Haiwan unik ini mempunyai insang luaran, tiada kelopak mata seperti ikan serta bentuk seakan salamander.
Jarang sekali membesar lebih daripada 30 cm panjang, Axolotl merupakan salah satu haiwan unik namun diancam risiko kepupusan akibat pencemaran air dan menjadi mangsa spesies pendatang di Mexico.
Axolotl atau nama saintifiknya Ambystoma mexicanum sebenarnya merupakan amfibia dan merupakan salah satu spesies salamander yang tidak bermetamorfosis.
Oleh sebab itu haiwan ini mempunyai insang kekal dan hidup di kawasan akuatik seperti berudu namun tidak bermetamorfosis ke peringkat seterusnya.
Ads
Walaupun tidak membesar dan Axolotl merupakan haiwan neotonik, di mana mereka mampu mencapai peringkat kematangan dari seksual.
Pengkaji percaya ini merupakan mekanisma bagi Axolotl untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Ads
Hingga kini, risiko kepupusan Axolotl amat tinggi. Beberapa pihak mengambil langkah untuk mengelakkan Axolotl daripada pupus.
Contohnya Aquaria Fun Park di Austria telah membuat akuarium khas untuk Axolotl yang diambil dari Mexico untuk tatapan dan kesedaran pengunjung.
Ads
Insang luaran, bentuk seakan salamander, hidup di dalam air dan abiliti untuk tumbuh semula organ badannya.
Semuanya pasti cukup unik untuk menarik pengunjung melihat Axolotl ini, apatah lagi dengan rupanya yang seakan tersenyum!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
UMPAN: Ceritakan, sejak bila bergelar pengusaha servis kekili?
JDY JDY: Saya bermula dengan minat memancing sejak di bangku sekolah rendah lagi. Sejak tahun 2008 saya berkenalan dengan seorang pemancing berbangsa Cina dan dia seorang yang berkebolehan membaiki semua jenis reel.
Saya belajar di rumahnya di Petaling Jaya bila ada masa terluang. Hampir 2 tahun mengenalinya hingga beliau telah meninggal dunia pada tahun 2010 akibat sakit jantung.
Selepas itu saya cuba praktikan apa yang saya belajar. Ada antara kawan-kawan pada masa itu hantar servis reel mereka pada saya dari pelbagai jenama mesin dari yang murah hingga yang mahal.
UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini dan bagaimana ia boleh bermula?
JDY JDY: Pada mulanya saya lakukan kerja servis reel ini bagi mengisi masa terluang.
Alhamdulillah sejak tahun 2017 makin ramai kenali saya dan mereka menggunakan khidmat saya untuk servis reel mereka.
Antara reel yang banyak saya buat dari Shimano Stella dan Daiwa Saltiga kerana saya antara salah seorang yang boleh mendapatkan sparepart original dari Japan.
Selain itu saya menjual reel berjenama stella dan saltiga baru dan terpakai.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
JDY JDY: Rintangan bagi saya tidak menjadi masaalah utama kerana setiap servis yang saya berikan pada pelanggan disertakan dengan warranty.
Bagi saya keuntungan menjadi perkara nombor dua. Saya mementingkan kualiti dari kuantiti, Insyaallah.
Harapan saya, dapat membawa nama Jdy Jdy Part & Services hingga ke peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama malaysia kelak.
UMPAN: Ceritakan apa kelebihan servis dan pakej yang ditawarkan?
JDY JDY: Kelebihan yang saya terapkan dalam repair & services reel ialah seperti jika sesuatu reel itu rosak dan part reel itu sudah tidak dikeluarkan dari pihak kilang, saya
mencari idea bagi modified part yang rosak itu dengan part dari jenama yang lain atau custom part itu seperti asal.
Itu kelebihan yang saya pelajari dari guru saya. Selain itu saya juga membuat sesuatu kelainan dengan upgrade drag reel tersebut dengan mengambil kira segala pengiraan dari semua sudut bagi tidak menjejaskan prestasi dan ketahanan reel itu.
Untuk upgrade bearing biasa kepada bearing high speed dan seramik juga saya lakukan jika ada pelanggan yang berminat.
Selain itu saya telah mencipta sejenis anti rust untuk dalaman reel bagi menahan dari karat jika kerap menggunakannya di air masin. Ramai yang telah menggunakan anti rust pada reel mereka.
UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan dalam usaha anda ini?
JDY JDY: Antara pencapaian yang membanggakan dalam hidup saya ialah dapat kepercayaan dari sahabat-sahabat Malaysia yang kerap memancing ikan bersaiz mega
(mekong bersaiz 80 hingga 170kg) di Thailand iaitu Bungsamran dan Bungsena untuk upgrade drag dan bearing reel Daiwa Saltiga Dogfight 7000 dan Shimano Stella SW14000.
Ini perlu bagi menjamin kepuasan pemancing bila bertarung dengan ikan bersaiz mega.
Alhamdulillah ramai juga yang merujuk kepada saya sebelum membeli reel yang sesuai untuk setiap padang pancing.
Hingga kini boleh dikatakan saya mempunyai pelanggan dari setiap negeri dalam Malaysia.
Pengalaman manis saya ialah ada seorang pelanggan dari Terengganu tiba di Kuala Lumpur jam 2.00 pagi mengservis dan upgrade reel Shimano Twin Power beliau secara berdepan di kedai mamak.
Demi tidak menghampakan beliau, saya buat serta merta.
UMPAN : Sejak bila anda menjadi tekong dan apa pekerjaan sebelum?
DDnology : Sebelum menjadi tekong, banyak jenis pekerjaan yang saya lakukan. Pekerjaan terakhir sebelum menjadi tekong sepenuh masa ialah di airport cargo company Kline sebagai operation dan account.
Minat untuk menjadi tekong mungkin dipengaruhi oleh genetik. Ayah saya, Jamil bin Ismail juga seorang tekong yang membawa pemancing pada setiap hujung minggu.
Pada awalnya saya tak ikut ayah ke laut. Apabila mula kerap mengikut ayah menjadi awak-awak, minat itu perlahan-lahan timbul dalam diri. Dari menjadi awak-awak inilah saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang tekong dari ayah saya.
Kemudian secara perlahan-lahan saya mula menjadi tekong. Pada awalnya saya sekadar menjadi tekong kepada rakan-rakan.
Kemudian saya belajar ambil trip untuk hujung minggu saja kerana pada hari biasa saya bekerja. Lama-kelamaan banyak pula permintaan dari customer untuk booking pada hari biasa.
Pada 2010 saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi tekong sepenuh masa.
UMPAN : Apa kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang tekong.
DDnology : Bila melibatkan servis maka banyak perkara yang perlu ada pada seseorang tekong. Paling utama tentulah kesabaran.
Kalau kurang sabar memang tidak boleh menjadi tekong. Selain itu perlulah ada budi bicara, tepat pada janji dan masa.
Pengalaman sebagai nelayan juga penting kerana dari sinilah dapat belajar soal pasang surut air dan tahu arah angin.
UMPAN : Apa rintangan dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?
DDnology: Cabaran dan rintangan setiap tekong tentu saja berkaitan dengan cuaca dalam alam semula jadi.
Selain itu cabaran yang paling sukar adalah untuk mencari port untuk memancing bagi memuaskan hati customer.
Ikan ni memang susah nak diduga. Kelmarin bukan main banyak lagi kat port, esok pergi seekor pun dah tak ada.
Harapan saya kalau setiap hari biarlah cuaca baik dan pemancing pun dapat memancing dengan selesa dan banyak dapat ikan.
Saya berharap juga para customer menjaga keselamatan diri. Jangan bergantung kepada tekong saja untuk menjaga keselamatan diri.
UMPAN : Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis menjadi tekong?
DDnology : Macam-macam pengalaman pahit manis ada. Ada rod customer terjun dalam air… ikan strike kot badan… customer semua mabuk.
Tekong terjun selamatkan ikan… bot enjin rosak dan hanyut sampai 2 jam. Dah sampai port memancing, umpan pulak tertinggal. Kena jackpot bila ikan sangkar pecah dan macam-macam lagi.
Pakej servis :
Jeti : Jeti nelayan Sungai Changkat, Nibong Tebal.
Saiz bot : Bot 1 (27 x 7.8 kaki) / Bot 2 (25 x 7.4 kaki)
Harga sewa bot : Rm350
Masa memancing : 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi memancing : Sekitar sangkar Sungai Udang, Pulau Pinang.
Admin, boleh tak jelaskan maksud bearing yang biasanya tertulis pada reel atau kekili? Ada yang 3 bearing, ada yang 6 sampai 10 pun ada.
JAWAPAN:
Boleh dikatakan ramai pemancing yang tidak mengendahkan jumlah bearing atau ball bearing yang digunakan dalam sistem kekili yang mereka beli. Kebanyakannya lebih memikirkan soal drag atau ratio sahaja.
Admin sendiri, semenjak menggunakan kekili yang sekadar ada 1 bearing hinggalah berbelas-belas bearing sekarang ini sendiri tidak kisah sangat soal bearing ni. Walau bagaimana pun tidaklah bermakna spesifikasi bearing itu tidak penting. Untuk menjadi pemancing yang berilmu, soal bearing ini eloklah kita faham juga.
Bearing yang dimaksudkan ialah jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah reel atau kekili. Contohnya jika pada reel itu tertera 5 ball bearing ia membawa maksud terdapat 5 alas bebola yang digunakan dalam kekili.
Bearing tu untuk apa? Bearing atau alas bebola adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek. Semakin banyak alas bebola yang digunakan maka semakin ringanlah rintangan tersebut sekaligus menyebabkan kayuhan terasa lebih lancar dan ringan.
Terdapat kekili yang dipasang dengan belasan alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit. Namun terdapat masalah lain pula di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi. Begitu pun, bearing atau alas bebola ini boleh diganti apabila sudah rosak atau pecah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...