Kemudian tarik bahagian tali utama dan ikatan yang terhasil akan bergerak ke arah cincin mata kail. Ketatkan simpulan ini dengan kuat, kemudian barulah potong lebihan hujung tali.
(Video Tutorial – Jangan lupa subscribe)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebagaimana diketahui, ikan kaloi merupakan spesies ikan omnivor. Ikan ini memakan apa sahaja seperti rumpai air, ikan kecil, katak, cacing, organisma akuatik yang kecil malah hidupan akuatik yang telah mati juga dimakan oleh ikan kaloi.
Oleh yang demikian, kaloi boleh dipancing dengan umpan alternatif atau umpan yang digunakan untuk memancing ikan lampam atau patin.
Bahan-Bahan Keperluan:
Dedak ayam
Dedak 929
Roti sandwic
Pes perisa strawberi
Spring mata kail
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Gaul dedak ayam bersama dedak 929 sebanyak mana yang dingini.
Langkah 2
Campur sedikit pes perisa stawberi ke dalam campuran dedak ayam dan dedak 929 (jika perlu).
Langkah 3
Potong dadu roti sanwic dan kemudian curahkan pes perisa stawberi ke atasnya.
Cara Menggunakan umpan:
Langkah 1
Kepalkan campuran dedak dan lontarkan ke spot pancingan yang dipercayai terdapat ikan kaloi, Ia berfungsi sebagai rasuah untuk menarik ikan kaloi datang atau kekal berada di situ.
Langkah 2
Cucukkan roti dadu pada mata kail dan kepalkan spring tersebut dengan bancuhan dedak. Kemudian lontar ke kawasan yang telah dirasuah. Tunggu hasilnya!
Boating atau memancing dengan menggunakan bot sememangnya seronok. Namun dalam pada keserokan itu ada juga perkara yang boleh mengundang padah.
Had Set Pancing
Bawa peralatan atau kelengkapan memancing yang perlu sahaja. Kalau sekadar nak casting tu tak perlulah macam nak pergi trip laut dalam berhari-hari lamanya. Had maksimum set pancing hanya dua bagi setiap pemancing.
Kapasiti pemancing
Pastikan kapasiti muatan (orang) sepadan dengan had limit muatan sampan. Kalau sampan muatan 2 orang tu janganlah sampai melebihi dua tiga kali ganda mengalahkan bot muatan pendatang haram.
Risiko Casting
Sekiranya korang memancing dengan teknik casting, sentiasalah pantau kedudukan rakan di atas sampan sebelum membuat balingan. Elakkan dari terburu-buru bagi mengelakkan insiden tercangkok mata kail pada kepala rakan.
Jaket Keselamatan
Walaupun korang memang handal berenang semua style yang ada, atau padang pancing berair cetek, selesa atau tidak selesa tiada alasan untuk tidak memakai jaket keselamatan. Biarlah orang nak cakap poyo ke apa kerana orang yang sama akan akan menyalahkan korang jugak kerana tidak memakai jaket keselamatan apabila berlaku sesuatu kemalangan.
Awas Objek Atas Air
Walaupun sudah biasa dengan geografi sesuatu padang pancing, elakkan dari memandu bot seperti mat rempit kerana macam-macam kejadian buruk yang boleh berlaku. Sentiasalah pantau kalau-kalau terdapatnya objek dan halangan di permukaan air.
Navigasi
Jika memancing di lombong atau tasik yang luas, sebaiknya gunalah gps bagi mengelakkan sesat sekiranya tidak mahir dengan selok-belok lokasi. Tidak kisah apa jenis aplikasi gps yang digunakan, yang penting ia berfungsi dengan baik.
Ancaman Binatang
Sekiranya perlu parkir di bawah pokok bagi mengelakkan panas atau hujan lebat, pastikan betul-betul pokok tersebut tiada binatang atau serangga berbisa. Terutamanya di kawasan muara sungai di mana ular gemar berehat di atas pokok.
Minyak Cukup
Pastikan bekalan petrol mencukupi di dalam tangki. Sebaiknya juga juga bawa bekalan tambahan. Dan lebih penting lagi jangan sesekali tertinggal pendayung. Tiada yang lebih mendebarkan selain dari peristiwa kehabisan minyak dan pendayung pula tak ada.
Rai Kejayaan
Sentiasa bertenang ketika memancing dan jangan sesekali melompat kegembiraan apabila berjaya menaikkan ikan. Ia bukan saja membahayakan keselamatan, malah juga menyakitkan hati rakan yang masih kumpau.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...