Ikatan blood bight dropper merupakan satu kaedah ikatan untuk menghasilkan simpulan tali (mono, sulam atau perambut) yang mudah tetapi kukuh. Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail atau swivel.
(Nota: Paparan foto yang disediakan ini menggunakan tali kevlar dan kili yang besar untuk tujuan fotografi sahaja.)
LANGKAH 1
Lipat kira-kira sejengkal (mengikut kesesuaian kegunaan) hujung tali utama atau tali perambut.
LANGKAH 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
Ads
LANGKAH 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
LANGKAH 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat.
Ads
LANGKAH 5
Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.
LANGKAH 6
Ads
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
LANGKAH 7
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
LANGKAH 8
Sambungan perlatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan ini boleh digunakan untuk menyambung tali pancing, mengikat mata kail dan juga kili. Ikatan terbaik adalah mengikat mata kail jika memancing menggunakan umpan ikan hidup. Ia berkesan agar umpan hidup tahan lebih lama, dan tidak cepat mati.
Ikatan ini juga banyak digunakan untuk menyambung terus leader pada gewang tanpa menggunakan snap atau swivel snap. Tanpa penggunaan terminal tackle memungkin gewang beraksi dengan sempurna sekaligus meningkatkan sambaran dari ikan sasaran.
Tutorial 1
Buatkan satu simpulan pada kira-kira sejengkal pada hujung perambut.
Tutorial 2
Tambahkan lagi satu simpulan pada simpulan yang pertama.
Tutorial 3
Tarik perlahan-lahan simpulan itu hingga terhasil dua gelungan.
Tutorial 4
Masukkan mata kail melalui lubang cincin pada hujung perambut.
Tutorial 5
Masukkan hujung perambut ke dalam gelung melalui bahagian bawah.
Tutorial 6
Masukkan pula ke gelung kedua melalui bahagian atas.
Tutorial 7
Ketatkan simpulan dan ikatan.
Tutorial 8
Buatkan satu simpulan pada bahagian atas simpulan.
Tutorial 9
Tambahkan satu lagi simpulan dan ketatkan dengan kuat.
Ikatan asas mata kail atau basic hook knot merupakan salah teknik ikatan mata kail yang bukan sekadar mudah untuk dipelajari bahkan juga satu ikatan yang kuat.
Sama ada mata kail diikat dengan perambut nylon atau tali sulam, kedua-dua boleh diikat dengan kemas dan kukuh.
Langkah 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Langkah 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Langkah 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Langkah 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Langkah 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Langkah 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Langkah 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Langkah 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...