Dalam kategori ikan sungai, puyu agak terkebelakang berbanding ikan keli, patin dan tilapia yang biasa dilihat di pasar.

Ikan yang sering ditemui di parit dan paya ini dianggap kurang berharga dan tidak menjadi rebutan penggemar ikan darat, mungkin kerana saiznya kecil dan kurang isi.

Namun, pandangan tersebut mula berubah apabila ikan puyu diperkenalkan dengan saiz lebih besar malah mampu mencecah sehingga 500 gram seekor.

 

Ikan puyu semakin mendapat perhatian selepas beberapa usaha dijalankan untuk mengeluarkan hasil lebih bermutu dengan saiz lebih besar selain rasa enak.

Dikenali dengan nama puyu siam, baka baharu tersebut mula memenuhi kolam penternak ikan tawar apabila mendapat permintaan tinggi malah mampu dijual antara harga RM 20 hingga RM 25 sekilogram.

 

Pada masa kini telah ada teknologi untuk menternak ikan puyu secara komersial dijalankan iaitu dengan cara menggunakan kolam simen atau kanvas dan paling sesuai dalam kolam tanah.

Teknologi penternakan ikan puyu boleh dipelajari melalui kursus penternakan ikan air tawar dianjurkan oleh Jabatan Perikanan atau melalui lawatan pensendirian ke projek ternakan ikan puyu di dalam negara atau luar negara.

Thailand dilaporkan menjalankan penternakan ikan puyu dengan agresif dikawasan sawah padi sebagai sumber pendapatan tambahan.

 

Penternakan ikan puyu cara moden menggunakan bahan makanan daripada pelet makanan ikan komersial.

Ikan puyu popular dikalangan penduduk di Utara Semenanjung Malaysia untuk dibuat pekasam selain daripada digoreng rangup dan dimakan dengan nasi putih.

 

Ikan Puyu Dari Aspek Penternakan

 

IKLAN

Kajian menunjukkan ikan puyu yang sesuai untuk dijual bila saiz ikan sekitar 180 – 250 gram seekor. Jika ikan terlalu kecil atau terlalu besar agak sukar diterima pasaran tetapi yang penting adalah kesegaran dan keseragaman ukuran.

Dimaklumkan ikan ini akan matang dalam masa 120-150 hari bergantung kepada saiz benih, pemberian makanan dan cara pengurusan air.

 

Sementara itu didapati ikan puyu jantan purata beratnya cuma 150 gram seekor berbanding ikan puyu betina yang bersaiz lebih berat iaitu sekitar 180-250 gram seekor.

Kajian menunjukkan dalam satu populasi sebanyak 60% adalah ikan puyu betina dan 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan.

 

Ikan puyu nampak mudah untuk diternak kerana faktor ketahanan nyawa, tahan lasak, susah mati, memiliki sistem air breather dan juga ikan ini makan apa sahaja makan yang diberikan.

Teknologi kini lebih mudah dan cepat membesar dengan formulasi makanan ikan komersil di pasaran. Lazimnya semasa anak ikan baru masuk kedalam kolam pembesaran mesti

diberi makan secukupnya iaitu 4-5 kali sehari menjadikan kadar pembesaran sehingga 20% dari berat badan. Kaedah ini perlu dijalankan selama 2-3 minggu pertama.

 

IKLAN

Keadaan pemberian makanan pada umur 2-3 minggu pertama adalah kritikal untuk memberi makan sebanyak 4-5 kali sehari kerana ikan puyu adalah sejenis ikan karnibal yang akan makan anak puyu lain atau anak ikan lain didalam kelompok di kolam.

Pemberian usus ayam, baja ikan dan lain-lain bentuk makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangan isu karnibalisme di mana cara ini mampu mengurangkan sehingga 50% dari jumlah populasi jika tidak dikawal.

 

Ikan Puyu Dari Aspek Penternakan

 

Pengalaman penternak menunjukkan selepas sebulan buatlah aktiviti pengredan atau pemilihan ikan puyu dimana kita perlu mengeluarkan ikan puyu jantan kerana apabila sampai peringkat matang ianya susah membesar seperti ikan betina.

Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makan berlemak dan berminyak bangi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu.

 

Ternakan ikan puyu merupakan satu usaha yang boleh manjana pendapatan dengan usaha bersungguh-sunggu dan sedikit ilmu pengetahuan yang baik.

Pengenalan penternakan ikan puyu boleh diperoleh daripada laman web, kursus rasmi atau melalui tinjauan teknologi kekawasan projek sedia ada.

IKLAN

 

Ikan puyu betina jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. Kita yang biasa dengan ikan ini akan mendapati perbezaan ketara dari segi marfologi ikan puyu jantan dengan betina apabila menelitinya.

Dalam kita hendak memahirkan proses ini, aktiviti menggredkan ikan puyu dilakukan selepas sebulan dengan mengasingkan puyu jantan yang agak kecil dan panjang.

Walaupun ikan ini di ternak sehingga 6 bulan, lazimnya ikan puyu jantan susah membesar dan susah hendak di jual.

Ikan puyu boleh memakan apa saja kerana ia jenis omnivor dan ini menyebabkan ikan ini daiketegorikan sebagai ikan yang lasak.

 

Ikan Puyu Dari Aspek Penternakan

 

Sebaiknya untuk berjaya kenalah menternak puyu betina. Puyu betina memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan-ikan yang lain kerana ikan puyu betina menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.

Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makanan berlemak dan berminyak bagi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu.

 

Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih. Ini membolehkan mereka yang ada kemahiran untuk menghasilkan benih puyu tidak

bermasaalah untuk mencari benih puyu dengan syarat ia mempunyai kemahiran dan kelengkapan.

 

(Sumber : Sinar Harian & animhosnan.blogspot.com)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI