Terlebih dahulu elok juga kita faham apa fungsi cincin atau guide pada joran. Tujuan utama cincin dipasang pada joran adalah untuk mengelakkan tali pancing dari terkena atau tergesel pada batang joran.

 

Jika bergesel semasa lontaran ia akan menjejaskan kelancaran sekaligus menyebabkan jarak balingan berkurangan. Kemungkinan juga tali akan putus.

Ketika bertarung dengan ikan ia akan mengurangkan geseran dan membantu lenturan joran dengan sempurna.

IKLAN

Cincin ini diperlukan sekiranya kita hendak mengurangkan geseran yang akan menghindarkan jarak semasa casting dan semasa melawan ikan.

 

Satu lagi fungsi cincin pada joran, ia berfungsi sebagaimana laras pada senapang. Di mana ia dapat membantu hala tuju ketepatan gewang kita (di sinilah kita perlu menambah cincin sekiranya perlu).

IKLAN

Tapi saya rasa kebanyakan joran yang berjenama mampu memberi ketepatan tanpa menambah cincin.

 

Cincin juga membantu memberi rangsangan pada joran kepada pemancing semasa ikan menyentuh umpan serta mampu menambah jarak balingan sekiranya cincin yang digunakan dengan itu dari jenis yang ringan serta bermutu.

IKLAN

 

Kesimpulannya, semakin banyak cincin pada joran maka ia akan menambah kekuatan pada joran tersebut.

Justeru itulah kita dapat melihat joran aksi perlahan bagi pancingan dasar laut dalam memiliki cincin yang lebih banyak berbanding joran aksi sederhana dan berat.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI