Ia satu jenis ikatan terus menghubungkan tali pancing dengan gelung atau cincin gewang, mata kail atau swivel. Ciri utama ikatan ini, ia hanya untuk tali sulam atau braided sahaja.
Sekiranya menggunakan tali tangsi (mono atau fluorocarbon), bentuk gelung tidak akan terhasil kerana sifat tali tangsi yang licin tidak akan menjerut dan membentuk gelung.
Kelebihan ikatan ini membolehkan gewang bergerak dengan lebih bebas dan meningkatkan lagi aksi persembahan gewang.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali melalui cincin gewang dan lepasi kira-kira sejengkal bagi memudahkan simpulan yang akan dihasilkan.
Tutorial 2
Lingkarkan bahagian hujung tali yang melepasi cincin menindan bahagian tali utama hingga terbentuk huruf O.
Ads
Tutorial 3
Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tadi dengan melilit kedua-dua tali utama dan bahagian tali yang melepasi cincin seperti di dalam gambar.
Ads
Tutorial 4
Lakukan lilitan sekurang-kurang 3 kali. Untuk hasil simpulan yang lebih kuat sebaiknya buat 5 lilitan.
Tutorial 5
Perlahan-lahan tarik bahagian hujung tali dan pastikan simpulan tidak bertindih antara satu sama lain.
Ads
Tutorial 6
Sebelum simpulan ditarik ketat, rapatkan dahulu simpulan ke cincin dan buat anggaran sebesar mana gelung yang anda ingin hasilkan.
Tutorial 7
Pegang bahagian gelung di hadapan cincin dan jerut ikatan dengan kuat. Kemudian potong lebihan tali yang tidak diperlukan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Syarat wajib jika ingin memancing toman dengan teknik pancingan dasar, menggunakan umpan keli atau sebagainya ialah menggunakan perambut dawai atau kabel. Memandangkan ia menggunakan kabel dawai yang sukar untuk disimpul maka satu jenis ikatan khusus perlu dilakukan bagi menghubungkannya dengan mata kail.
(kami menggunakan kevlar sebagai ganti kabel/dawai untuk sesi fotografi)
Bahan Keperluan:
Nylon coated stainless steel wire (30lb)
O’shaughnessy hook
Wire cutter plier
Tutorial 1
Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Tutorial 2
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Tutorial 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
Tutorial 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Tutorial 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
Tutorial 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Tutorial 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Nylon coated yang dibakar mampu menjadi gam yang baik. Seterusnya buatlah simpulan mati pada hujung kabel bagi memudahkannya disambung pada snap swivel dan tali utama.
Ikatan sulaman jarum atau nail loop knot adalah satu ikatan untuk menghubungkan tali perambut dengan mata kail. Simpulan ikatan ini sangat kuat dan amat sesuai digunakan bagi teknik hanyut menggunakan umpan hidup.
Ikatan ini tidak membebankan umpan sekaligus dapat memanjangkan usia umpan hidup sekaligus membuatkan umpan tersebut lebih aktif.
Tutorial 1
Pertama sekali masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal panjang.
Tutorial 2
Kemudian letakkan straw di tengah-tengah tali tersebut.
Tutorial 3
Buatkan lilitan dengan hujung tali pada tali utama dan straw.
Tutorial 4
Lakukan lilitan ke arah lubang cincin.
Tutorial 5
Buatkan lilitan kira-kira 5-7 kali.
Tutorial 6
Masukkan hujung tali ke dalam straw hingga keluar di hujungnya.
Tutorial 7
Keluarkan straw kerana ia sudah tidak diperlukan lagi.
Tutorial 8
Tarik simpulan perlahan-lahan sambil menyusunnya agak tidak berpintal.
Tutorial 9
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya.
Ikatan ini sesuai untuk menyambung perambut nylon atau tali sulam dengan mata kail atau kili atau juga gewang yang memiliki cincin. Satu ikatan yang mudah namun memiliki tahap kekuatan dan ketahanan yang padu.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut melalui lubang cincin.
Tutorial 2
Masukkan sekali lagi tali ke dalam lubang cincin tersebut.
Tutorial 3
Tarik hujung tali kira-kira sejengkal dan lingkarkan kembali ke arah cincin.
Tutorial 4
Tindan hujung tali ke atas tali yang dirapatkan keduanya.
Tutorial 5
Lilitkan hujung tali tersebut kepada kedua-dua tali yang dirapatkan.
Tutorial 6
Buatkan lilitan kira-kira 4 hingga 7 kali.
Tutorial 7
Tarik hujung tali sambil memegang lilitan sehingga terbentuk simpulan.
Tutorial 8
Tarik tali utama sehingga simpulan terikat kemas pada cincin dan potong lebihan hujung tali.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...