Tahukah korang bahawa telur sotong yang korang biasa makan di kedai mamak adalah daripada sotong katak? Sebenarnya banyak lagi kehebatan sotong katak dan kami senarai 10 daripadanya yang agak popular dan ramai tidak tahu.
Sotong katak tergolong dalam keluarga sotong (Cephalopoda) walaupun menggunakan nama fish (cuttlefish). Cephalopoda termasuk sotong kurita, cumi dan nautilus.
Sotong katak adalah keluarga Cephalopoda dan kebanyakan sotong lain adalah invertebrata laut yang paling cerdas.
Cuttlebone (tulang sotong) ditemukan dalam badan sotong katak berbeza dengan tulang sotong yang lain. Lazimnya ia digunakan untuk memberi makan burung peliharaan bagi mendapatkan kalsium.
Ads
Sotong katak memiliki darah hijau-biru dan 3 hati. Ia merupakan sesuatu yang sangat jarang diketahui dan dilihat oleh manusia.
Daya penyamaran (camouflage) sotong katak sangat menakjubkan sehingga dapat mengambil pola corak warna latar belakang yang berada di bawah atau sekitarnya.
Ads
Sotong katak adalah buta warna. Atau dalam erti kata lain mereka tidak mampu melihat warna corak badan sendiri walaupun mampu meniru warna persekitarannya ketika menyamar.
Deria rasa sotong katak terletak pada tentakel (janggutnya) yang juga bersifat seperti vakum. Kuasa vakum dia memang power, jadi jangan cuba nak makan mentah janggut sotong katak ni.
Ads
Sotong katak memiliki 8 lengan dan 2 tentakel panjang yang digunakan untuk memegang dan memakan mangsa.
Sotong katak terbesar adalah sotong katak raksasa Australia, yang menyerupai saiz dan bentuk bola American football.
Sotong katak memiliki kelopak mata berbentuk W sehingga mereka dapat melihat di depan dan di belakangnya pada waktu yang sama.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Gegerut mempunyai bahagian sekata di muka atau pipi dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver), warna tompok-tompok hitam di atas garisan lintang dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.
Saiz gegerut yang mudah diperolehi sekitar 100gram hingga 500gram. Untuk memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di air yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau persisiran pantai serta laut bebas. Saiz yang biasa dilihat untuk gegerut di air dalam di antara 600gram hingga 3kg.
Gegerut yang biasa diperolehi dikawasan muara dan air cetek sesuai mengunakan perumpun dan mata yang lebih kecil. Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.
Gerut-gerut boleh diperolehi di kawasan air cetek sehingga kurang dari satu meter tetapi kebanyakanya adalah yang bersaiz kecil. Gegerut yang bersaiz besar 500gram ke atas hanya boleh diperolehi di perairan yang lebih dalam dari 10meter ke atas.
Gegerut gemar kepada kawasan kuala sungai, pantai dan kawasan batu karang di persisiran pantai atau pulau. Pilihan utama gegerut di kawasan kuala sungai ialah berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau.
Walaupun saiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dari pemancing dan mampu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya. Gegerut yang bersaiz 500gram ke atas sangat popular di Australia sebagai salah satu hidangan sumber protein mereka selain dari negara kita sendiri.
Ia adalah spesies ikan air tawar herbivora bersaiz besar dari keluarga Cyprinidae yang berasal dari Asia Timur, dengan rantau asli dari Vietnam utara ke Sungai Amur di
sempadan Siberia-China. Ikan kap Asia juga merupakan satu-satunya spesies dalam genus Ctenopharyngodon.
Ia diternak di negara China untuk makanan, tetapi diperkenalkan di Eropah dan Amerika Syarikat untuk mengawal rumpai akuatik.
Ia adalah ikan besar besar yang mampu bertahan dengan sungai berarus keruh, dan bertoleransi dengan suhu. Kap rumput akan memasuki keadaan reproduktif dan bertelur pada suhu 20 hingga 30 ° C.
Di Amerika Syarikat, ikan ini juga dikenali sebagai white amur, yang berasal dari Sungai Amur, di mana spesies itu mungkin asli, tetapi tidak banyak jumlahnya.
Namun spesies Ini tidak boleh dikelirukan dengan white amur bream (Parabramis pekinensis), yang bukanlah saudara terdekat.
Morfologi
Ikan kap rumput mempunyai bentuk badan yang berbentuk lentur, montel dan torpedo. Hujung mulutnya sedikit serong dengan bibir yang tidak berisi dan tidak ada barbel.
Garis sisi yang lengkap mengandungi 40 hingga 42 skala. Gigi yang luas, licin, dan pharyngeal disusun dalam formula 2, 4-4, 2.
Sirip dorsal mempunyai lapan hingga 10 fialemn lembut, dan sirip anal ditetapkan lebih dekat kepada ekor daripada kebanyakan kap lain.
Warna badan adalah zaitun gelap, menghampir warna coklat keemasan di sisi, dengan perut putih dan skala besar.
Ikan kap rumput tumbuh dengan pesat. Spesies juvenil yang diukur pada musim bunga pada 20 cm akan mencapai lebih dari 45 cm.
Panjang purata kira-kira 60-100 cm. Panjang maksima ialah 2 meter dan tumbesaran mereka meningkat hingga 45 kg.
Menurut satu kajian, mereka hidup purata lima hingga sembilan tahun, dengan spesies tertua mencapai 11 tahun. Mereka mampu makan hingga tiga kali berat badan mereka sendiri setiap hari.
Taburan dan habitat
Ikan kap rumput telah diperkenalkan ke banyak negara di seluruh dunia. Di Hemisfera Utara, negara dan wilayah pengenalan termasuk Taiwan, Israel, Jepun, Filipina, Amerika
Syarikat, Mexico, India, Malaysia, Belanda, Switzerland, Republik Ceko, Slovakia, Croatia, Serbia, Slovenia, Montenegro, Bosnia dan Di kawasan Hemisfera Selatan, mereka telah
diperkenalkan ke Argentina, Venezuela, Fiji, New Zealand, Australia, Afrika dan Malaysia sendiri.
Di Amerika Syarikat, spesis ini mula-mula diimport pada tahun 1963 dari Taiwan dan Malaysia bagi kemudahan akuakultur di Alabama dan Arkansas.
Pelepasan pertama ke sistem perairan terbuka dipercayai secara tidak sengaja pada tahun 1966 dari Stesen Eksperimen Pertanian Ikan dan Hidupan Liar AS di Stuttgart, Arkansas, diikuti dengan perkenalan yang dirancang bermula pada tahun 1969.
Selepas itu, ia telah diperkenalkan secara meluas sama ada menyalahi undang-undang dan tidak sengaja.
Menjelang tahun 1970 spesies itu telah diperkenalkan ke 40 negeri, dan sejak itu dilaporkan dalam 45 negara 50 negara.
Ikan kap rumput karang memerlukan sungai-sungai panjang untuk bertahan hidup dan mam bertelur pada usia yang sangat muda.
Ikan kap rumput mampu membesar dengan pesat dan mampu menjadi pejuang yang kuat terhadap joran dn kekili.
Namun disebabkan ia bersifat vegetarian dan kesulitan tersendiri, mereka mungkin sukar untuk ditangkap. Umpan bagi memangcing kap rumput terdiri dari jagung dalam tin,
tomato ceri, dan walaupun tabiat herbivora mereka, kadang-kadang juga akan makan haiwan lain.
Tabiat menabur umpan atau rasuah dengan jagung atau roti putih dan menggunakan umpan potongan roti kecil pada mata kail mampu membantu untuk memerangkap spesies ini.
Terutamanya spesies di kolam ternak atau kolam pancing dengan teknik apungan. Rekod IGFA untuk kap rumput yang ditangkap dengan menggunakan pancing ialah 39.75 kg, yang ditangkap di Bulgaria pada tahun 2009.
Jika mahu memburu spesies ini, anda memerlukan set pancing dengan aksi medium-heavy bagi membantu anda memenangi pertarungan.
Cobia atau si kapal selam ini akan membuat larian luar biasa dan akan cuba mencari struktur seperti batu atau karang untuk memutuskan tali, malah spesies ini mampu
memutuskan tali utama begitu sahaja jika kekuatan tali tidak mampu menampung larian luar biasa spesies ini.
Cobia akan sentiasa menjadi lawan yang hebat ketika dipancing. Ketika memburu cobia, disarankan anda menggunakan perambut jenis fluorocarbon dengan kekuatan 50lb dengan panjang sekurang-kurangnya 6 kaki.
Jika jarang atau tidak mendapat henjutan, gunakan perambut dengan saiz lebih kecil seperti 40lb.
Sebaliknya jika anda sering mendapat henjutan ketika menggunakan perambut 50lb namun sering kali terputus, bersedia untuk menukar leader anda kepada kekuatan 60lb.
Bagi memancing cobia, kekili spinning merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang jarang menggunakan kekili konvensional.
Begitu pun, set pancingan konvensional tetap mempunyai kelebihan tersendiri. Walaupun memerlukan sedikit teknik, sekali anda menguasai teknik penggunaan set konvensional,
pasti anda tidak akan bertukar kepada kekili spinning lebih-lebih lagi apabila memancing ikan ganas seperti cobia.
Umpan
Dalam pancingan spesies aruan tasik, tidak sukar untuk memilih umpan kerana spesies ini tidaklah terlalu memilih umpan.
Namun di kalangan pemancing, pastinya terdapat beberapa jenis umpan yang diyakini keberkesanannya.
Umpan hidup merupakan antara pilihan bagi kaki pancing. Oleh kerana spesies cobia merupakan spesies ikan pelagik, teknik drifting, menghanyut atau separuh air antara teknik ampuh untuk menjerat spesies ini.
Selain umpan hidup, sotong juga cukup menjadi dalam memancing ikan ini.
Selain ikan dan sotong sebagai umpan hidup, hirisan ikan, sotong dan ketam juga tidak terkecuali dalam menjadi alternatif umpan memancing cobia.
Jika menggunakan umpan ketam, buangkan cangkerang atas ketam dan selebihnya dipotong dua jika anda mahu mencuba umpan ketam.
Selain itu, umpan artifisial atau umpan tiruan juga cukup mujarab terutama bagi pemancing yang gemar menggunakan set konvensional.
Antara yang paling popular ialan teknik slow jigging. Unjunan yang disasarkan untuk jenahak dan kerapu, biasanya ketika jig dikarau naik atau jatuh, jika ada ikan ini di persekitaran anda jigging, pasti akan disambar.
Maka, bersiap sedialah dengan ledakan adrenalin untuk anda mengaraunya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...