Penggunaan jump frog terbukti berkesan untuk memperdaya spesies snakehead seperti haruan dan toman.
Namun harga seketul jump frog semakin hari semakin meningkat. Jadi, apa kata kalau kita buat sendiri.
Ia bukan saja lebih menjimatkan malah kepuasan memperoleh hasil dari jump frog nyata lebih padu.
Bahan keperluan:
Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.
Langkah2
Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.
Langkah3
Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.
Langkah 4
Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.
Langkah 5
Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.
Langkah 6
Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.
Langkah 7
Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.
Langkah 8
Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.
Langkah 9
Gewang sudah digosok dengan licin.
Langkah 10
Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.
Langkah 11
Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.
Langkah 12
Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.
Langkah 13
Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, langkah seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.
Langkah 14
Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.
Langkah 15
Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Langkah 16
Langkah seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.
Langkah 17
Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.
Langkah 18
Gewang yang telah siap diwarnakan.
Langkah 19
Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.
Langkah 20
Langkah seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.
Paloma knot atau ikatan paloma merupakan ikatan memancing terawal yang pernah direka cipta. Disebabkan ikatannya yang mudah tetapi mampu bertahan, ia diguna pakai sehingga ke hari ini.
Namun untuk membolehkan ikatan paloma ini dilakukan, cincin perlulah memiliki lubang (tidak sesuai untuk mata kail tanpa lubang). Ia juga dapat menyambungkan kili atau swivel dengan lebih sempurna.
Tutorial 1
Lipatkan tali atau perambut yang akan digunakan kira-kira panjang sejengkal.
Tutorial 2
Masukkan bahagian tali yang telah dilipat ke dalam lubang mata kail.
Tutorial 3
Buatkan satu lingkaran atau simpulan dan biarkan simpulan itu tidak diketatkan terlebih dahulu.
Tutorial 4
Masukkan bahagian hujung lipatan tali ke dalam mata kail dan lalu kan ia sehingga melepasi mata kail sepenuhnya.
Tutorial 5
Kemudian tarik bahagian utama tali sehingga satu simpulan terbentuk. Untuk simpulan yang sempurna, pastikan satu persatu tali ditarik hingga tiada bahagian tali yang tersekat.
Tutorial 6
Setelah bahagian simpulan diketatkan dengan sekuat mungkin, barulah potong lebihan tali. Boleh juga dibuat satu simpulan biasa pada hujung tali sebagai langkah insuran.
Tutorial 7
Simpulan atau ikatan paloma yang telah dihasilkan dengan sempurna.
Cara ikatan tali yang diilhamkan dari perfection loop knot ini merupakan satu kaedah terbaik menghasilkan lingkaran gelung. Lingkaran gelung tali ini banyak kegunaannya dalam aktiviti memancing dan perkhemahan. Selain dapat dihasilkan dalam masa singkat, ia juga amat kukuh. Jerutan simpulan yang dihasilkan amat kemas bagi menghalang ikatan terurai.
Tutorial 1
Buatkan satu lingkaran tali bergantung kepada sebesar mana gelung yang ingin dihasilkan.
Tutorial 2
Buatkan satu lagi lingkaran tali ke atas tali utama (menindan tali utama).
Tutorial 3
Lipat pula hujung tali ke atas tali utama.
Tutorial 4
Selit hujung tali di antara dua gelung lingkaran dan masukkan gelung kedua ke dalam lingkaran gelung pertama. Step ini perlu diperhati dengan teliti agar tidak tersilap.
Tutorial 5
Tarik hujung tali gelung yang dimasukkan ke dalam gelung pertama tadi.
Tutorial 6
Ketatkan simpulan dan potong hujung lebihan tali. Lingkaran gelung yang kemas dan kuat telah siap untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...