SOALAN:

Saya agak keliru dengan kegunaan bilangan cincin pada joran. Ada model joran yang ada banyak cincin dan ada yang sedikit bilangannya.

Dan ada yang saya lihat sanggup ubah suai joran dengan meletakkan hingga lebih 10 cincin pada joran baitcasting mereka. Boleh tak admin jelaskan fungsi cincin ini pada joran?

 

JAWAPAN:

Terlebih dahulu elok juga kita tahu fungsi cincin pada joran. Tujuan utama cincin utama (guide) pada joran adalah untuk mengelakkan tali pancing dari terkena atau tergesel pada

batang joran semasa lontaran yang akan menyebabkan kurang jarak balingan serta kemungkinan terputus tali semasa balingan dan juga semasa melawan ikan ia mengurangkan geseran pada tali dan membantu lenggokan joran.

IKLAN

Ini diperlukan sekiranya kita hendak mengurangkan geseran yang akan menghindarkan jarak semasa casting dan semasa melawan ikan.

 

 

Satu lagi fungsi cincin utama (guide) pada joran adalah ia berfungsi sebagaimana laras dalam senapang di mana ia dapat membantu hala tuju ketepatan gewang kita (di sinilah di mana kita perlu menambah cincin sekiranya perlu).

IKLAN

Tapi saya rasa kebanyakan joran yang berjenama mampu memberi ketepatan tanpa menambah cincin.

 

Terdapat juga beberapa jenis cincin yang menyalut di gelenggang cincin utama (guide). Jenis salutan ini adalah dari besi, seramik, SIC, ‘rollers’ dan lain lagi yang membantu

mengurangkan haba yang berlaku semasa geseran yang terjadinya apabila kita bergelut tarik menarik dengan ikan.

IKLAN

 

Cincin juga membantu memberi rangsangan pada joran kepada pemancing semasa ikan makan umpan serta mampu menambah jarak balingan sekiranya cincin yang digunakan dengan itu dari jenis yang ringan serta bermutu.

Dan kesimpulan lain pula, semakin banyak cincin pada joran maka ia akan menambah kekuatan pada joran tersebut.

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI