Nama Aznir Abdul Malek merupakan satu nama yang pasti dikenali di kalangan pemancing di Malaysia terutamanya pemancing air tawar. Cinta dan keghairahan kepada pancingan kelah menjadikannya antara watak penting dalam lapangan ini. Sering kali rujukan tulisannya ditatap terutama di kalangan kaki pancing baru yang sering mengidam bagaimana padunya tarikan ikan kelah.

 

Figura yang berasal dari utara semenanjung tanah air ini merupakan antara ‘orang lama’ atau lebih mudah disebut sebagai sifu @ otai dalam lapangan pancingan air tawar, lebih-lebih lagi dalam pancingan kelah. Dia mula memancing kelah sekitar tahun 1986 dan sehingga kini cinta dan keterujaan dalam menjinakkan kelah tidak pernah padam dalam dirinya.

 

Tempoh masa yang lama dalam lapangan pancingan kelah menjadikan Aznir Malek kaya dengan ilmu pancingan kelah. Dia juga sering menjadi rujukan bagi mendapatkan tip dan teknik pancingan kelah.

 

Cintanya dalam pancingan kelah atau mahseer juga telah membawanya dia mengambara hingga ke India untuk merasa tarikan kelah di sana. Aznir pernah mendaratkan kelah seberat 42 kg di Sungai Cauvery, India lantas menjadi rekod peribadi abadinya sehingga kini.

 

KELAH PERTAMA DI KENIAM

 

Mengimbau kembali jejak awal dia mengenal kelah tidak sukar. Segalanya masih tersemat rapi dalam memorinya. Sekitar tahun 1986, sewaktu ke Kuala Tahan atas dasar kerja, dia memancing dan hendak dijadikan cerita, pancingnya yang dicangkuk cacing disambar rakus oleh sang kelah.

 

IKLAN

Kelah yang bersaiz sederhana itu berjaya didaratkan setelah bergasak dengan lariannya. Waktu itulah dia tertanya-tanya perihal spesies yang cukup padu ini dan seterusnya mula jatuh cinta kepada pecutan sang mahseer.

 

RAHSIA PANCINGAN KELAH

 

Sepanjang memancing kelah, Aznir banyak membuat rujukan saintifik serta membuat pemerhatian secara peribadi. Selain pemerhatian, memancing mestilah memerlukan kesabaran dan strategi kerana ikan kelah sangat cerewet.

 

Bagi Aznir, antara rahsia memancing ialah memastikan lokasi yang ada ikan dan bagaimana mahu mengumpannya. Ikan kelah biasanya menjadikan habitat yang selamat, selesa dan mempunyai makanan sebagai tempat tinggalnya.

 

IKLAN

Buah hutan yang berwarna oren dan kemerahan menjadi pilihan kelah dan Aznir pernah mendaratkan kelah dengan menggunakan umpan tomato dan buah kundang dalam uji kajinya. Strategi berkaitan lokasi, umpan dan tempat pertarungan ketika ikan melarikan umpan amat penting ketika memancing kelah.

 

PENGLIBATAN DALAM KAGUM

 

Setelah sekian lama dalam lapangan memancing kelah, Aznir mengakui kelah di Malaysia semakin sukar dicari. Dari itu, dia banyak melibatkan diri dalam aktiviti konservasi ikan kelah dan habitat hidupan akuatik.

 

Aznir juga merupakan antara individu yang mewujudkan Kelah Association of Malaysia (KAGUM) dan merupakan presiden KAGUM yang pertama. KAGUM banyak terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dalam memulihara habitat sungai-sungai dan habitat ikan. KAGUM juga bekerjasama dengan The Mahseer Trust dalam aktiviti konservasi spesies ini.

IKLAN

 

Profil

Nama : Aznir Abdul Malek

Umur : 57 tahun

Asal : Perlis

Lokasi pancing pilihan : Sungai Endau, Temenggor dan Sungai Cauvery, India

Buku : Fishing Forays – An Angler’s Travels in Malaysia (1999)

Sumbangan:

  • Founder member of KAGUM
  • Presiden pertama KAGUM
  • Menyediakan guideline untuk konsep C&R di Malaysia
  • Environment Ambassador bagi larian Sukan Olimpik 2008 , Beijing
  • Terlibat dalam pelbagai aktiviti pemuliharaan dan konservasi

 

GALERI

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI