Kupang kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.
Dengan memakan kupang hijau, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.
Menjaga Kesihatan Jantung
Ads
Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion kupang segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.
Akan tetapi, jangan makan kupang secara berlebihan. Ini kerana kupang mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.
Membentuk Dan Merawat Otot
Ads
Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein kupang juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.
Seperti makanan laut lainnya, kupang juga kaya akan protein. Kupang bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.
Ads
Menjaga fungsi sistem saraf
Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.
Oleh kerana itu, manfaat kupang yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan kupang mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Langkah pertama yang anda boleh cuba lakukan ialah dengan batuk atau berdehem. Dalam beberapa kes, batuk yang dilakukan dengan kuat dapat membantu mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut pada kerongkong.
Minum air garam
Jika dah penat batuk tak juga tulang ikan terlepas, anda boleh terus mencuba petua ini pula. Ambil segelas air suam yang dicampurkan secubit garam dan minum.
InsyaAllah, jika tulang ikan kecil yang tersangkut, ia akan luruh dibawa air garam terus ke usus.
Telan nasi
Anda boleh juga cuba menelan sekepal nasi yang masih hangat tanpa dikunyah. Caranya ialah, ambil segenggam nasi dan kepal menjadi bebola kecil.
Jangan besar sangat takut nanti tersedak pulak. Sebelum telan elok pastikan ada segelas air untuk membantu nasi ditolak masuk bersama tulang. Tapi kalau anda makan nasi bungkus, payahlah sikit nak buat cara ni.
Telan marshmello
Selain nasi, anda juga boleh menelan marshmello sebagai alternatif. Kalau anda pemancing kolam pasti biasa dan simpan stok marshmello.
Caranya, masukkan beberapa ketul marshmello saiz sederhana ke dalam mulut, kemudian kunyah. Tapi jangan kunyah sampai halus. Kunyah sekadar ia boleh ditelan saja.
Marshmello memiliki tekstur tebal dan kenyal, ketika terkena air liur ia berubah menjadi melekit. Dengan ini memungkinkan tulang ikan melekat pada marshmello dan tertelan terus ke dalam perut.
Minum minyak zaitun
Campurkan air suam dengan sedikit minyak zaitun, lalu minumlah. Minyak zaitun dipercayai akan melicinkan kerongkong sekaligus menyerap ke ruang tulang ikan yang tersangkut sekaligus melonggarkannya dan terlucut.
Jika tiada minyak zaiton, anda boleh juga minyak sayuran atau minyak masak lainnya.
Telan pisang
Kaedah yang sama seperti menelan nasi, tetapi janganlah ditelan terus sebiji pisang. Caranya, ambil pisang yang telah dibuang kulitnya, dipotong dengan ukuran sederhana dan masukkannya ke dalam mulut.
Jangan dikunyah! Kemam seketika biar ia meresap air liur, kemudian barulah telannya secara perlahan-lahan. Untuk elak tersedak, sediakan segelas air.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Dari Abu Dzar RA, bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: “Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini…”
Lalu baginda menyuruh untuk bersahur dan baginda pun bersahur seraya bersabda: “Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepatkan berbuka.”
“Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah”,
Anas berkata kepada Zaid: “Berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?”
Zaid menjawab: “Sekitar bacaan al-Quran 50 ayat”
(HR Bukhari)
Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 – 15 minit sebelum subuh).
‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.”
(Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)
Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan bersegera berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur.
Hutan simpan Ulu Pering diselimuti oleh kepekatan malam tanpa ditemani oleh cahaya bulan. Hanya bunyi unggas dan cengkerik yang menghidupkan malam di hutan simpan ini. Bersatu bersama nyanyian arus sungai yang mengalir laju dicelah-celah bongkah batu besar yang berceratuk di tebing dan tengah sungai.
Aku menggeliat seketika. Badan yang letih dan mata yang mengantuk, membuatkan aku terasa tubuh seperti mahu melayang-layang. Perjalanan ke sini tadi mengambil masa hampir empat jam lamanya. Tiga jam perjalanan berkereta dan sejam berjalan kaki meredah belukar lalang setinggi pinggang orang dewasa.
Kalau diikutkan badan memang penat tetapi apabila aku melihat Zahim dan Zahirudin masih segar melayan joran masing-masing yang agak galak dimakan ikan, aku kuatkan semangat untuk mencontohi kerajinan mereka berdua. Manalah tahu kalau-kalau malam ini aku mendapat ikan kelisa yang menjadi idamanku.
Aku mula memancing. Di tepi khemah berbentuk A itu, Zairi dan Mazin masih rancak berbual sambil menghirup kopi panas. Aku tidak tahu apa topik yang mereka bualkan kerana kebisingan arus sungai yang bagaikan tiada berpenghujung.
Malam semakin larut. Mataku terasa semakin berat. Aku benar-benar mengantuk kini. Akhirnya aku mengalah. Malam itu aku cuma mendapat dua ekor ikan baung seberat 500 gram. Umpan yang aku gunakan bagai tidak dapat memikat hati penghuni di dasar sungai untuk memakannya. Aku mengerling ke arah Zahim dan Zahirudin. Mereka masih lagi setia menjadi penunggu di tebing sungai.
Zairi dan Mazin juga masih lagi rancak berbual. Kali ini aku dapat menangkap topik perbualan mereka. Semuanya berkisar tentang bola dan jualan rumah yang semakin mencecah tinggi di Kuala Lumpur. Aku berjalan masuk ke khemah. Merebahkan badan di atas kanvas biru yang dijadikan alas perbaringan. Bantalku hanyalah beg galas yang berisi pakaian dan sehelai kain pelikat. Tidak sampai beberapa minit, aku sudah terlena.
Ketika tidur itulah, aku didatangi oleh dua orang wanita yang sungguh cantik. Mereka memanggil daripada sebelah kanan pokok balak tinggi yang menjulang berhampiran khemah yang aku dirikan. Aku katakan mereka cantik kerana seumur hidupku dua puluh tiga tahun ini, inilah kali pertama aku memandang wanita yang paras rupanya bagaikan bidadari.
Kulit mereka putih, alis mata melentik dan terbentuk indah, hidung mancung. Bibir pula kemerah-merahan. Mata mereka sangat indah bagaikan bulan yang bersinar penuh. Jujur aku katakan, aku sudah jatuh cinta pada mereka berdua!
“Saudara Fazrul, dari tadi kami asyik memandang saudara. Sejak saudara melalui perkampungan kami siang tadi. Saudara tak seperti sahabat saudara yang lain. Kami suka melihat saudara solat dan berwirid selepas itu. Suara saudara membaca surah Al Fatihah sungguh mendayu-dayu dan menarik perhatian kami untuk bersahabat dengan saudara. Sudikah saudara menjadikan kami berdua sahabat?” tanya seorang wanita cantik itu sambil tersenyum padaku. Ya Allah, mereka tahu namaku rupanya.
“Siapakah saudari berdua?” suaraku akhirnya terkeluar setelah rasa terkejutku hilang. “Nama saya Putri Khaisara. Ini pula adinda saya, namanya Putri Kasturi. Kami sebenarnya merupakan anak penghulu yang menjaga perkampungan di sini,” jawab salah seorang puteri itu sambil tersenyum dan menampakkan susunan giginya yang putih dan bersih.
Otak warasku sempat juga berfikir. Mana ada perkampungan di dalam hutan simpan yang tebal ini. setakat perkampungan orang asli itu mungkin ada tetapi daripada paras rupa dan pakaian kebaya yang mereka pakai, aku percaya kedua-dua beradik ini datang daripada keturunan orang yang berada. Siapakah mereka yang sebenarnya?
Kami terus berbual-bual hinggalah bunyi kokokan ayam jantan kedengaran bersahut-sahutan. Ini menandakan waktu subuh hampir masuk. Sebelum mereka minta diri untuk beredar, aku memaklumkan kepada mereka keinginan hatiku untuk memancing ikan idamanku iaitu kelisa atau kelah emas. Mereka berdua hanya ketawa sambil mengatakan itu perkara yang sangat mudah!
Aku hanya tersedar apabila dering handphone yang telah aku set berbunyi. Berat sungguh untuk aku membuka kelopak mata. Peristiwa yang aku alami tadi aku anggap hanyalah satu mainan mimpi yang berlaku akibat badan letih dan tidur di dalam hutan yang asing bagiku.
Selesai solat subuh dan berwirid, aku menyambung aktiviti memancing dengan misiku untuk memburu kelisa atau ikan kelah. Dan tanpa diduga, pagi itu sesuatu yang luar biasa berlaku. Setiap kali aku melabuhkan joran, pasti kelah idaman akan tersungkur pada mata kailku.
Peristiwa itu membuatkan rakan-rakanku terasa amat pelik. Hanya aku daripada kami berlima yang berjaya mendaratkan kelah sebesar lengan lelaki dewasa. Mereka berempat hanya mendapat ikan yang ‘biasa biasa’ saja seperti baung dan sebarau.
Sehingga kini, aku masih lagi ‘bersahabat’ dengan kedua orang puteri yang jelita itu. Kini aku faham. Mereka sebenarnya berasal daripada perkampungan bunian Islam yang ada di situ.
Mungkin kerana kami berlima berniat baik dan mengerjakan suruhan Allah dengan taat seperti bersolat lima waktu, maka kami tidaklah diganggu dengan peristiwa yang aneh atau menakutkan. Hingga kini, setiap kali aku memancing di sini, ikan kelas gred A pasti menjadi kepunyaanku dan peristiwa ini kekal rahsia yang tidak diketahui oleh sesiapa!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...