guide atau pemancing profesional dari KSA. Jumlah tangkapan yang diambil kira hanya 10 ekor untuk tempoh pertandingan selama dua hari. Antara peraturan lain pula, hanya tali tangsi atau mono filamen 4-8 lb dan umpan soft plastic 3-8 inci sahaja yang dibenarkan.
Memancing dengan menggunakan bass boat yang lengkap dengan sistem GPS, sonar dan fish finder sememangnya impian semua pemancing, namun memancing ketika hari pertama puasa di bumi Korea yang mana waktu siangnya lebih panjang berbanding malam (Subuh 3.25 pagi dan Maghrib 7.40 malam) merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dan kejohanan ini, peserta dari Malaysia, Vincent Gan yang berpasangan dengan Kim Hyo-cheol berjaya berada di tangga keempat dari seratus pasangan yang bertanding.
Carta Top 10
1. Kim Doo-Rok / Crown – 10 ekor – 15.240 kg
2. Yong Hong Won / Park Sang Jo – 10 ekor – 14.130 kg
3. Yong Soon Park / Noh Jae-won – 10 ekor – 14.110 kg
4. Kim Hyo-cheol / Vincent Gan – 10 ekor – 13.970 kg
5. Kim Joon Mo / Kim Young-mo – 10 ekor – 13.460 kg
6. Kim Jong Hyeon / Warren Carter – 10 ekor – 13.370 kg
7. Coal Work / Kim Myung-ho – 10 ekor – 13.350 kg
8. Kim Si-ho / Kim Dong-yong – 10 ekor – 13.310 kg
9. Mourner / Lee So-la – 10 ekor – 10 ekor – 13.010 kg
Bot yang saya naiki turut disertai oleh 7 lagi wakil media dan agensi pelancongan Pulau Pinang. Kami menaiki bot yang dimiliki oleh Ah Eng. Bot ini sememangnya cukup selesa untuk kami kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Ah Eng telah membawa kami ke unjam terlebih dulu untuk mendapatkan bekalan umpan hidup. Kami tiba di lokasi mancing tepat jam 6 petang. Tanpa membuang masa, kami terus menghulurkan umpan selar hidup dengan menggunakan teknik hanyut. Spesies buruan kami adalah tenggiri untuk petang ini. Namun, setelah hampir 2 jam menunggu, langsung tiada seekor pun tenggiri yang sudi menjamah umpan.
Tekong mengambil keputusan untuk berpindah ke lokasi rahsianya yang memang didiami oleh spesies ikan gred A seperti jenahak dan kerapu. Kami tiba di lokasi kedua pada jam 8.30 malam. Di spot jenahak dan kerapu ini, ujar tekong teknik yang paling sesuai digunakan adalah teknik pancingan bottom dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup.
Tidak perlu menunggu lama, joran milik agensi pelancongan terus melendut direntap penghuni dasar. Tidak sampai 3 minit bertarung sudah terlihat kilauan emas di dalam air. Naik sahaja jenahak yang pertama, tidak menang tangan kami melayani penghuni dasar ini. Satu demi satu berjaya dinaikkan.
Belum puas melayani jenahak, kami dikejutkan dengan jeritan mesin yang diletakkan di belakang bot. Pemancing yang berada berhampiran terus menyentap joran dan asakan yang kuat dapat dirasai.
Dengan asakan bertubi-tubi, spesies tersebut berjaya melarikan diri ke lubang persembunyiannya. Kemenangan nampaknya berpihak kepada sang ikan. Menurut Ah Eng, daripada cara permainan tersebut, ia sudah dapat di agak iaitu kerapu bersaiz besar!
Jam sudah menunjukkan angka 1 pagi, namun masih ramai lagi wakil media yang masih berjaga menunggu sang ikan menjamah umpan. Saya yang sedang rancak mencandat sotong untuk dijadikan umpan tiba-tiba dikejutkan dengan lenturan kuat joran yang diletakkan di belakang bot lantas bingkas bangun dan menyentap joran tersebut.
Aksi penutup hari pertama adalah dari wakil agensi pelancongan dan wakil media yang masing-masing berjaya menaikkan jenahak bersaiz kasar. Yang epiknya, kedua-dua ikan tersebut juga telah berjaya mematahkan joran mereka. Bayangkan bagaimana joran yang begitu kuat berjaya dipatahkan dengan asakan si bantal emas ini?
Hari kedua bermula sangat hambar. Tidak ada sebarang getuan dapat dirasai pada sebelah pagi sehinggalah joran milik tekong mendapat satu stike dari penghuni dasar. Ah Eng yang menggunakan kekili elektrik, bagaikan tiada tentangan langsung untuk menaikkan seekor ikan duri berskala hampir sekilogram.
Pada waktu lewat petang pula joran milik wakil media turut direntap ganas. Pada mulanya kami menjangkakan ikan duri yang telah meratah umpan sotong yang dihulurkan, rupa-rupanya sang kerapu hampir sekilogram menunjukkan bayangnya. Wakil media bersorak kegembiraan kerana pada hari pertama tiada seekor pun kerapu berjaya kami naikkan.
Menjelang senja, Tekong mengajak kami berpindah ke Lubuk Kapal Karam yang juga menjadi lubuk favouritenya. Di sini, sekali lagi Ah Eng menjadi pemecah suasana apabila berjaya mendaratkan ikan duri berskala sekilogram.
Tidak lama selepas itu, salah seorang daripada kami menerima asakan kuat dari dasar dan dengan bantuan tekong, beliau berjaya menaikkan kerapu berskala 2 kilogram. Apa lagi riuh rendah suasana di dalam bot apabila satu persatu spesies gred A berjaya dinaikkan. Menurut tekong, semakin hari gelap, semakin galak ikan menjamah umpan.
Menjelang jam 6 pagi, kami pun menuju pulang ke Jeti Straight Quay. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan matahari terbit yang begitu indah sekali. Kami tiba di Jeti tepat jam 9 pagi.
Pada 6 April lalu, kelab Lady Angler Johor Darul Takzim (LAJDT) yang ditubuhkan pada pada tahun 2017, buat julung-julung kalinya menganjurkan pertandingan memancing amal
dengan label LAJDT CHARITY FISHING CHALLENGE, bertempat di Pusat Perikanan P & L Kuala Masai, Johor
Menurut Queen, tujuan event untuk menarik seberapa ramai angler wanita di seluruh Johor agar dapat berkumpul dan mengeratkan silaturahim dan mengumpul dana untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan di sekitar Johor.
Penyertaan bukan sahaja kepada pemancing wanita sahaja, ia terbuka juga kepada pemancing lelaki itu menyaksikan seramai 108 orang peserta mengambil bahagian di mana 30 lady anglers berjaya dikumpulkan.
Selain pemancing tempatan, ia turut dihadiri oleh pemancing dari negara jiran, Singapura.
Pertandingan yang ditaja oleh Daiwa Malaysia ini berlangsung dengan meriah berikutan sambutan hangat dan banyak ikan pelbagai spesies berjaya didaratkan oleh para peserta.
Beberapa kategori dipertandingkan seperti top 5 kategori terbuka, top 5 kategori wanita, ikan terbanyak, ikan terbanyak, ikan terkecil, ikan terpantas serta peserta paling versatile.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...