Sebagaimana yang diketahui roti sandwic sememangnya merupakan makanan ikan. Ia boleh digunakan secara terus sebagai umpan namun untuk mempercepatkan proses ikan memakan roti tersebut, ia perlu diproses dengan memperisakannya dan dipersembahkan dengan taktik & teknik yang betul.
LANGKAH 1
Antara roti sandwic yang biasa digunakan. Sebaiknya pilihlah roti yang tidak padat dan boleh terapung dengan baik.
LANGKAH 2
Potong kulit bahagian tepi sekeliling roti terlebih dahulu kemudian potong secara menegak menjadi 3-4 bahagian atau kepingan. Lakukan pada kesemua roti di dalam bungkusan.
LANGKAH 3
Setiap kepingan itu kemudiannya dipotong lagi kepada 3-4 bahagian. Dari sekeping roti lazimnya kita akan memperoleh 3-12 ketulan roti dadu. Roti dadu ini kemudiannya barulah dicampurkan dengan perisa umpan yang diingini.
LANGKAH 4
Ambil roti dadu tersebut dan cangkukkan pada mata kail dan ditembuskan pada perambut kira-kira 3-5 kepingan. Manakala 2 kepingan lagi dicangkukkan pada mata kail.
LANGKAH 5
Apabila sudah mencangkukkan roti dadu pada kedua-dua perambut, gabungkan ia di tapak tangan kemudiannya ditekan dengan jari untuk menjadi rapat (jangan tekan terlalu kuat).
LANGKAH 6
Pastikan roti yang dipanggil inti ini tidak ditekan atau genggam dengan terlalu kuat. Memadai bagi ia dikepal dan tercangkuk dengan baik pada mata kail sahaja.
LANGKAH 7
Hasil kepalan yang sempurna akan kelihatan seperti ini.
LANGKAH 8
Kemudian ambil sebahagian roti dadu lainnya dan letakkan di tapak tangan seperti dalam gambar.
LANGKAH 9
Letakkan bahagian inti yang telah dikepal ke atas roti dadu atas tapak tangan. Pastikan perambut mata kail berada agak dalam sebagaimana ditunjukkan di dalam gambar.
LANGKAH 10
Kemudian letakkan lebihan roti dadu bagi mengutup bahagian inti yang telah diletakkan tadi.
LANGKAH 11
Langkah terakhir, kepalkan semuanya hingga menjadi seperti ini. Pastikan kepalan yang dilakukan tidak terlalu kuat dan sekadar kesemua roti dadu melekat antara satu sama lain dan tidak berderai ketika membuat lontaran.
Ikatan uni atau uni knot merupakan antara ikatan asas bagi menyambungkan mata kail atau kili pada tali pancing. Ikatan yang berteraskan satu simpulan ini cukup mudah untuk dipraktikkan namun status kekuatannya tidaklah merupakan yang terbaik. Kunci ikatan ini terletak pada jumlah simpulan. Semakin banyak simpulan dihasilkan maka semakin kukuhlah ikatan tersebut.
LANGKAH 1
Masukkan hujung tali utama / perambut ke dalam lubang cincin mata kail / kili / gewang.
LANGKAH 2
Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal kemudian lingkar kembali ke arah tali utama.
LANGKAH 3
Pusingkan hujung tali sehingga menjadi satu lingkaran.
LANGKAH 4
Simpul atau lilit hujung tali pada lingkaran yang dicantum pada bahagian tali utama.
LANGKAH 5
Buat lilitan sekurang-kurangnya 5 kali atau lebih.
LANGKAH 6
Tarik perlahan-lahan bahagian hujung tali sambil memegang mata kail atau kili.
LANGKAH 7
Tarik sehingga terbentuk simpulan (sebaiknya juga basahkan simpulan sebelum diketatkan).
LANGKAH 8
Tarik bahagian tali utama sehingga simpulan rapat pada bahagian mata kail. Kemudian potong bahagian hujung lebihan tali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...