Spesies terbesar dari Belut Moray adalah giant moray (Gymnothorax javanicus). Dengan panjang mencapai 8 kaki dan beratnya lebih dari 30 kilogram menjadikannya spesies terbesar dalam keluarga Moray. Giant Moray boleh ditemui di Laut Merah, Afrika bahagian timur, hingga Laut Indo Pasifik.
Ads
Jika anda ingin melihat Belut Moray, cubalah menyelam pada malam hari adalah waktu yang tepat. Kebanyakan dari spesies Moray adalah haiwan nocturnal yang banyak beraktiviti pada malam hari. Namun ada juga spesies yang aktif pada siang hari seperti Echidna catenata.
Ads
Belut moray ternyata mempunyai penglihatan yang buruk. Oleh yang demikian mereka lebih memanfaatkan deria bau dan gerakan mangsanya untuk berburu di bawah air. Kerana itu kita harus hati-hati jika memberi makan belut ini, kerana bukan hanya makanan tetapi jari anda juga mungkin akan tergigit sama oleh belut ini.
Ads
Perkara yang paling mengejutkan adalah Belut Moray ternyata mempunyai dua rahang yang masing-masing dilengkapi dua set gigi yang sangat tajam. Rahang pertama terletak di mulut Belut Moray dan rahang lainnya terletak pada tenggorok yang berfungsi untuk memecah makanan yang kemudian masuk ke sistem pencernaannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Jenahak merupakan satu spesies ikan yang cukup popular di kalangan pemancing. Selain rasa isinya yang sedap, ia juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di pasaran.
Tidak hairanlah ikan dari keluarga snapper yang bersisik keemasan dan bertanda hitam bulat di badannya itu sentiasa menjadi buruan para pemancing.
Bagi yang berjaya menaikkan spesies ini, khususnya yang bersaiz bagak, ia dianggap sebagai satu trofi peribadi.
Jenahak berwarna emas kebiasaannya diperolehi di lubuk-lubuk yang dalam dan jenahak yang mendiami lubuk yang cetek mempunyai warna yang lebih pudar.
Jenahak dikatakan memiliki waktu makannya tersendiri iaitu antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12 -6 pagi. Namun kadang-kadang jenahak kerap juga dinaikkan pada waktu siang.
Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dan masih hidup. Umpan terbaik adalah sotong cumit, kurita dan udang lipan. Bagaimanapun, umpan hirisan juga boleh menggoda jenahak. Kaedah lain seperti jigging juga boleh memikat jenahak, namun ia hanya sesuai di sesetengah tempat lokasi sahaja. Dalam erti kata lain jenahak kurang memakan jig.
Spesies berharga ini sering bergerak secara kumpulan kecil dan apabila ia mula makan, bersedia dengan serangannya sehingga ia mula berhenti makan. Amat penting, pastikan pada waktu keemasan ini, tidak berlaku kes tali putus atau rabut. Ini kerana jika ia berlaku, tiada lagi ragutan diterima kerana jenahak telah lari dari lubuknya.
Untuk mencari jenahak, tekong kena rajin tukar lubuk.
Mekong giant catfish adalah spesies ikan catfish (spesies keluarga ikan bermisai termasuklah spesies tempatan iaitu patin dan keli) dikelaskan berada dalam genus Pangasianodon dan di dalam keluarga besar Pangasiidae (shark catfish family), dengan membawa nama saintifik, Pangasianodon gigas.
Di Malaysia, Mekong giant catfish ini dipanggil patin Mekong, manakala di negara asalnya Thailand, ia dipanggil pla buk (sebutan – pla buek). Spesies ikan yang tergolong dalam ikan bersaiz besar ini berasal dari Lembangan Mekong di Asia Tenggara dan bersebelahan dengan negara China. Dan ramai yang tidak menyangka, spesies yang kian mendapat tempat di hati penggemar aktiviti sukan memancing ini disenaraikan sebagai spesies yang diancam kepupusan pada tahap kritikal.
Dari segi sejarah, spesies ini berasal dari Sungai Mekong yang lebih rendah di Vietnam(di kawasan air payau yang berpengaruh di delta sungai) sehingga ke arah utara sungai di wilayah Yunnan China, yang merangkumi hampir 4,800 kilometer panjang sungai. Berikutan ancaman kepupusan, spesies ini tidak lagi mendiami sebahagian besar habitat asalnya. Kini dipercayai hanya wujud dalam populasi kecil dan terpencil di rantau Mekong tengah.
Ikan patin Mekong berkumpul semasa permulaan musim hujan dan bermigrasi ke hulu untuk membiak. Mereka hidup terutamanya di sistem utama sungai, yang mana kedalaman air adalah lebih dari 10 meter.
Melihat pada saiznya, seperti sukar untuk percaya bahawa spesies ini memakan zooplankton di sungai sebagai diet utama walaupun turut dikenali sebagai kanibalisme. Memasuki usia juvenil atau selepas kira-kira satu tahun, ikan ini akan bersifat herbivor dan Ikan ini mungkin mendapat makanannya daripada alga yang tumbuh di atas permukaan berbatu, berikutan ia merupakan spesies ikan yang tidak memiliki gigi.
Dari aspek penampilan dan saiz, ikan patin Mekong lazimnya berwarna putih kekelabuan dan kekurangan corak pola badan. Ikan patin Mekong dibezakan daripada spesies ikan patin besar lain di Sungai Mekong ini dengan hampir ketiadaan barbel (misai atau sesungut) dan ketiadaan gigi.
Patin Mekong kini memegang kedudukan utama Guinness World Book Of Recorf sebagai ikan air tawar terbesar di dunia. Ikan ini mampu membesar panjang sehingga 3 meter dan ia boleh mencapai berat sehingga 350 kilogram. Tumbesaran Ikan patin gergasi Mekong ini sangat cepat, ia mampu mencapai berat 150 hingga 200 kilogram dalam tempoh enam tahun.
Tangkapan terbesar yang pernah direkodkan di Thailand adalah seekor pla buk betina sepanjang 2.7 meter dan seberat 293 kilogram. Spesimen ini ditangkap pada tahun 2005 dan diiktiraf secara meluas sebagai ikan air tawar terbesar yang pernah ditangkap walaupun spesies sturgeon terbesar dapat melebihi saiz ini, namun tiada pengesahan tangkapan.
Memancing pla buk di habitat liar adalah haram di Thailand, Laos dan Kemboja, tetapi larangan itu kelihatan tidak berkesan dan ikan terus ditangkap di ketiga-tiga negara. Walau bagaimanapun, sebagai pengiktirafan terhadap ancaman kepada spesies, ramai nelayan Thai bersetuju untuk berhenti menangkapnya pada2006.
Spesies patin gergasi ini perlu mencapai 50-70 kg untuk membiak, dan ia tidak membiak di tasik. Jabatan Perikanan Thailand telah memulakan program pembiakan untuk mengembalikannya semula ke Sungai Mekong.
Umang-umang adalah sejenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamily Paguroidea. Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut.
Bagi melindungi diri dari ancaman pemangsa, umang-umang memakai cengkerang kosong yang ditinggalkan haiwan bercengkerang, yang mampu memuatkan badannya ini.
Lazimnya umang-umang memakai cengkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin.
Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cengkerang.
Sebaik sahaja badannya membesar, umang-umang perlu mencari cengkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan cengkerang yang lama.
Tabiat mendiami dalam cengkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai hermit crab, sempena sifat pertapa yang tinggal sendirian dalam gua.
Terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam periaran air masin dari kawasan secetek terumbu karang dan persisir pantai hingga dasar laut dalam.
Di kawasan tropika pula terdapat spesies umang-umang daratan, ada di antaranya agak agak besar, contohnya Coenobita clypeatus.
Umang-umang liar hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih. Oleh yang demikian, jika anda menemui seekor umang-umang untuk dijadikan umpan memancing,
anda berpeluang untuk menambah stok umpan dengan mencarinya lagi di kawasan tersebut.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...