UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong?
KREL: Kata arwah atok, saya dibawa memancing bersamanya sejak saya berumur 4 tahun di Sungai Pahang. Mungkin dari situlah saya jadi minat dan mula memancing.
Bermulanya saya menjadi tekong sejak sekitar tahun 2004. Pada mulanya ia sekadar hobi, tak sangka ia boleh dijadikan kerjaya.
KREL: Saya memilih kerjaya ini disebabkan kawan-kawan yang nampak prestasi saya melayan dia orang.
Satu lagi saya suka belajar benda-benda yang baru tak kiralah dari orang lama dan orang baru kerana bagi saya ilmu tak akan habis sampai ke mati. Dan saya suka berkawan dengan orang ramai.
UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong?
KREL: Jangan tingal 5 waktu tak kira di mana kita berada. Sselalu menghormati orang sekeliling kita kerana dialah yang nampak diri kita sama ada baik atau tak.
Selalu berjumpa dengan ‘orang-orang ke laut’ sebaik-baiknya menghambakan diri pergi ikut bot-bot ke laut tanpa meminta upah. Angaplah ia sebagai ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
Selalu bertanya pada orang yang lebih pengetahuannya tentang dunia pelaut ini.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?
KREL: Kalau nak ikutkan rintangan, macam-macam rintangan yang saya pernah hadapi. Tetapi angaplah rintangan itu sebagai batu loncatan untuk kita teruskan kerjaya yang kita minat.
Contohnya seperti orang yang suka mengarah itu ini… diherdik dan boleh tahan kena marah orang itu akan berjaya.
UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?
Dalam dunia pancingan moden hari ini, nama Jakub Vagner sememangnya cukup dikenali. Beliau merupakan seorang pemancing ekstrem dan pengembara yang diakui kehebatannya dalam memburu ikan gergasi di serata dunia termasuk di lokasi yang sangat terpencil.
Siri televisyen Fish Warrior menjadikannya ikon ‘pahlawan ikan’ bagi rata-rata pemancing seluruh dunia.
Pengembaraan di serata pelosok dunia memerlukan kekuatan psikologi, fizikal, skil dan teknik memancing serta keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan masyarakat setempat.
Jakub pada awalnya bekerja sebagai guide memancing di banyak negara. Ketika di Australia dan bekerja dengan Big Game Fishing sebagai guide mendaratkan swordfish, tuna
dan jerung, dia telah bertemu dengan Rex Hunt yang digelar sebagai ‘Australian fishing guru’ atau sifu memancing Australia.
Jakub kemudiannya menjadikan Rex Hunt sebagai mentor memancing dan spiritualnya.
Rekod Memancing Unik
Sepanjang berkelana ke serata dunia memburu pelbagai spesies ikan, Jakub telah banyak mencipta rekod tangkapan rasmi dan tidak rasmi, termasuk rekod rasmi International Game Fishing Association (IGFA).
Antara rekod tangkapan Jakub yang unik ialah pada Februari 2008 di mana dia memecahkan rekod spesies goliath catfish sebanyak 3 kali berturut-turut di Lembah Amazon.
Ketika ekspedisi 3 minggu di Amazon, Jakub mendaratkan spesies tersebut seberat 190 kg yang merupakan rekod terbaru.
Kemudiannya, dia berjaya mendaratkan 2 ekor lagi yang beratnya 196 kg dan 215 kg dan memecahkan rekodnya sendiri.
Dalam ekspedisi yang sama juga, Jakub berjaya memecahkan apa yang digelar ‘tembok 3 meter bagi spesies air tawar’ apabila menaikkan arapaima sepanjang 307 cm dengan berat 154 kg.
Tangkapan ini bukan sahaja merupakan rekod bagi Jakub Vagner, malah merupakan rekod bagi Arapaima gigas.
Sumbangan & Pengiktirafan
Dalam lapangan memancing, Jakub menjadi antara pemain atau kunci utama yang menyokong konsep tangkap dan lepas.
Dia juga berjaya membuktikan kehadiran besar ikan catfish bersaiz trofi di perairan negaranya iaitu Republik Czech selepas mendaratkan 147 ekor ikan tersebut dalam masa 40 jam yang juga menjadi salah satu rekod menarik bersama 7 orang pemancing lain.
Pada 2010, pihak IGFA telah memberi penghormatan kepada Jakub dengan jemputan untuk menerbitkan artikelnya tentang pancingan di Congo, Afrika.
Artikel tersebut telah diterbitkan dalam buku tahunan IGFA tahun 2010 dan mendapat respon yang sangat positif.
Selain sering dijemput untuk wawancara, Jakub menulis artikel untuk beberapa majalah antarabangsa berkaitan pengalamannya.
Pada tahun 2010, Jakub menerbitkan buku tulisan pertamanya. Buku dengan judul “My Friend the Catfish” ini mengambil masa 13 tahun sebelum berjaya siap sepenuhnya.
Impian Legenda Pahlawan Ikan
Bagi Jakub, impian terhebatnya ialah mahu memetakan lokasi spesies terbesar ikan air tawar gergasi dan jarang ditemui di bumi.
Dia telah menyenaraikan 24 spesies ikan air tawar gergasi, mewakili pemangsa tertinggi bagi setiap sungai dan tasik terbesar di bumi. Setiap daripadanya mencapai 100 kg berat dan 2meter panjang.
Oleh kerana lebih separuh daripada 24 spesies itu sukar ditemui dan dijangka pupus dalam beberapa puluh tahun lagi, projek besar ini tiada had masanya.
Selepas 8 tahun projek ini bermula, pahlawan ikan ini telah mengembara ke semua benua kecuali Antartika bagi mencari spesies dalam senarai 24 spesies ini.
Setakat ini dikatakan 16 daripada 24 spesies itu telah berjaya dipetakan setelah mengharungi kepayahan bertualang ke serata ceruk lubuk yang sangat terpencil di dunia.
“IKUTLAH resmi ikan seluang, jangan jadi macam ikan dukang (belukang). Ikan seluang nampak biasa-biasa saja tapi amat cerdik.
Orang bagi umpan macam mana banyak, macam mana mahal sekali pun semua dia makan sambil buat main-main saja.
Tahu-tahu si pemancing bila angkat joran tinggal mata kail saja, umpan dah habis, ikan tak mengena. Ikan dukang nampak bukan main bekeng (bengis), tapi baru taruk umpan murah dah sangkut kat mata kail”.
Begitulah kata-kata Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika rombongan penulis bersamanya ke Tasik Kenyir satu ketika dahulu.
Menyingkap latar belakang Abdul Hadi, beliau yang popular dengan panggilan nama Ayah Chik ini dilahirkan pada 6 Zulhijah 1366H bersamaan 20 Oktober 1947 di Kampung Rusila,
Marang, Terengganu. Beliau diberi pendidikan awal daripada bapanya sendiri pada usia yang masih kecil lagi.
Bapanya, Tuan Guru Haji Awang Muhammad merupakan guru bahasa Arab dan politik kepada beliau.
Memulakan pengajian di SK Rusila kemudian menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Marang, seterusnya ke Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin. Beliau
melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari kerajaan Arab Saudi dan melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam tempoh 2 tahun sahaja.
Di sebalik ketokohan dirinya sebagai ahli politik, beliau sebenarnya merupakan kaki pancing tegar dan kerap mengunjungi lokasi-lokasi menarik dalam dan luar negara jika berkesempatan.
“Ketika keluar memancing saya gemar melihat satu-satu kejadian alam itu sebagai satu iktibar dan renungan untuk difahami bersama,” katanya.
Ini kerana, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang dan ADUN Rhu Rendang ini berasal dan membesar di perkampungan nelayan.
Malah sejak dari kecil lagi beliau sudah menjadikan laut sebagai padang pancingnya. Jadi tidak hairanlah, beliau lebih serasi memancing di laut berbanding padang pancing lain dan turut memiliki bot sendiri bagi memenuhi hobinya itu.
Walau bagaimanapun, ketika musim tengkujuh di mana keadaan laut yang kurang selamat untuk aktiviti memancing, beliau akan beralih ke tasik seperti Tasik Kenyir bagi meneruskan aktiviti memancing apabila berkelapangan.
Selain memancing, beliau juga meminati aktiviti menjala ikan dan hobinya itu tejrus kekal hingga ke hari ini meskipun terpaksa membahagikan masa sebagai pemimpin rakyat dan keluarga.
Tambah Abdul Hadi lagi, melalui aktiviti memancing, beliau memanfaatkan aktiviti memancing sebagai salah satu platform untuk meluangkan masa bersama rakyat.
Menariknya, setiap kali turun memancing, beliau kerap ditanya apakah doa khusus untuk memancing. Jawapan beliau cukup mudah… nabi tak memancing.
Dalam erti kata lainnya, memancing bukanlah aktiviti atau perbuatan yang dilakukan oleh nabi. Maka ia bukan sunah kerana setiap perbuatan yang dilakukan nabi ada doa-doanya sebagaimana doa makan atau doa menunggang unta.
Namun katanya, bolehlah diamalkan doa mohon murah rezeki kerana setiap hasil memancing itu adalah rezeki pemberian Allah.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyangkal hobi memancing dianggap sebagai membuang masa.
Menurutnya memancing sebenarnya mampu melatih diri mengenal erti sabar dan syukur. Selain itu ia juga bagus untuk meredakan tekanan sambil memberi peluang berzikir.
Ketika memancing, soal solat lima waktu jangan diabaikan kerana ia tiang agama. Sebaik-baiknya adalah dirikanlah solat secara berjemaah bersama rakan trip yang lain.
Ketika ini juga, beliau telah pun berkesempatan mengutip pengalaman memancing dan bertarung dengan ikan-ikan monster di luar negara seperti Indonesia, Maldives, Dubai, Oman dan beberapa buah negara lagi.
Dalam hobi ini, beliau tidak menyimpan sebarang koleksi peralatan memancing khusus kerana kebanyakan peralatan memancingnya sering dijadikan koleksi hadiah oleh orang lain.
Bercakap mengenai hobi memancing ini juga, Abdul Hadi amat bersetuju dan menyokong jika ada pihak yang berusaha menaik taraf status memancing daripada hobi kepada sukan. Sebaris dengan sukan-sukan yang lain.
“Dalam hobi memancing ini, jangan sesekali melibatkan diri dengan pertandingan memancing yang ada unsur pertaruhan dan perjudian.
Ia adalah musuh utama dalam keseronokan hobi ini dan perlu segera bertaubat sekiranya pernah melakukan,” katanya lagi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...