Biasanya ikan yang memiliki corak warna menarik, gemar mendiami dasar laut yang berterumbu karang.

Ia biasanya ditemui pada kedalaman melebihi 40 meter dan sering menjadi buruan bukan kerana corak warna sisiknya yang cantik tetapi juga kerana kualiti tinggi isinya.

 

  • KERTANG
  • Nama saintifik: Epinephelus lanceolatus
  • Nama umum: Giant grouper
  • Nama tempatan: Kertang

Kertang amat sinonim di kolam pancing air masin. Di sana ikan kertang digelar sebagai ikan naga. Perbezaan ikan kertang dengan ikan boron, ikan kertang mempunyai warna yang gelap serta sirip yang berwarna sedikit kekuningan.

Mata ikan kertang lebih terkeluar jika dibandingkan dengan boron. Ikan kertang mendiami lubang, karang dan struktur yang membolehkannya menghendap mangsa.

Ikan ini bersifat pemalas dan kurang bergerak keluar daripada kediamannya. Kini ikan kertang telah dipelihara oleh pengusaha ikan sangkar kerana permintaannya yang tinggi dari kolam pancing air masin komersial.

Selain itu harganya yang mahal membuatkannya menjadi buruan kaki pancing.

Umpan: Ikan ini tidak begitu memilih umpan. Apa saja akan di lahapnya sekiranya umpan betul-betul dilabuhkan de depan muka.

Pemancing perlu tahu kedudukan atau lubuk yang tepat untuk memancing ikan pemalas ini. Umpan popular yang digunakan ialah isi ikan, udang hidup, sotong dan ikan hidup seperti kembung, selar dan ikan belanak.

Sama seperti kerapu boron, ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.

Pancingan : Dasar / jigging

 

 

  • MERAH CORENG
  • Nama Saintifik: Lutjanus sebae
  • Nama umum: Red Emperor
  • Nama tempatan: Merah coreng / loreng

Dikatakan sebagai raja segala ikan merah sesuai dengan namanya yang digelar Red Emperor. Ikan ini dikatakan amat sukar diperolehi terutamanya yang bersaiz besar.

Ikan ini selalu dijadikan sebagai hidangan mewah terutamanya daripada kaum Cina serta mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran.

Umpan: Umpan hirisan isi ikan dan sotong banyak digunakan untuk memancing ikan ini. Umpan sotong hidup dan ikan hidup juga boleh digunakan untuk memperdaya ikan merah celoreng bersaiz besar.

Pancing : Dasar / Jigging

 

 

IKLAN
  • KERAPU BORON
  • Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
  • Nama umum: Malabar grouper
  • Nama tempatan: Kerapu / boron / tong gas

Ikan kerapu merupakan ikan yang paling mudah ditemui di perairan kita. Tidak kira perairan berpasir atau pun Lumpur.

Ikan kerapu pasti mudah didapati jika terdapat kawasan lubang,karang dan apa-apa struktur yang boleh dijadikan pelindungan.

Kerapu boron merujuk kepada saiz kerapu ini yang bersaiz besar dan mampu mencecah berat sehingga 40 kg. Ikan ini lebih aktif pada waktu malam.

Umpan: Umpan hirisan sotong dan isi ikan boleh memperdayakan ikan kerapu bersaiz kecil. Tetapi tidak bagi kerapu boron.

Kerapu bersaiz besar ini lebih gemar memilih umpan hidup. Cumit ataupun sotong hidup merupakan umpan kegemarannya.

Selain itu penggunaan ikan selar atau kembung hidup juga mampu membuka selera ikan ini. Ikan ini juga boleh diperdayakan oleh gewang jig besi.

Pancingan : Dasar / jigging

 

 

  • KERAPU BARA
  • Nama Saintifik: Epinephelus retouti
  • Nama umum: Red-tipped grouper
  • Nama tempatan: Kerapu bara

Kerapu yang berwarna merah membara ini memang menjadi hidangan popular di restoran mewah yang menjual makanan laut.

