Ikan air tawar yang bersisik memang banyak tulang. Tapi disebalik banyak tulang yang menyusahkan untuk dimakan, tersembunyi pelbagai khasiat kalau korang amalkan memakan ikan sebarau ni.
Memperbaiki gizi
Daging ikan kaya dengan vitamin serta mineral sehingga dapat memperbaiki gizi yang kerap ada pada negara kita ini. Maka dari itu cobalah rutin memakannya supaya keperluan gizi tubuh dapat ditampung dengan baik.
Meningkatkan kecerdasan otak
Memakan ikan sebarau setiap hari ternyata dapat meningkatkan kecerdasan otak karena didalamnya terdapat omega 3 yang membantu menutrisi otak sehingga operasinya lancar. Selain itu juga mampu meningkatkan daya ingatan anda.
Ads
Proses Penyembuhan Luka
Apabila anda mengalami luka-luka kecil, cubalah makan ikan sebarau kerana ia membantu luka jadi cepat kering. Ini kerana dalam daging sebarau mengandung albumin (protein yang dihasilkan oleh hati) dalam kadar tinggi yang termasuk dalam salah satu jenis protein yang sangat penting dalam proses penyembuhan luka pada tubuh.
Meningkatkan daya tahan
Makanlah ikan sebarau secara kerap, dengan itu akan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh anda supaya tidak mudah diserang pelbagai penyakit akibat perubahan cuaca mahupun terlalu banyak aktiviti.
Ads
Membantu pembentukan otot
Kandungan protein pada ikan sebarau tergolong tinggi sehingga bila anda memakannya secara rutin, ia banyak membantu dalam proses pembentukan otot pada tubuh manusia. Oleh karena itu seringlah memakan ikan ini.
Proses pencernaan sempurna
Pengambilan ikan sebarau tidak akan mengakibatkan susah untuk buang air besar sebab dagingnya mudah dicerna, lancar serta mudah diserap oleh alat pencernaan manusia. Sehingga tidak akan mengakibatkan penyumbatan terutama dalam usus.
Ads
Menjaga keseimbangan cairan dalam badan
Kandungan albumin pada ikan sebarau juga berkhasiat untuk menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh. Jika kondisi kadar cairan tubuh berkurang, maka protein yang masuk akan pecah sehingga tak dapat berfungsi secara normal. Oleh karena itu anda perlu memakanan ikan ini.
Menaikkan selera makan
Kalau sudah bosan dengan makanan harian anda, cubalah jadikan ikan sebarau sebagai menu anda. Ikan sebarau memiliki rasa yang lazat dan boleh dijadikan pelbagai hidangan. Tekstur daging yang sangat lembut dan lemak manis akan membantu meningkatkan selera makan anda.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mencandat sotong memang menyeronokkan. Apatah lagi ketika bertemu dengan kandang sotong dan merasai keseronokan menggila menarik sotong, kadang-kadang ia boleh membuatkan kita alpa.
Alpa pada bahaya yang bakal dihadapi. Sebenarnya ada bahaya sampingan ketika mencandat sotong dan sewajarnya kita ambil tahu dan mengambil langkah waspada.
Ancaman Ribut dan Kilat
Apabila berlaku perubahan monsun, hujan ribut dan kilat boleh berlaku secara tiba-tiba. Jika ribut datang dari arah laut, tekong akan mudah mengesannya. Jika ribut datang dari arah daratan, sudah tentu bot mencandat tidak sempat untuk mengelak. Ada sesetengah tekong yang sudah biasa dengan ribut mengambil keputusan untuk tidak beralih dengan alasan tempoh ribut yang singkat.
Bagi pemancing yang tidak biasa tentunya akan menimbulkan keadaan cemas dan takut. Ada juga tekong bot yang berlindung di kawasan pulau yang lebih tenang sebelum kembali semula ke lokasi mencandat selepas ribut berlalu.
Lebih parah lagi jika hujan ribut datang disertai kilat. Suasana sekeliling cukup mencemaskan. Apa yang dibimbangi jika hujan tanpa ribut yang disertai dengan kilat. Ada pemancing yang mengambil kesempatan untuk mencandat pada suasana sedemikian. Perlu diingat sotong akan tetap memegang umpan selagi lampu tidak dipadam.
Kilat selalunya menyambar objek atau struktur yang paling tinggi. Di laut, bot candat merupakan struktur terapung yang paling tinggi yang akan mendedahkan pemancing kepada sambaran kilat.
Adalah dinasihatkan agar pemancing berada di dalam kabin bot dan tidak keluar mencandat sehingga kilat berlalu. Ada beberapa kes sambaran kilat di laut pernah dilaporkan di dalam media kita.
