Dalam arena pancingan rekreasi, ikan loma bukanlah satu spesies ikan yang popular malah berkemungkinan besar ramai pemancing yang tidak mengenalinya.
Namun, ikan yang tidak boleh ditangkap dengan kaedah memancing ini cukup popular setelah ia bergelar ikan pekasam.
Ikan loma atau di sesetengah tempat digelar ikan tongsan loma dan lomah, adalah sejenis ikan air tawar yang hidup antara perimeter pertengahan dan permukaan air.
Jika diperhatikan sekali pandang, ikan dengan nama saintifik Thynnichthys thynnoides ini tidak kelihatan seperti air tawar, tetapi lebih kepada ikan air masin dengan mulutnya yang kecil, sisik sangat halus keperakan dan ekor berbentuk V.
Ads
Ikan loma merupakan ikan yang hidup secara berkumpulan dalam kumpulan yang besar. Jika bernasib baik, kadangkala ia boleh dilihat seperti hujan lebat di permukaan air ketika kumpulannya lalu di sungai, lombong mahupun tasik.
Diet utama ikan yang hampir juga menyamai ikan tongsan sisik halus ialah alga, tumbuhan air dan plankton. Ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak dan tasik-tasik serta lombong-lombong yang bersambung dengan sistem sungainya.
Ads
Sebagaimana yang telah dinyatakan, ikan ini tidak memakan umpan pancingan. Ia hanya boleh ditangkap dengan kaedah lain selain memancing seperti jaring, jala ataupun ditangguk.
Ikan ini bolehlah dianggap bernilai rendah. Harganya murah kerana isinya tawar, kurang enak serta bertulang banyak dan halus.
Ads
Namun harganya boleh menjadi berlipat kali ganda apabila ia bertukar menjadi pekasam.
Taksonomi:
Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Cypriniformes
Family:
Cyprinidae
Genus:
Thynnichthys
Species:
T. thynnoides
Binomial name
Thynnichthys thynnoides
(Bleeker, 1852)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Seekor arapaima dewasa mampu menghasilkan daging ikan sebanyak 70 – 75 kg. Ikan ini akan timbul dipermukaan air untuk mengambil udara di mana ketika itulah nelayan sungai akan menembak dengan harpoon.
Spesies ini didapati semakin pupus di dalam keadaan liar semulajadi kerana pemburuan ikan ini untuk dijadikan makanan.
Ikan arapaima adalah ikan yang bersaiz besar dengan panjang mencecah 2-25meter dengan seberat mencecah 100kg seekor.
Terdapat juga laporan ikan ini yang sangat besar sehingga mencapai berat badan sehingga melebihi 200 kg.
Pada masa ini ikan arapaima yang besar jarang ditemui kerana aktiviti memburu untuk dimakan atau dijaring untuk diekspot sebagai ikan eksotik pameran.
Ikan ini mempunyai insang besar yang perlukan udara yang diambil dari permukaan air setiap 5-10 minit.
Ikan ini secara semulajadi makan ikan kecil yang lain, krustacea malahan haiwan kecil lain yang terdapat di sepanjang sungai seperti burung.
Ia merupakan predator paling bahaya jika paras air sungai berkurangan dan ia akan makan banyak jenis ikan.
Sekilas pandang apabila dilihat dari sisi, ikan ini memiliki bentuk tubuh yang mirip ikan kelisa.
Arapaima sememangnya satu famili dengan ikan kelisa iaitu dalam order Osteoglossidae. Namun bentuk tubuh ikan arapaima lebih bulat sedangkan ikan kelisa berbentuk tubuhnya pipih.
Kepala arapaima lebih tirus jika dilihat dari samping dan lebih ceper. Bentuknya yang unik dan ukurannya yang amat besar maka kini ikan ini sekarang menjadi ikan hiasan yang diminati ramai.
Habitat asal ikan ini ialah Sungai Amazon, tasik serta lembah berair di Amerika Selatan. Taburan ikan ini terhad jika adanya jeram besar atau air terjun yang tidak boleh dilalui.
Ikan ini memang jenis ikan yang bernafas di permukaan air dengan mengambil udara terus dari atmosfera.
Ikan arapaima juvenil pula sering muncul di permukaan air dengan kekerapan setiap 5 minit sekali manakala ikan dewasa muncul setiap 15-20 minit sekali.
Meskipun arapaima menyelam di bawah air selama beberapa minit, lazimnya dilaporkan ikan ini cenderung untuk berada pada permukaan air.
Ini menyebabkan nelayan sungai sering menunggu untuk berburu ikan arapaima yang sering menghirup udara yang menimbulkan suara khas seperti suara batuk.
Musim banjir di Amazon telah menjadi sebahagian dari putaran kehidupan ikan ini membiak.
Arapaima akan bertelur pada bulan-bulan di mana ketinggian air surut atau mulai naik. Arapaima membuat sarang kira-kira 50cm lebarnya sedalam 15cm di dasar air yang biasanya di kawasan yang berlumpur.
Apabila paras permukaan air naik maka telur-telur ikan tersebut menetas dan anaknya akan mengikut air banjir untuk membesar walaupun hanya sebahagian yang hidup. Lazimya ia berlaku pada bulan Mei-Ogos setiap tahun dalam kitaran semulajadi.
Ikan dewasa akan melindungi anaknya didalam mulutnya sehingga ia cukup umur untuk dilepas berenang sendiri.
Arapaima betina juga akan membantu melindungi arapaima jantan dan anak-anaknya dengan mengelilingi dan menghalang pemangsa lain memakan anak ikan tersebut.
Arapaima selalunya boleh sampai 20 tahun lamanya. Ikan ini semakin berkurang didapati dalam keadaan semulajadi kerana ia sedang diancam punah kerana ikan ini bukan termasuk spesies haiwan yang dilindungi.
Kecenderungan arapaima untuk timbul pada permukaan air membuatkan ia mudah diburu oleh manusia yang dengan mudah dapat membunuhnya dengan tombak.
Beberapa masyarakat tempatan di negara tersebut makan daging dan lidah arapaima serta mengumpulkan sisiknya yang dibentuk menjadi perhiasan unik dan barang-barang lainnya.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Suatu ketika dahulu atau masih kekal diperkatakan sehingga ke hari ini, sungai-sungai di Sarawak cukup sinonim dengan dua perkara; buaya dan udang galah. Sekali gus menepati kata-kata orang, kalau ada udang, ada buaya. Atas sebab itulah penulis sangat teruja apabila berpeluang untuk memancing udang galah atau jenggo di Sarawak.
Pancingan udang galah mungkin tidak segah atau sepopular pancingan ikan di sungai mahupun laut dalam. Namun ia memiliki keunikan dan keseronokan tersendiri. Penulis sendiri amat menggemari pancingan santai ini. Apatah lagi berpeluang memancingnya di sungai yang menjadi banglo sang jenggo ini. Keterujaan yang sama turut dikongsi bersama rakan-rakan yang lain. Masing-masing mula membayangkan berapa kilo udang galah seorang yang bakal dibawa pulang.
Perjalanan seawal pagi dari Bandaraya Miri ke Batu Niah memakan masa sekitar 1 jam. Setibanya di jeti Kampung Sepupok, papan tanda yang mempamerkan amaran kewujudan sang bedal di sungai tersebut sedikit sebanyak menyentap keterujaan kami.
Suasana bertukar krik krik krik seketika. Kami yang tak biasa memancing di lubuk yang turut menjadi kediaman buaya sudah tentu kecut perut dibuatnya. Khususnya wakil media dari Australia yang sejak dari sesi briefing lagi sudah cuak apabila diberitahu oleh juru pandu pancing tentang kewujudan buaya air masin di lokasi pancingan udang. Walau bagaimana pun kerisauan itu tidaklah terlalu mengganggu fikiran ekoran insiden melibatkan buaya di sungai tersebut hampir tidak pernah berlaku.
Hanya makluman daripada penyewa bot memancing di sungai tersebut agak merenjat keterujaan kami. Menurut beliau, tarikh dan waktu yang kami pilih untuk memancing udang tidak bagus. Udang agak sukar untuk diperolehi ekoran faktor air masin yang jauh memasuki sistem sungai. Air sungai menjadi agak masin dan perlu jauh mudik ke hulu sungai untuk mencari udang.
Anehnya faktor ini langsung tidak dinyatakan ketika perbincangan penyewaan bot sebelumnya. Pendapat yang sama turut disuarakan oleh jurumudi bot yang bakal membawa kami. Kesimpulannya, waktu itu lebih sesuai memancing ikan berbanding memancing udang galah.
Namun apa kan daya, alang-alang bot pun dah disewa, kelengkapan memancing udang semuanya dah pun disiapkan, sama ada musim atau bukan, trip memancing udang galah harus dilangsungkan juga.
Berumpankan anak udang hidup, empat buah bot fiber dengan saiz bot dan kuasa enjin yang berbeza menuju ke hulu Sungai Niah. Dari kawasan sungai yang airnya masih masin, payau dan tawar sepenuhnya dijelajahi. Dari kawasan air masin dan payau, hasil tangkapan menjurus kepada ikan duri.
Sementara di kawasan air tawar pula didominasi ikan belida dan baung. Si jenggo yang menjadi sasaran utama ternyata sukar untuk dicari. Dari empat buah bot fiber, ada bot yang langsung gagal mendaratkan walau seekor udang ‘megi’.
Seharian ke hulu ke hilir dengan hasil yang amat mengecewakan, akhirnya jurumudi membuka mulut punca sebenar kesukaran untuk memburu udang galah. Faktor air masin hanyalah penyebab kecil, punca sebenar adalah angkara ketamakan individu yang mahu mengaut keuntungan dengan mudah dan pantas.
Ekoran harga udang galah yang kian meningkat di pasaran sehingga jauh lebih mahal berbanding di semenanjung, justeru menuba sungai adalah cara yang paling efektif untuk mengutip udang galah.
Malah, sebelum kedatangan kami, sistem sungai itu sudah beberapa dituba oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Hanya sedikit rezeki pada kami kerana dapatlah juga menaikkan beberapa ekor udang galah.
Spesies ini juga telah diperkenalkan, atau disebarkan oleh sistem sungai yang terhubung, setidak-tidaknya 88 negara di seluruh dunia.
Alasan pengimportan umumnya untuk digunakan dalam akuakultur. Di beberapa tempat ini, spesies ini dianggap sebagai spesies invasif.
Ikan tongsan sisik halus mampu mencapai panjang rata-rata 60-100 cm dengan panjang maksimum 140 cm dan berat 50kg.
Ikan kap perak adalah filter feeder atau jenis ikan yang menapis air untuk menyerap makanan melalui insangnya dan memiliki alat makan khusus yang mampu menyaring partikel sekecil 4 μm.
Jaringan insang bersatu menjadi agen penapis seperti span, dan organ epibranch mengeluarkan lendir yang membantu dalam memerangkap partikel kecil.
Sejenis organ menyepan kuat air melalui jaringan insang ini. Ikan tongsan sisik halus, seperti semua spesies Hypophthalmichthys tidak memiliki perut.
Mereka menapis makanan sebahagian besarnya fitoplankton. Mereka juga memakan zooplankton dan detritus.
Di lokasi yang mana spesies yang memakan plankton ini telah diperkenalkan, mereka dianggap bersaing dengan ikan-ikan planktivorous asli, seperti di Amerika Utara termasuk
paddlefish (Polyodon spathula), shad gizzard (Dorosoma cepedianum), dan ikan juvenil dari hampir semua spesies.
Kerana mereka memakan plankton, kadang-kadang mereka digunakan untuk mengendalikan kualiti air, terutama dalam mengawal blue-green algae berbahaya (cyanobacteria).
Spesies tertentu dari blue-green algae, terutama Microcystis yang beracun, dapat melewati usus ikan kap perak tanpa menjejaskannya, mengambil nutrisi dalam proses tersebut. Jadi, dalam beberapa kes, blue-green algae telah dihapuskan oleh ikan kap perak.
Ikan tongsan sisik halus dalam kitaran alami berhijrah ke hulu sungai untuk pembiakan; telur dan larva kemudian hanyut ke hilir, dan benih ikan menetas di zon dataran banjir.
Larva dan jevenil memakan zooplankton, beralih ke fitoplankton setelah ukuran tertentu tercapai. Spesies ini agak sensitif terhadap kondisi oksigen rendah.
Dua spesies lainnya berada dalam genus Hypophthalmichthys, ikan kap kepala besar atau bighead carp (H. nobilis) dan ikan kap sisik kasar atau largescale silver carp (H. harmandi).
Nama genus Aristichthys juga kadang-kadang digunakan untuk ikan kap kepala besar, tetapi sudah jarang diguna pakai.
Ikan kap kepala besar berbeza dari ikan kap perak dalam perilakunya (tidak melompat dari air ketika terkejut) dan juga dalam makanannya.
Ikan tongsan kepala besar juga menapis makanan tetapi mereka menyaring partikel yang lebih besar daripada ikan kap perak dan secara umum mengambil zooplankton yang lebih
besar dalam makanan mereka daripada ikan kap perak, yang mengambil lebih banyak fitoplankton.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...