Teknik pancing bottom drift atau menotok sememangnya popular di perairan Selat Melaka. Di sini kami berikan sedikit taktik dan trik untuk berjaya ketika menotok.
Penggunaan kekili elektrik (bangla) sangat efektif di kawasan ini kerana kedalaman air sekitar 60 meter ke atas. Kekili manual boleh digunakan sekirinya memiliki tenaga mengarau yang konsisten kerana ada ketikanya tali pancing perlu dikarau secepat mungkin apabila sampan disedari berada di haluan kapal. Waktu ini, pasti hon kuat kedengaran dari kapal menandakan bot sudah hampir di haluannya.
Misi pertama ialah ikan demersal sebagai buruan utama seperti kerapu, jenahak, ibu gelama, gegerut dan kadangkala kaci serta tebal pipi. Perambut kekuatan 60 lb ke atas sepanjang 4 depa dengan tali utama 80 lb hingga 100 lb.
Ini berikutan jika tersangkut pada karang kebiasaannya perambut lebih kecil dari tali utama akan putus, dengan ini ladung terselamat daripada menjadi tukun.
Elakkan menggunakan kekili mendatar kerana ia lebih cepat meletihkan pemancing apabila disuruh karau setiap kali sampan ingin beredar ke lokasi lain.
Mata kail 5/0 jika mata tunggal atau 2 bentuk mata 3/0 digunakan mencangkuk seekor sotong kurita hidup.
Ladung biasanya saiz 24 agar ia terseret di dasar ketika berhanyut atau menotok. Kalau umpan hanyut jauh ke atas dari dasar peluang sentapan adalah tipis kecuali di kawasan yang adanya ikan pertengahan seperti GT, talang dan haruan tasik.
Joran pula perlu dipastikan kuat dan diikat kemas pada sampan kerana banyak sentapan ikan adalah dengan mengejut. Beberapa kes joran tercampak kerap juga berlaku gara-gara pemancing leka menjaga dan mengikat joran.
Umpan selain sotong kurita, udang lipan, pelaling mati, hirisan cabut, belanak, ikan tembakul, anak gelama da udang kertas boleh digunakan. Jika berhanyut pada malam hari sotong cumit adalah umpan nombor 1!
Sambil itu jika membawa sonar, sentiasa perhatikan tahap kedalaman air kerna ia berbeza di setiap kawasan. Bermula dari 30 meter hingga menjunam 70 meter.
Bila umpan masuk lubang dalam, hulurkan lagi tali pancing hingga ladung dikesan terhentak pada lantai dasar. Bila umpan terlepas jauh, ikan jarang mengejarnya. Begitu juga apabila kedalaman menaik, tali pancing perlu dikarau sedikit. Jika tidak ia amat mudah melekat apabila memasuki kawasan berkarang.
Ambil dalam masa sejam setiap kali berhanyut sebelum naik ke arah arus semula. GPS adalah perlu sebagai panduan wajib bagi mengetahui arah sampan hanyut serta membuat data simpanan setiap kali sentapan terjadi.
Jika sampan berhanyut ke arah utara maka ia menandakan air bergerak surut dan jika sampan hanyut ke arah Singapura ini menunjukkan air pasang.
Kecuali bila angin menolak sampan lebih kuat daripada arus. Ketika berhanyut sentiasa ingat darat adalah sebelah timur manakala sempadan Indonesia di sebelah Barat.
Jika mengantuk, jangan tidur serentak, ambil giliran sebab apa yang penting seorang perlu berjaga mengawasi sebarang pergerakan kapal dan sentapan.
Menentukan spot/tempat memancing memang sangatlah penting. Pastinya membangau bila korang memancing seharian meskipun dengan umpan yang power lagi padu sekalipun, namun di tempat itu tidak terdapat ikan patin.
Memancing ikan patin memang tidak boleh sebarangan atau asal main lempar umpan saja. Dengan spot yang tepat pastinya tak akan ada istilah kumpau atau membangau ketika memancing. Untuk itu kemahiran dalam menentukan spot memancing harus korang miliki.
Spot atau titik memancing ikan patin sangat dipengaruhi oleh cuaca dan musim. Ketika musim kemarau ikan patin lebih senang berada di lubuk-lubuk yang memang tempat tinggalnya. Sementara ketika musim hujan ikan ikan patin akan menyebar dan bermigrasi dari lubuk-lubuk ke arah hilir.
Ketika musim hujan, korang boleh memancingnya di sebarangan tempat, asalkan lebih dalam dari perairan yang lainnya.
Berdasarkan pengalaman para pemancing yang sudah terbiasa memancing ikan patin, terdapat 3 tempat atau spot yang biasa didiami ikan patin iaitu:
Rumpun adalah tempat atau spot yang terbentuk secara alami, misalnya bekas pokok tumbang. Biasanya di bawah pohon tumbang dijadikan tempat tinggal ikan-ikan predator termasuklah keli dan patin.
Tempat seperti ini sangat sesuai untuk melempar umpan. Saiz ikan patin yang mendiami spot ini juga pelbagai mulai dari di bawah 1kg hingga berukuran abah.
Sangkar ikan merupakan tempat yang sangat digemari oleh ikan patin. Makanan berupa pelet yang jatuh ke dasar dari jaring sangkar menjadikan titik ini dihuni ikan-ikan beragam termasuk ikan patin. Usahakan memancing di sekitar sangkar ikan, namun jangan terlalu dekat kerana potensi kail tersangkut tali sangkar juga besar.
Untuk spot satu ini memang kurang padu dibandingkan sekitar rumpun dan sangkar. Kita hanya menunggu ikan patin yang lalu untuk mencari makan ke pinggiran. Memancing di pinggiran perlu trik khusus.
Meskipun di pinggiran, korang harus mencari spot yang paling dalam serta spot yang sering dipancing. Jika sering dipancing pastinya umpan-umpan berupa pelet dan cacing atau yang lain bertebaran di spot tersebut. Dan pastinya ada potensi ikan berkumpul di tempat seperti itu.
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...