Tidak seperti warnanya, isi ikan ini amat lembut dan lazat di jadikan hidangan. Ikan ini kongsi tempat tinggal bersama saudara terdekat mereka iaitu ikan kerapu.

Umpan: Dimana ada kerapu, pasti ada kerapu bara. Begitu mudahnya untuk memperoleh ikan kerapu bara jika kena dengan lubuknya.

Maka umpan yang digunakan sama sahaja dengan umpan yang digunakan untuk memancing ikan kerapu. Hirisan isi ikan atau sotong amat efektif untuk memancing ikan ini.

IKLAN

Pancingan : Dasar / jigging / casting

 

  • KURAU
  • Nama Saintifik: Polydactylus macrochir
  • Nama umum: King Threadfin Salmon
  • Nama tempatan: Kurau / Senohong

Ikan kurau memang dikenali dengan isinya yang lazat serta harganya yang tinggi. Harga ikan ini akan melambung sekali ganda apabila di jadikan ikan masin.

Kerana itulah ikan ini menjadi buruan kaki pancing. Ikan kurau yang tinggal di kawasan lubang berlumpur amat pandai mencuri umpan ketika pemancing terleka dan jika disentap kuat, pasti kita akan kehilangan umpan.

Memancing ikan ini memerlukan teknik dan kesabaran tinggi. Tidak hairanlah terdapat segelintir pemancing yang betul-betul fokus untuk menjejak ikan kurau sahaja.

Umpan: Cabuk ataupun ikan timah merupakan umpan popular untuk menjerat ikan kurau. Selain itu, umpan sotong kurita, ikan belanak hidup dan udang hidup boleh digunakan.

Pancingan : Dasar / jigging / casting

 

 

  • LOLONG BARA
  • Nama Saintifik: Priacanthus tayenus
  • Nama umum: Purple spotted bigeye
  • Nama Tempatan: Lolong bara

Kebanyakan ahli keluarga ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di lautan India dan Pasifik, tetapi empat spesies (Cookeolus japonicus, Heteropriacanthus cruentatus, Priacanthus arenatus, dan Pristigenys alta) dijumpai di Atlantik.

Mereka cenderung hidup berhampiran dengan gugur atau terumbu karang, walaupun sedikit diketahui mendiami perairan terbuka.

Banyak spesies yang terdapat di perairan yang agak dalam, di bawah kedalaman yang dapat dicapai dengan menyelam skuba biasa. Sesetengah spesis dipetik untuk makanan.

Umpan: Ia memakan apa sahaja umpan untuk pancingan ikan dasar seperti merah atau kerapu.

IKLAN

Pancingan : dasar / jigging

 

 

  • RUBY SNAPPER
  • Nama saintifik: Etelis carbunculus
  • Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
  • Nama tempatan: Ruby Snapper / merah ruby

Ruby snapper merupakan spesies snapper (seperti merah, jenahak dan kakap) dan merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang.

Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter.

Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.

Ruby snapper merupakan spesies snapper (seperti merah, jenahak dan kakap) dan merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang.

Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter.

Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.

Umpan: Ruby snapper boleh dipancing dengan menggunakan hirisan ikan dan sotong. Ia juga boleh dipancingan dengan menggunakan umpan besi melalui teknik jigging.

Pancingan : Dasar / jigging

 

 

  • KERISI BALI
  • Nama saintifik: Etelis coruscans
  • Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
  • Nama tempatan: Kerisi bali / guntur

Kerisi bali lebih tertumpu di sesetengah kawasan di Semenanjung terutama di kawasan pelantar minyak di perairan Terengganu.

Sabah dan Labuan merupakan destinasi pilihan pemancing untuk meneroka kekuatan kerisi bali. Terutamanya di lubuk yang dikenali sebagai Terumbu Lucornia dan Terumbu Layang-layang.

Bentuk badannya seperti mana ibu kerisi dan ruby snapper tetapi berbeza dari corak warna badan, ekor dan bahagian mulut.

Umpan: Sama sebagaimana umpan untuk memancing ibu kerisi serta ruby snapper.

Pancingan : Dasar / jigging.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI