Nama: Tessy Low

Nama sosmed: Tessy Low

 

UMPAN: Boleh ceritakan sedikit sejak bila anda mula memancing?

TESSY: Saya mula memancing sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu tetapi tidaklah kerap sangat memancing disebabkan oleh faktor kerja dan masa yang tidak mengizinkan.

 

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

 

UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?

TESSY: Hobi ini bukan pilihan tetapi terjadi tanpa disedari. Bila mula-mula pancing… bermula dari pancingan kolam, pakai dedak… memang tidak ketagih.

Walaupun tidak memancing, memang tidak menjadi masalah. Tetapi bila belajar memancing pakai lure… hah, mulalah minat berlebih-lebih.

 

Ia mungkin disebabkan oleh persoalan ‘betul ke boleh tipu ikan pakai umpan tiruan?’ Lagipun macam-macam umpan tiruan ada, dalam segala warna dan bentuk.

Itu bukan lagi racun terbesar bagaimana saya terjebak dalam memancing. Ada sekali ini, ketika awal memancing dengan gewang… saya memancing di EAK, Taman Botani Shah Alam yang buatkan saya mula ketagih memancing.

 

IKLAN

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

 

Pecutan pacu pertama saya tidak dapat dilupakan sehingga hari ini. Sejak dari sinilah saya mula ambil serius memancing dan sentiasa mahu belajar lebih banyak mengenai pelbagai teknik memancing.

Pelbagai teknik pancingan yang belum saya pelajari, itulah yang menjadikan pancing bertukar menjadi hobi utama saya.

 

Selain daripada itu setiap tempat juga ada perbezaan dengan cara pancingan, menyebabkan saya teruja untuk pancing di lebih banyak tempat.

Hobi apa yang lebih baik dari memancing? Dapat menikmati keindahan alam semulajadi sambil memancing memang satu nikmat yang tak terkata.

 

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

 

IKLAN

UMPAN: Apakah rintangan dan harapan dalam hobi ini?

TESSY: Rintangan paling besar ialah tiada tandas bila pergi memancing di atas laut di mana trip pergi balik hari yang sama.

Mabuk laut boleh makan ubat, tapi tandas memang susah sikit terutamanya bila memancing dengan semua lelaki atas bot.

 

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

 

Harapan saya ialah semoga konservasi ikan dapat diterapkan supaya lebih banyak generasi akan datang boleh merasa memancing di Malaysia.

Paling diharapkan ialah lebih pemancing wanita tidak segan untuk belajar memancing. Kalau lebih ramai teman wanita, isteri dan anak dapat meluangkan masa memancing bersama, ia semestinya satu aktiviti keluarga yang paling seronok, kan?

 

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

IKLAN

 

UMPAN: Ada tak pengalaman pahit manis ketika memancing?

TESSY: Setiap pengalaman menjadi manis apabila dikenang balik, saya bersyukur kerana setiap trip pancing akan ada ramai otai yang berikan saya tips dan mengajar saya untuk menjadi lagi baik.

Tidak dapat dilupakan apabila saya mendapat ikan pari 14kg dengan jig, memang tidak disangka!

 

Lagi satu semasa memancing muara dengan soft plastic, memang terbaik punya kenangan ini. Ambik sekali tali putus. Kali kedua, lucut. Kali ketiga baru lekat!

Dengan kiri kanan suruh thumb spool dan biarkan ikan berlari, akhirnya naik juga siakap 9kg saya.

 

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

 

Pengalaman setiap trip memang tidak dapat dilupakan, kalau dibuat cerita, satu buku boleh diterbitkan nanti.

Dari pancingan air masin, air payau dan air tawar memang tak habis ceritanya! Ikan besar lucut sebelum sempat bergambar kira pengalaman pahit tak?

Hehe… pengalaman pahit jangan dikenang simpan sahaja yang manis, itulah cara saya memancing.

 

IKON: Lady Angler – Dunia Memancing Tessy

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI