Lidah gewang atau bib adalah plat penggoyang gewang. Kawasan permukaan, bentuk, sudut dan kedudukan lidah pada kepala gewang semuanya penting untuk aksi dan kedalam selaman gewang.

Ia juga mempengaruhi kestabilan gewang, iaitu kelajuannya dan apabila melanggar dasar atau struktur.

 

Kawasan permukaan lidah, termasuk sudut pemasangannya menentukan berapa banyak tekanan air merintanginya.

Inilah yang memandu gewang ke bawah dan mengawal kedalaman selamannya.

 

 

 

Pada umumnya, lidah yang dipasang secara menegak (90darjah pada badan) akan mengekalkan renangan gewang berdekatan permukaan, manakala lidah yang dipasang secara mendatar akan menyebabkan gewang menjunam dalam.

 

Bagaimanapun ia bukanlah semestinya kerana ada banyak faktor lain yang mempengaruhi prestasi lidah dan gewang.

 

IKLAN

Semakin tegak kedudukan lidah, semakin lebarlah lenggangan aksi gewang dan semakin memperlahankan gelombang frekuensi renangannya.

 

Lidah rekaan khas (contohnya cuping didepan mengarah ke atas) boleh membuatkan gewang menjunam pada susut yang lebih curam. Ini berguna untuk mengumpan ikan yang bernaung di struktur yang dalam.

 

 

 

Walaupun selalunya lidah lebih digemari jika berwarna jernih, namun lidah metalik atau berkilat boleh menawan perhatian sang ikan dari kilauannya.

 

IKLAN

Lidah besi akan menambahkan berat dan mempengaruhi keseimbangan gewang.

 

Kekuatan lidah harus difikirkan jika mengilat ke arah objek keras seperti batu atau kayu, lebih-lebih lagi kalau titik tundaannya terletak pada lidah.

 

Umumnya, lidah yang tirus memberi aksi goyang yang kencang, manakala lidah lebar memberi aksi gelekan besar atau melenggang-kangkung.

 

Lidah berhujung tirus dan menajam lebih stabil walaupun pada kelajuan tinggi.

 

IKLAN

 

 

Lidah bercawan akan menghasilkan aksi lebih kencang dan menstabilkan gewang.

 

Aksi renangan gewang yang titik tundaannya terletak di lidah akan menjadi lebih kencang jika penyambungan lidah ke badannya meruncing.

Jika lidah lebih besar dari badan gewang pada titik sambungannya, gewang akan menjadi kurang stabil.

 

Semakin rapat lidah dipasang ke garis pusat mendatar gewang, semakin kencanglah aksinya.

 

Lidah yang dipasang mendekati titik tundaan pada muncung gewang akan beraksi gulingan lebih lebar.

Tetapi jika lidah selaman cetek dipasang mendekati titik tundaan pada muncung gewang, gewang menjadi tak stabil dan berguling, namun ini sesuai sebagai gewang permukaan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI