Surf casting atau pancingan pantai mudah dilihat di pesisir pantai. Dengan rod yang panjang tegak ke atas, pancingan pantai juga sebenarnya merupakan salah satu cabang teknik memancing. Personaliti kali ini merupakan antara individu terawal yang mencetuskan pemahaman skill dan teknik bagi pancingan pantai di Malaysia.

 

Isu kali ini kami bawakan kisah dan pengalaman empunya nama Aznaff Bin Hamzah. Lebih senang dipanggil Bok di  kalangan rakan-rakannya, dia merupakan antara yang terawal memulakan kisah surfcasting di Malaysia sehingga tertubuhnya Malaysian Surfcasting Club (MSC).

 

Sejarah Pengasas Malaysian Surfcasting Club

 

Kerana Sekeping Vcd

 

Menyorot kisahnya, sejak dari kecil lagi, Aznaff sudah memulakan aktiviti memancingnya sebagai hobi. Membesar di Kuala Lumpur, hobi memancingnya waktu kecil banyak berlegar di sekitar lombong-lombong berhampiran.

 

Waktu itu, memancing cuma sekadar hobi mengisi masa lapang dan kekal dalam diri sehingga menginjak dewasa.

 

Sekitar tahun 1997 merupakan titik tolak bagaimana tercetusnya aktiviti surfcasting di Malaysia. Secara tidak sengaja, Aznaff tertarik dengan sekeping VCD bertajuk ‘Surf Casting Secret’ lantas membelinya.

 

Sejarah Pengasas Malaysian Surfcasting Club

 

Setelah menonton VCD daripada New Zealand tersebut, Aznaff mula memahami dan tahu bagaimana untuk melakukan pancingan pesisir pantai dengan betul. Bukan sekadar baling dan tunggu, pancingan pantai memerlukan peralatan seperti rod dan kekili tersendiri dan teknik yang betul.

 

Kemudian, bersama beberapa orang rakan lain, dia mula mempraktikkan teknik yang dipelajari sendiri di pesisir pantai. Waktu itu, rod terpanjang boleh diperolehi cuma sepanjang 12 kaki.

IKLAN

 

Namun itu sudah cukup menarik perhatian kaki pancing lain jika ditegakkan di pantai. Setelah itu, melalui perbincangan rakan-rakan, lahirlah MSC sebagai komuniti pancingan pesisir pantai sekitar tahun 1999.

 

Sejarah Pengasas Malaysian Surfcasting Club

 

Perkembangan Arena Surfcasting Malaysia

 

Pancingan pesisir pantai mula mendapat perhatian apabila Aznaff diminta dan menulis artikel berkaitan surf casting dalam majalah Rod & Line. Apabila perkongsian tentang teknik dan peralatan yang betul dalam artikelnya, arena pancingan pantai ini mula popular.

 

Perkembangan arena surfcasting waktu itu diterima positif memandangkan Malaysia mempunyai banyak pesisir pantai. Malah, MSC turut mengadakan aktiviti bersama rakan surfcaster dari Singapura.

 

Aznaff mengakui, waktu itu arena surfcasting Singapura lebih ke depan berbanding Malaysia dan banyak perkongsian dan pemahaman secara lebih teknikal dipelajari daripada mereka.

IKLAN

 

Sejarah Pengasas Malaysian Surfcasting Club

 

Selain berkumpul dan menulis artikel berkaitan surfcasting, Aznaff bersama MSC turut mengadakan klinik surfcasting, pameran, bengkel malah pernah bekerjasama dengan sebuah produksi menerbitkan Joran Ria bagi memperkenalkan arena ini.

 

Selain itu, MSC sendiri turut berjaya julung kalinya menganjurkan pertandingan distance casting yang dinamakan ‘Cabaran Merdeka 2003’. Pertandingan ini menjadi acara tahunan sehingga sekarang dan turut disertai rakan surfcaster dari Singapura.

 

Sisi Lain Aznaff

 

Selain memancing, antara sisi menarik Aznaff ialah dia berkebolehan dalam bermain instrumen muzik. Ijazah dalam bidang muzik membuktikan betapa dia bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang dilakukannya.

 

Paling menarik, dia menubuhkan kumpulan muzik yang diberi nama KoolSkool bersama dua orang rakan lain dan akan membuat persembahan di dalam KL International Jazz Festival.

IKLAN

 

Sejarah Pengasas Malaysian Surfcasting Club

 

Selain bermain muzik, kerjaya Aznaff di salah satu institusi perbankan terbesar di Malaysia pasti mencuri kebanyakan masa seharian.

 

Namun bagi Aznaff, semua itu tidak menghalang dirinya untuk mempelajari dengan lebih mendalam setiap apa yang diminatinya. Bak kata pepatah, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

 

Kisah surfcasting ini merupakan antara buktinya, malah Aznaff melihat aktiviti ini secara positif dengan menjadikan aktiviti ini sebagai salah satu cara bagi meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan lain.

 

Sejarah Pengasas Malaysian Surfcasting Club

 

PROFIL

Nama : Aznaff Bin Hamzah

Umur : 60 tahun

Asal : Selangor

Status : Berkahwin + seorang anak lelaki

Pendidikan : Degree in Human Resources, Degree in Music

Lokasi pantai pilihan : Pantai Lanun, Penyabong

Jenama pilihan : Zziplex, Abu Garcia, Daiwa

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI