Ciguatera adalah salah satu jenis keracunan makanan laut yang semakin kerap didengari.
Setiap tahun dikatakan lebih 5,000 kes didengari di peringkat global. Ciguatera ini terjadi apabila spesies ikan laut (terutama yang tinggal di kawasan terumbu karang) telah
mengandungi toksin yang disebabkan oleh ciguatoxin, iaitu suatu racun yang dihasilkan oleh mikro alga marin yang dipanggil dinoflagellate.
Sewaktu musim panas, dinoflagellates ini telah berkembang biak di kawasan terumbu karang, alga dan rumpai laut yang mana ia akan dimakan oleh ikan yang bersifat herbivor,
sekali gus tersebarnya toksin ini di dalam badan ikan tersebut. Walaubagaimanapun toksin ini tidak tersebar begitu sahaja.
Ads
Apabila spesies ikan karnivor memakan spesies herbivor yang telah tercemar tadi, sekaligus toksin ini akan terus merebak kepada ikan karnivor tersebut.
Ini mengakibatkan toksin ini bergerak di dalam rantaian makanan dan sekali gus, apabila manusia memakan ikan yang tercemar ini, mereka akan mengalami gejala keracunan makanan laut ini.
Ads
Dikatakan juga, simptom sebegini akan berlarutan sehingga berminggu-minggu, bahkan ada juga hingga berbulan-bulan dan bertahun lamanya.
Bila mana anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan ini, baiklah anda berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mengelakkan kondisi diri anda menjadi bertambah teruk.
Ads
Ciguatera ini biasanya merebak kepada manusia dalam jangka waktu 2 hingga 8 jam selepas memakan ikan yang telah dijangkiti toksin itu.
Antara simptom yang terhasil disebabkan oleh ciguatera ialah:
Loya
Muntah
Cirit-birit
Degupan jantung tidak normal
Pening Kepala
Sakit otot
Kebas
Halusinasi
Antara ikan yang terdedah kepada toksin ini termasuklah barracuda (alu-alu), grouper (kerapu), moray eel (belut laut), amberjack (aji-aji) dan sea bass (ikan bass laut).
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Durian yang rasanya kurang sedap atau kurang berkualiti biasanya dijadikan tempoyak. Tapi bagi pemancing, durian sebegini sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk dijadikan bahan perisa (bau) di dalam umpan. Ia ternyata berkesan dan lebih efektif berbanding menggunakan esen atau pes durian moden.
Suasananya sejuk dan nyaman. Pokok hutan sebesar dua pemeluk seolah-olah memayungi kawasan ini agar redup. Sesekali saya dapat melihat kocakan ikan di dalam lubuk seolah-olah menyambut mesra kedatangan kami ke situ. Tanpa membuang masa, saya dan Tapa terus mendirikan khemah ringkas berbentuk A. Baha dan Nawi pula sudah bersiap dengan joran dan umpan masing-masing. Misi kami untuk mencari lauk yang bakal dijadikan hidangan makan tengah hari.
Maklumlah perut sudah berkeroncong untuk diisi. Dengan berbekalkan umpan yang dibuat daripada isi kelapa sawit dan beberapa ramuan rahsia, Baha terus melabuhkan jorannya di tengah lubuk yang airnya sangat tenang dengan riak kecil di atas permukaannya. Tidak sampai dua minit, seekor ikan baung sebesar lengan budak dua tahun melontar lemah di hujung kail.
Nawi pula berjaya memperolehi ikan tengas seberat hampir setengah kilogram dan dua ekor ikan baung. Saya terus membakar ikan-ikan itu setelah dibersihkan isi perutnya manakala Tapa pula membuat bahan cicah yang berupa kicap yang dicampur dengan hirisan bawang besar dan cili api.
Setelah menikmati makan tengah hari, kami berempat berlumba-lumba melabuhkan joran. Menjelang jam 6 petang, ikan seperti beransur kurang dan saya mendapat ikan sebarau seberat setengah kilogram sebagai mangsa terakhir. Sedang asyik menaikkan ikan, Tapa memberi isyarat dengan tangannya menunjuk ke satu arah.
Jelas pada pandangan saya seperti satu barisan panjang pelbagai jenis bunga-bungaan seperti mawar merah, kenanga, cempaka, melur dan beberapa jenis lagi hanyut dengan tenang di hadapan kami. Terdapat juga limau purut yang dipotong dua.
Haruman limau segar jelas menusuk hidung. Sebaik sahaja kami terlihat bunga-bungaan ini (seperti ada orang yang mandi bunga di hulu sungai) saya dan kawan-kawan melompat naik ke darat. Malam itu, perasaan kami sedikit berdebar.
Kami berempat seperti terkelu. Berlaku lagi satu peristiwa yang agak menyeramkan pada malam itu. Pada jam 11 malam, saya terdengar sekumpulan anak kecil sedang riuh bermain di tepi khemah yang saya diami bersama Tapa. Saya menyuluh keluar, namun tiada satu apa pun yang kelihatan.
Entah mengapa tergerak hati saya untuk menyuluh ke atas pokok dan ketika itu terasa jantung mahu gugur apabila melihat beberapa kepala tergantung tanpa badan dan kaki, mata merah merenung saya dalam keadaan marah. Walaupun merasa gementar dan takut, saya tidak pula memberitahu kawan-kawan tentang perkara itu saya hanya mendiamkan diri dan tidur sehingga pagi.
Keesokan harinya, saya mengajak kawan-kawan pulang kerana tidak sedap hati dengan situasi yang dialami. Nasya meminta rancangan pulang ditangguhkan ke tengah hari supaya kami dapat memancing lagi. Namun, sebaik sahaja kami melihat seekor biawak sebesar anak buaya keluar daripada belukar berhampiran merangkak perlahan, menuju ke gigi air hasrat Nasya itu kami tolak mentah-mentah.
Kami mengemas segala peralatan khemah dan joran lalu bergerak keluar meninggalkan kawasan itu pada jam 8.30 pagi. Di pertengahan jalan, kami berjumpa dengan Tok Batin orang asli yang dikenali dengan nama Tok Rawi. Kami terus menceritakan kejadian aneh yang kami alami kepada Tok Rawi.
Orang tua itu hanya tersenyum dan berkata kami bernasib baik kerana tidak diganggu oleh puaka hutan yang memang biasa mengganggu pemancing yang baru berkunjung ke situ. Tok Rawi juga telah menunjukkan kami satu lokasi terbaik untuk memancing ikan. Di sini kami telah berjaya memperolehi lapan ekor sebarau yang sederhana saiznya, baung, lampam, tengas dan juga temperas.
Walaupun telah menempuh pengalaman aneh dan misteri namun saya dan kawan-kawan tidak merasa serik untuk berkunjung ke sini lagi. Saya percaya walau di bumi mana kita berada kita tetap berkongsi dunia dengan makhluk Allah yang lain.
Pertandingan atau game memancing kembali meriah. Tarikan hadiah wang tunai hingga ratusan ribu membuatkan ramai pemancing teruja untuk sertai pertandingan memancing walaupun setahun sekali pegang joran. Bagi korang yang tak pernah sertai pertandingan memancing, di sini kami sediakan sedikit panduan.
Sama ada pertandingan di kolam buatan, tasik kecil atau bekas lombong, sebaiknya buat kajian serba sedikit tentang teknik pancingan di tempat tersebut sebelum menyertai pertandingan yang diadakan. Yang lebih penting tahu di mana lokasinya.
Sebaiknya sertai pertandingan tersebut secara berkumpulan. Tidak perlu ramai. Memadai 3-4 orang kerana ia lebih baik secara bersendirian terutamanya bagi tujuan kerjasama dan keselamatan.
Untuk menduduki spot terbaik, datanglah awak bagi memasang pancang. Kemudian, jagalah kawasan pancang agar tidak dicerobohi oleh pemancing lain. Namun tidaklah berebut spot utama sehingga bergaduh kerana spot terbaik belum tentu menjanjikan kemenangan.
Fahami betul-betul syarat pertandingan yang ditetapkan oleh penganjur supaya tidak berputih mata jika kemenangan dibatalkan kerana melanggar syarat. Nama pun pertandingan pasti ada syarat dan peraturan yang ditetapkan.
Perkara utama sebelum menyertai pertandingan adalah menguasai teknik balingan. Pastikan anda mampu membuatkan balingan dengan lurus dan tepat agar tidak mengganggu pemancing lain. Dan yang paling penting supaya tidak dimaki hamun.
Pastikan alatan pancing yang digunakan adalah bersesuaian. Joran, kekili, tali utama, perambut dan mata kail adalah berkualiti bagi mengelak daripada kegagalan fungsi ketika bertarung dengan ikan. Sebaiknya juga pastikan bawa peralatan tambahan sebagai persediaan.
Jadilah pemancing yang sporting dan bertimbang rasa. Beri laluan kepada pemancing yang sedang cuba menaikkan ikan kerana perkara yang sama juga kita harapkan apabila berdepan dengan situasi demikian.
Jangan sesekali memaki hamun atau mencetuskan sesuatu yang boleh menyebabkan pergaduhan kerana bergaduh ketika memancing bukanlah satu kebanggaan malah boleh merendahkan martabat semua pemancing.
Elakkan daripada melakukan sebarang penipuan atau sabotaj semata-mata untuk memenangi pertandingan. Dan sebaiknya juga elaklah dari menyertai pertandingan yang jelas melanggar hukum syarak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...