226 tahun, itulah usia dan jangka hayat kehidupan bagi Hanako, yang juga merupakan spesies ikan koi yang hidup paling lama pernah direkodkan.
Hanako yang bermaksud “flower girl” merupakan seekor ikan koi betina yang cantik dengan sisik berwarna scarlet (merah dengan kilauan oren) dari Jepun.
Hanako mati pada 7 Julai 1977 setelah hidup dalam usia yang begitu panjang iaitu selama 226 tahun.
Spesies ikan koi ini dilahirkan pada tahun pertama Horeki, di tengah era shogun iaitu Tokugawa Era.
Ads
Pada 25 May 1966, Dr. Komer Koshihara yang merupakan pemilik si Hanako telah membuat hebahan media ke seluruh tanah Jepun menerusi stesen radio Nippon Hoso Kyokai berkenaan usia ikan koi yang cantik ini.
Ketika itu, usia Hanako ialah 225 tahun dengan berat 7.5 kg dan panjangnya 70 cm.
Ads
Dia juga menjelaskan Hanako merupakan ikan yang diwariskan dalam keluarganya sejak turun temurun.
Usia Hanako disahkan oleh Professor Masayoshi Hiro setelah membuat analisis garisan sisik Hanako di dalam makmal selama 2 bulan.
Ads
Biarpun ikan koi dikenali dengan usia yang panjang, namun untuk mencapai usia melebihi 2 abad ialah sesuatu yang menakjubkan.
Tak hairanlah spesies ini cukup dihormati oleh masyarakat Jepun. Apa yang menakjubkan selain cerita di atas ialah, usia Hanako lebih tua berbanding usia Amerika Syarikat, lahir 5 tahun sebelum genius muzik klasik iaitu Mozart lahir, hidup dalam zaman Napoleon, Elvis Presley dan The Beatles!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Cephalopod adalah merujuk kepada mana-mana spesies di dalam kelas moluska Cephalopoda. Secara ekslusif haiwan marin ini diklasifikasikan mempunyai ciri-ciri simetri dua hala badan, kepala menonjol, dan satu set senjata atau sesungut (otot hydrostats) diubahsuai dari kaki moluska primitif. Nelayan kadang-kadang memanggil mereka inkfish, merujuk kepada keupayaan mereka untuk memancut dakwat. Dan kita di Malaysia menamakannya sebagai sotong.
Sotong atau nama biasanya squid adalah anggota dalam keluarga besar cephalapod, subkelas Coleoidea dan famili Teuthida. Teuthida pula terbahagi kepada dua genus utama iaitu Myopsina dan Oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan giant squid atau sotong gergasi. Teuthidia merupakan kumpulan cephalopod terbesar iaitu sekitar 304 spesies di dalam 29 famili. Seperti semua cephalopods lain, sotong mempunyai kepala yang berbeza, simetri dua hala, selimut, dan lengan. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
Sotong boleh ditemui di laut terbuka atau teluk. Perairan berkarang, batuan dan berpasir di dasar lazimnya menjadi habitat yang digemari si lembut ini. Sotong adalah haiwan yang hidup secara sosial dan aktif bergerak jika bertemukan cahaya. Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel.
Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan. Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan. Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala.
Pada kepala sotong terdapat sepasang mata yang besar. Mata besar ini berperanan mencari makanan dan mengesan musuh. Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang dihujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.
Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan pemangsa menjadi kabur dalam beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
Menurut kajian, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penentu aras kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.
Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.
Nama global: Narrow-barred Spanish mackerel, king mackerel
Nama tempatan: Tenggiri, tenggiri batang, tohok, dengkeh
Ciri fizikal: Tidak bersisik, badan silinder memanjang, ekor tirus bercabang
Diet: Ikan pelagik, sotong, udang
Habitat: Luar pantai hingga laut dalam
Taburan: Indo-Pasifik hingga melalui Terusan Suez, Australia hingga China
Domestik: Keseluruhan Semenanjung hingga Laut Sulu
Sebut saja tenggiri, rasanya ramai pemancing yang sudah kenal dengan bentuk, nama dan tidak kurang rasa ikan ini. Kebanyakan dari pemancing dan pengemar tenggiri lebih tertumpu kepada salah satu dari beberapa jenis tenggiri yang ditemui di perairan negara.
Nama-nama seperti tenggiri musang atau Korean seerfish (Scomberomorus koreanus), tenggiri papan atau spotted mackerel (Scomberomorus guttatus), tenggiri aya atau double line mackerel (Grammatorcynus bilineatus) jarang didengari berbanding tenggiri batang atau Spannish / king mackerel yang difokuskan dalam info spesies kali ini.
Pendapat yang menyatakan jenis tenggiri boleh dikenal pasti setelah mencecah berat 8 kg ke atas tidak boleh diterima (pendapat peribadi) kerana perbezaannya jelas ketara sewaktu kecil terutama kombinasi jalur pada badan.
Tenggiri batang paling banyak ditemui di pasaran tempatan dan mempunyai permintaan yang tinggi. Ia berkepala tirus bermuncung panjang, dibarisi gigi tiga segi menirus dan tajam dengan kadar saiz 1 nisbah 5 panjang keseluruhan badannya yang berbentuk silinder.
Ekor tirus bercabang dan berkemampuan menujah pecutan renangan mendahului kelajuan pemancing menggulung tali ke gelendung kekili. Badan berwarna kehijauan di atas dan keputihan di bawah hingga ke perut dengan jalur hitam yang melintang pada badan. Warna kehijauan akan pudar apabila ia mati.
Tenggiri batang boleh memanjang sehingga 2 meter lebih (7 kaki) dan saiz yang lumrah dipancing sekitar 1 hingga 4 kaki. Ikan betina dikatakan matang apabila mencapai panjang 70 cm manakala jantan ialah 65 cm.
Habitat Dan Sifat
Tenggiri batang boleh dikelaskan sebagai ikan pelagik yang mana kebanyakan masanya dihabiskan berada di permukaan dan sub permukaan air pada waktu saing hari dan merayau di pertengahan dan dasar pada malam hari.
Tenggiri jarang mendiami satu-satu kawasan dan sering merayau di kawasan pemburuan dari kedalaman 5meter hingga 200 meter. Namun ia lebih tertumpu di kawasan perairn cetek yang mempunyai kedalaman purata 30 meter.
Kawasan tumpuan Tenggiri merayau di mana terdapat sumber makanan atau mangsa buruan bermain. Pergerakannya dikaitkan dengan peredaran monsun dan arus laut yang membawa bersama kumpulan ikan-ikan pelagik yang bergerak secara berkumpulan.
Dengan berkumpulan tenggiri mampu memerangkap kumpulan mangsa dengan mudah. Pemburuan utama tenggiri adalah di kawasan unjam laut, kawasan terumbu karang, tukun, pulau dan tengah laut. Ia jarang rapat ke kawasan persisir pantai seperti mana sifat alu-alu.
Sifat ikan yang pantas berenang ini sering mendahului kelajuan gulungan tali pancing boleh mengundang putusnya tali utama atau perambut. Oleh itu jangan mengadu letih mengarau jika tidak ingin ikan dan gewang anda terlepas begitu saja.
Ikan pari air tawar atau giant freshwater stingray yang ditemui semula di perairan Amphawa, kira-kira satu jam dari Bangkok, diisyhtiharkan sebagai spesies pari terbesar di dunia.
Malah menurut para saintis di sana, pari tersebut mampu membesar sehingga menggugat kedudukan spesies marin terbesar di dunia.
Nantarika Chansue, seorang doktor haiwan dan professor dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok, membantu menangkap dan mengukur haiwan yang mendapat jolokan `The Big One’.
Ikan pari dengan nama binomialnya Himantura polylepis atau H. chaophraya ini mempunyai lebar 7.9 kaki (2.4 meter) dan mempunyai panjang 14 kaki (4.3 meter) serta berat kira-kira 700-800 pounds (318 hingga 363 kilogram).
Kumpulan penyelidik ini belum dapat memastikan berapa berat badan daripada ikan pari ini kerana sangat sukar untuk menimbang haiwan ini tanpa menyakitinya, kerana mereka sangat besar!
Menurut Zeb Hogans, seorang profesor dan penyelidik geografi kebangsaan dari University of Nevada, Reno.
“Sudah tentu (haiwan itu) adalah ikan yang sangat besar walaupun dibandingkan dengan ikan pari lain, dan sudah tentu mendahului antara ikan terbesar di dunia!”
Zeb Hogan turut mengulas bahawa haiwan yang serupa ditemui dan dilabelkan 7 tahun sebelumnya dalam penyelidikannya bersama Nantarika.
Pada tahun 2009, ikan pari ini mempunyai lebar 6.5 kaki (2 meter) dan panjang 15 kaki (4.58 meter).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...