Hampir semua ikan, terutamanya ikan demersal atau yang mendiami dasar lautan mempunyai organ swim bladder atau pundi renang (satu organ dipenuhi dengan gas yang mengawal keapungan ikan). Walau bagaimana pun terdapat juga ikan yang tidak dibekal pundi renang sebagaimana ikan yu atau jerung.

 

Ini Sebabnya Kenapa Ikan Terkeluar Pelampung!!

 

Apabila ikan tersebut dibawa dari dasar ke permukaan air dengan pantas, pengurangan tekanan membuatkan gas dalam pundi renang itu mengembang yang menyebabkan ikan tersebut mengalami kecederaan dan tidak dapat kembali ke dasar dengan sendiri.

 

Tidak semua ikan mengalami barotrauma, ikan jenis pelagik tidak mengalami barotrauma yang teruk kerana ia lebih berdaya tahan berbanding ikan yang mendiami dasar. Namun saya pernah melihat ikan talang yang dinaikkan dengan kepantasan melampau sehingga terkeluar belon!

 

Ikan yang mendiami perairan kurang 10 meter dalam tidak mengalami kesan kecederaan yang teruk dan masih boleh hidup jika dilepaskan segera. Antara symptom barotrauma ialah tisu umpama belon atau pelampung tertolak keluar dari mulut, mata membengkak dan terjojol keluar dan bahagian perut mengembang dan tegang.

 

IKLAN

Ini Sebabnya Kenapa Ikan Terkeluar Pelampung!!

 

Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan bagi pemancing yang memancing lebih dari kedalaman 10 meter bagi mengurangkan kesan barotrauma ke atas ikan dengan cara mengarau ikan dengan perlahan atau menghentikan menghentikan seketika karauan dapat mengelakkan barotrauma yang serius. Namun, rawatan yang paling berkesan untuk mengatasi barotrauma adalah pencegahan.

 

Sebaik saja anda menangkap ikan mencukupi keperluan atau mencapai had simpanan, berhenti memancing atau tukar lokasi memancing dengan mensasarkan ikan selain dari ikan dasar.

 

IKLAN

Bagaimana cara untuk melepaskan ikan tangkapan yang mengalami barotrauma?

 

Ini Sebabnya Kenapa Ikan Terkeluar Pelampung!!

 

Jangan memecahkan perut ikan yang mengembang akibat barotrauma kerana ia akan memburukkan lagi keadaan di mana menyebabkan Ikan akan mati.

 

IKLAN

Cara yang terbaik utk melepaskan ikan yang mengalami barotrauma adalah mengembalikan tekanan gas di dalam pundi renangnya ke dalam tekanan normal.

 

Caranya ialah dengan membawa ikan itu kembali ke dasar degan segera. Melepaskan ikan di permukaan air tidak akan membantu kerana ikan tersebut tidak dapat kembali ke dasar dengan sendiri.

 

Ini Sebabnya Kenapa Ikan Terkeluar Pelampung!!

 

Di negara barat kesedaran tentang barotrauma sudah lama diberi pendedahan kepada pemancing. Amalan melepaskan ikan yang mengalami barotrauma ada cara tersendiri.

 

Mereka mencipta alat seperti decompression device yang membolehkan ikan kembali ke dasar dengan segera dan boleh terus hidup seperti biasa.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI