Tenggiri berkembang biak dengan cara bertelur. Tenggiri mencari perairan laut cetek untuk pembiakan dan akan kembali ke laut dalam setelah proses tersebut selesai. Jadi, tak bermakna kat kawasan cetek takde tenggiri dan saiznya juga besar-besar.
Ikan ini dikategorikan sebagai ikan sukan yang sangat digemari oleh ramai pemancing kerana kepantasan renangan dan kualiti dagingnya yang bergred tinggi. Selain itu, ikan tenggiri sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan nutrisinya yang lengkap.
Meskipun tersenarai dalam spesies ikan perenang pantas dan juga termasuk salah satu ikan predator, ikan tenggiri yang lebih kecil seringkali menjadi santapan bagi predator lain yang lebih besar, khususnya barracuda monster.
Ads
Ikan tenggiri betina dapat hidup selama 11 tahun namun tiada kajian pula jangka hayat bagi tenggiri jantan. Namun untuk menemui tenggiri tua yang dah tak bergigi bukanlah mudah.
Ads
Di India, orang menyebutnya ikan anjai. Di Filipina lebih dikenali dengan nama ikan dilis, dan di Thailand lebih mesra dengan istilah ikan thu insi.
Jumlah penangkapan ikan tenggiri terbesar di dunia pernah tercatat di Indonesia, diikuti Filipina, Sri Langka, Yaman, dan Pakistan.
Ads
Dipercayai ikan tenggiri yang ditewaskan dengan penggunaan joran dan kekili lebih mahal harganya berbanding tenggiri yang terperangkap pada jaring. Kebanyakan tenggiri yang mati lemas pada jarring kualiti dagingnya merosot.
Walaupun populasi ikan tenggiri kian menurun namun, sama ada ia ditangkap secara sengaja atau pun tidak, jarang sekali ia dilepaskan kembali ke laut. Percaya atau tidak?
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Biasanya pemancing yang gemar mengunakan teknik hanyut, belon atau casting mudah memperoleh spesies ini ketika memancing buruan utama seperti tenggiri, gerepoh dan layaran.
Ia dikatakan pengacau kerana gemar membunuh ikan umpan hidup. Kita boleh mengandaikan bahawa umpan hidup telah dikerjakan todak melalui kesan gigitan atau bekas gigi pada ikan umpan tersebut.
Ini berdasarkan pada sifat todak yang tidak terus menelan mangsa, sebaliknya mengonggong seketika sebelum mengerjakan sebahagian badan mangsa.
Oleh kerana todak adalah pemangsa di kawasan permukaan air maka cara terbaik memancingnya ialah melalui teknik hanyut menggunakan belon atau apa saja bahan apungan.
Cara hanyut lebih mudah ketika arus laju manakala belon pula ketika angin lebih kuat dari kelajuan arus.
Paling penting umpan perlu dipastikan berada di permukaan air. Umpan perlu dihanyutkan kira-kira 10meter dari kedudukan pemancing kerana todak lebih bersifat penakut pada
bayangan manusia kecuali pada malam hari kerana bayangan manusia dilindungi oleh limpahan cahaya lampu bot. Memadai jika kita tidak nampak umpan di hadapan.
Untuk menjerat todak dengan mudah, umpan tidak oleh dirembat atau di sentap sebaik sahaja sistem penggera berbunyi. Biarkan ia melarikan umpan seketika, tunggu hingga larian kedua barulah boleh direntap joran.
Sebaiknya mengunakan umpan mati berbanding hidup kerana todak bertindak membunuh sebaliknya melemahkan mangsa terlebih dahulu melalui cengkaman gigi di sepanjang muncungnya.
Ia akan menikmati habuannya setelah mangsa tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Umpan yang digunakan jangan terlalu besar dari saiz mulut todak yang diburu.
Paling sesuai umpan sebesar 1 hingga 2 jari sahaja. Umpan seekor lebih berkesan dari hirisan ikan.
Sesuai dengan barisan gigi tajam yang dimiliki todak, perambut dawai lebih sesuai digunakan berbanding tangsi. Disyorkan perambut tangsi 30lb dipadankan dengan kabel 20lb hingga 40lb.
Kombinasi matakail (lebih dari satu mata kail) lebih mudah menjerat todak berbanding mengunakan mata tunggal.
Jika inginkan keseronokan, guna 1 mata kail sahaja kerana ia lebih menyeronokkan dipadankan pula set pancing aksi ringan.
Bila guna aksi ringan joran melentur bagai nak rak, penggera sentiasa berbunyi seolah-olah tengah fight ikan besar.
Malah, melihat aksi akrobatiknya di udara dalam cubaan melepaskan diri dari mata kail juga amat menghiburkan.
Antara umpan yang popular dan digemari oleh kaki pancing ialah umpan hidup.
Namun kadangkala terdengar rungutan kaki pancing apabila umpan ikan atau udang yang dibawa tidak kuat tatkala mahu dicangkukkan pada mata kail.
Air sudah ada, alat pengudaraan atau aerator dah dipasang, apa lagi yang tidak kena?
Memahami konsep pam udara
1. Apabila kuantiti umpan ikan atau udang hidup kita banyak, ianya memerlukan kawasan atau bekas simpanan yang lebih luas.
Macam kita juga, 20-30 orang bersesak-sesak dalam satu bilik kecil, tak sanggup rasanya.
2. Pam udara atau aerator sebenarnya tidak membekalkan oksigen.
Ia hanya memberikan tekanan udara untuk membalikkan air agar berkocak dan apabila pergerakan air berlaku,di situlah terhasilnya oksigen terlarut bagi hidupan akuatik.
3. Jadi, apabila keluasan bekas simpanan semakin besar, anda memerlukan pam udara yang lebih besar atau boleh juga gunakan lebih dari satu pam udara yang bersaiz kecil.
Perhatikan pergerakan gelembung udara
Tips yang penting ialah dengan melihat pergerakan gelembung udara dan pergerakan air.
Pam udara yang terlalu kuat di tambah dengan keluasan kawasan yang kecil tidak membantu umpan anda.
Ini kerana arus yang kuat dari pam udara anda memaksa umpan untuk melawan arus dan memerlukan tenaga yang banyak.
Anda patut biarkan pam udara anda mengepam udara dengan lebih lembut dan umpan anda mampu bergerak secara kawanan.
Ini membantu umpan seperti ikan menghasilkan pergerakan arus lembut merentasi insang mereka bagi membekalkan oksigen.
Perhatikan saiz gelembung udara Perhatikan saat gelembung udara anda bergerak ke permukaan air. Lihat berapa lama ia mengambil masa untuk sampai ke permukaan air.
Dengan memerhatikan gelembung udara ini, anda mampu mengubah keadaan umpan anda untuk 24 jam yang akan datang.
Satu teori untuk pam udara anda berkaitan gelembung udara ialah, semakin kecil gelembung udara, semakin lambat ia sampai ke permukaan air.
Ini akan memberikan lebih masa bagi gelembung air itu untuk larut di dalam air bagi melarutkan oksigen.
Saiz bekas simpanan anda
Saiz bekas simpanan umpan hidup anda harus bersesuaian dengan kepadatan dan kuantitinya.
Semakin tinggi kepadatannya, maka ia memerlukan keluasan yang lebih besar bagi mengelakkan umpan anda stress.
Stress boleh menyebabkan umpan anda mati dalam jangka waktu yang singkat.
Memancing merupakan kegiatan yang menyenangkan dan juga menyihatkan, ditambah lagi jika berhasil mendapatkan ikan sasaran. Tapi, harus diingat agar selalu menjaga kebersihan dan kelestarian dalam laut. Berikut beberapa cara pancingan di laut.
Teknik Bottom fishing
Teknik memancing ini merupakan teknik yang paling asas dan umum digunakan oleh para pemancing. Untuk memancing dengan teknik ini, hanya memerlukan kelengkapan pancingan dasar, kemudian umpan dipasang dan dilepaskan ke laut dan tunggu sehingga ada ikan yang menyambar.
Teknik pancingan ini boleh menggunakan joran dengan reel spinning atau overhead atau koyan. Memancing dengan teknik ini juga wajib menggunakan pemberat atau batu ladung yang membolehkan umpan berada di dasar untuk memburu ikan dasar.
Teknik Drifting
Teknik ini biasanya digunakan untuk memburu ikan yang berada di permukaan dan pertengahan air. Ia menggunakan ikan hidup sebagai umpannya. Selar, tamban, atau kembung biasanya dijadikan umpan untuk teknik ini.
Cara memancing menggunakan teknik ini adalah umpan hidup dibiarkan berenang menjauhi bot untuk menuju spot sambil menunggu ikan yang akan memangsanya. Belon biasanya diikat pada tali utama ini agar ikan tidak berenang jauh ke bawah. Batu ladung kecil digunakan sekiranya arus deras bagi mengelakkan umpan terapung di permukaan air.
Teknik Trolling
Teknik memancing ini umumnya digunakan ketika bot sedang berjalan dengan kelajuan 4-6 knot. Umpan yang digunakan oleh teknik ini adalah umpan tiruan untuk memancing ikan tenggiri dan wahoo dan lain-lain lagi.
Selain gewang berbentuk ikan, umpan lain yang digunakan adalah skirt menunda yang berbentuk seperti kepala sotong dengan warna terang. Biasanya jarak umpan dari bot mencapai 10 hingga 30meter tergantung kepada ukuran gewang tundaan. Selain itu, joran trolling juga biasanya jenis overhead iaitu reel yang posisinya berada pada sisi atas joran.
Teknik Casting
Memancing jenis ini menggunakan umpan tiruan atau lure untuk mendapatkan ikan. Lure boleh berbentuk ikan, serangga atau binatang laut lainnya. Caranya adalah dengan melemparkan lure menuju target menggunakan rod dan reel.
Perbuatan melemparkan dan menggulung lure merupakan kunci dari teknik ini, sehingga ada juga yang mempraktikkan teknik ini hanya dengan tangan kosong atau handline. Lure dilontar dan dikarau sebanyak kali yang mampu sehingga mendapat strike. Maka dari itu, teknik ini seringkali dikategorikan sebagai sportfishing atau sukan memancing.
Teknik Surfcasting
Teknik ini hampir sama dengan teknik casting, namun teknik ini dilakukan dengan joran yang lebih panjang sekitar 350—450 cm. Teknik asasnya pun sama dengan casting iaitu melemparkan umpan sejauh-jauhnya, tapi dalam surf casting, umpan yang dilemparkan akan dibiarkan mendarat seperti memancing dasaran. Maka dari itu, memancing dengan teknik ini pun memerlukan pemberat agar umpan tidak hanyut.
Perbezaan antara casting dan surfcasting juga terletak pada umpan yang digunakan. Jika casting menggunakan umpan tiruan, dalam surfcasting umpan yang digunakan bukanlah umpan buatan, melainkan ikan-ikan kecil, perumpun, udang ataupun kerang yang banyak ditemukan di pesisir pantai.
Waktu yang paling tepat untuk memancing menggunakan teknik ini adalah saat air bergerak pasang naik, kerana saat itulah ikan-ikan berenang mendekati pantai untuk mencari makan.
Teknik Jigging
Jigging dipercaya teknik memancing yang sudah ada sejak ribuan tahun lalu. Di mana saat itu nelayan mencuba untuk memancing ikan menggunakan umpan yang dibuat daripada timah atau logam lain yang kemudian dilemparkan ke dalam air dan kemudian ditarik dengan laju ke atas.
Biasanya teknik memancing seperti ini digunakan untuk memancing di kawasan terumbu karang dengan kedalaman 50-100 meter. Ketika memancing menggunakan teknik ini, jig tidak dihayunkan langsung ke spot yang disasarkan, melainkan dilemparkan dan dibiarkan meluncur hingga ke dasar laut secepat mungkin baru kemudian menggulung reel dengan cepat sambil disentak-sentakan. Ia dilakukan agar umpan tersebut bergerak seperti ikan yang menuju ke atas sehingga ikan sasaran mahu menyambarnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...