Ancaman Kejutan Todak
Jangan bermain-main dengan lampu. Lampu suluh yang disuluh di merata-rata boleh mengejutkan ikan todak. Kebiasaannya ikan todak berada dekat dengan permukaan air. Apabila terkejut ia akan berenang dengan laju dan melompat di atas permukaan air. Jika nasib tidak baik, muncung tajamnya akan mencucuk kita.
Saiz ikan todak di laut lebih besar daripada saiz ikan todak di sungai. Ikan todak juga suka berkejaran dan memburu makanan dengan membuat lompatan dan renangan yang laju. Kes tikaman todak pernah berlaku beberapa tahun lepas di Kelantan. Tikaman ikan todak berkenaan telah menyebabkan kehilangan nyawa manusia.
Ancaman Serangga / Ulat Laut
Apabila lampu bot dipasang bagi tujuan mencandat, banyak haiwan-haiwan kecil yang akan timbul menghampiri lampu. Ada diantaranya berwarna-warni dan cukup cantik. Anda dinasihatkan agar tidak menangkap atau memegangnya walaupun saiznya kecil. Kemungkinan, haiwan berkenaan sangat bahaya. Antara haiwan yang biasa timbul ialah ulat bulu laut yang cukup berbisa.
Ancaman Ular Laut
Ular laut akan timbul di permukaan laut apabila arus laut semakin perlahan atau mati. Ular ini akan timbul bagi mencari ikan dan sotong. Ular laut seringkali terkena pancing candat yang menggunakan umpan ikan (candat umpan). Pastikan yang mengena pancing anda adalah sotong sebelum anda memegang atau mengangkatnya ke dalam bot.
Fenomena pertandingan memancing mula berkembang sejak awal tahun 90an lagi. Di dada akhbar, banner, bunting digantung di tepi jalan hingga ke media sosial Facebook dan blog, pasti terlihat iklan pertandingan memancing yang menawarkan pelbagai hadiah untuk pemenang.
Persepsi masyarakat pula bercampur baur mengenai pertandingan memancing. Bagi yang tidak meminatinya, mereka akan beranggapan ia suatu pelaburan yang belum tentu dapat membuahkan hasil. Sudahlah begitu, modal sebelum menyertai pertandingan pun besar. Mana duit untuk beli peralatan memancing, umpan, yuran penyertaan, makan minum, tol dan minyak petrol kereta dan sebagainya.
Namun, bagi ramai kaki pancing tegar lain pula ceritanya. Bagi mereka, mana tahu rezeki akan berpihak kepada mereka. Kalau menang tempat pertama dah menang puluhan ribu ringgit. Dah tak perlu bersusah payah menabung. Tambahan pula untuk pertandingan memancing sirkit, berpeluang menang hadiah utama sebuah kereta… uishh bukan kepalang lumayan.
Melihat kepada situasi tersebut dapat kita lihat percanggahan pendapat mengenai perkara ini. Adakah benar tohmahan sesetengah pihak mengenai pertandingan memancing ini sekadar membuang masa, wang dan tenaga atau adakah ia mampu memberi impak yang positif bukan sahaja kepada individu malahan kepada negara?
Impak Positif
Seperti yang diperkatakan awal tadi, terdapat beberapa elemen positif yang dapat dilahirkan melalui aktiviti pertandingan memancing ini: Pertamanya mengenai silaturahim yang dapat dibina melalui program sebegini.
Jika dapat kita lihat senario ini, tidak kira di mana sahaja pertandingan memancing dianjurkan pasti akan mendapat sambutan menggalakkan dari kaki pancing yang datangnya dari seluruh pelosok negara.
Jadi medium seperti inilah yang akan membantu para pemancing untuk mendapat lebih ramai rakan pancing yang datangnya dari daerah dan negeri yang berbeza. Para pemancing pula dapat berkongsi idea dan teknik terbaru bila mereka dapat berkumpul seperti ini.
Sumber pendapatan
Pertandingan memancing sebagai satu sumber pendapatan? Mungkin kedengaran agak janggal mengenai perkara ini, namun kita harus memandangnya melalui aspek yang lebih meluas. Sumber pendapatan di sini bukanlah hanya terhad kepada pemenang sahaja, bahkan ia meliputi keseluruhan industri ini.
Bagi pemancing yang berjaya menjadi juara di dalam sesebuah pertandingan memancing memanglah dianggap sebagai bonus untuk diri sendiri dan keluarga. Justeru itu, ini sedikit sebanyak dapat membantu pendapatan mereka.
Melalui pertandingan memancing ini jugalah dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang ada di Malaysia. Apa tidaknya, bukan mudah untuk mereka mendapat peluang berniaga di dalam suasana meriah yang dapat mengumpulkan beribu-ribu orang di dalam satu masa. Jadi aspek sebeginilah yang dapat diperkatakan bahawa pertandingan memancing boleh menjadi salah satu sumber pendapatan.
Isu negatif
Sebagaimana yang kita tahu, pertandingan memancing juga tidak terlepas daripada dicemari dengan isu-isu atau insiden yang sedikit sebanyak dapat merencatkan industri ini. Halal ke haram? Kini timbul perdebatan mengenai isu halal atau haram sesebuah pertandingan memancing itu. Ia telah pun menimbulkan kesan dan persoalan kepada ramai kaki-kaki pancing. Terdapat beberapa ahli Ulama yang berasa terpanggil untuk memberi komen mengenai perkara ini.
Berikut jawapan daripada Halaqah.net yang dapat menjelaskan mengenai isu halal dan haram pertandingan memancing.
“Dalam hukum mengadakan pertandingan memancing dan menyertainya serta menerima hadiah daripada penganjur, ada beberapa persoalan yang harus diberi perhatian oleh penganjur dan peserta. Di antara perkara yang harus diberi perhatian ialah hadiah kepada pemenang diambil daripada sumber yang mana? Adakah ia diambil daripada wang penyertaan atau hadiah itu sumbangan daripada individu atau agensi?
Sekiranya hadiah itu diberi hasil wang kutipan penyertaan maka hukumnya HARAM. Maka sumber haram ini tidak boleh dimanfaatkan untuk makan minum atau pakaian. Dua, keadaan haram yang wujud dalam pertandingan memancing ini.
Pertamanya kerana menyertai pertaruhan dan yang keduanya menerima hadiah dari pertaruhan tersebut. Contohnya, setiap peserta dikenakan yuran RM100, kemudian daripada yuran yang terkumpul itu diberikan hadiah kepada peserta yang berjaya menangkap ikan yang paling berat atau yang paling banyak (ikut peraturan pertandingan yang ditetapkan) menang, maka cara tersebut adalah haram kerana ia termasuk dalam pengertian pertaruhan (al-qimar) yang diharamkan.
Jika hadiah kepada pemenang ditaja oleh pihak luar tanpa membabitkan wang peserta, maka ia diharuskan kerana ia termasuk dalam hibah (hadiah) daripada penganjur atau agensi yang menaja.”
Tiada waktu rehat untuk memancing kerana ikan boleh dipancing 24 jam! Namun memancing pada waktu malam tidak sama dengan keadaannya berbanding pada siang hari.
Khususnya memancing di kawasan yang jauh dari sumber cahaya seperti di sungai pergunungan, sungai jauh dari penempatan ataupun lombong tinggal.
Perkara 1
Torchlight atau lampu suluh wajib ada! Tak kiralah apa jenis lampu suluh sekalipun ia adalah keperluan kedua terpenting selepas peralatan memancing. Kalau bawak lampu suluh tak bawa peralatan memancing itu dah kira tujuan lain.
Perkara 2
Seboleh-bolehnya kurangkan penggunaan lampu suluh terutamanya tabiat gemar menyuluh ke arah air. Cahaya dari lampu suluh boleh menyebabkan ikan menjauhi kawasan pancingan kita.
Perkara 3
Insect repellent atau ubat penghalau serangga juga perlu ada demi untuk keselesaan kecuali sudah kebal dengan gigitan nyamuk dan agas serta serangga-serangga hutan.
Perkara 4
Nak pakai pakaian macam pergi pejabat pun boleh asalkan jangan berwarna hitam. Pakaian serba hitam memang bagus bagi penyamaran kerana ikan tidak nampak kehadiran kita tetapi tidak bagi nyamuk.
Perkara 5
Sebaik-baiknya memancinglah secara berkumpulan. Walaupun cuma di sungai belakang rumah atau tepi lombong, ia dapat membantu jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
Perkara 6
Simpan peralatan memancing yang tajam seperti mata kail atau pisau di tempat asal selepas digunakan bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Perkara 7
Sebaiknya juga buatkan unggun api bagi menjauhkan binatang-binatang buas dan berbisa menghampiri kawasan pancingan kita (kalau di daratan la, jangan buat unggun api di dalam sampan!)
Perkara 8
Kenali terlebih dahulu spesis tangkapan yang berjaya didaratkan sebelum mengendalikannya bagi mengeluarkan mata kail agar tidak terpegang ikan sembilang sama seperti memegang ikan gelama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...