IKLAN

Cephalopod adalah merujuk kepada mana-mana spesies di dalam kelas moluska Cephalopoda. Secara ekslusif haiwan marin ini diklasifikasikan mempunyai ciri-ciri simetri dua hala badan, kepala menonjol, dan satu set senjata atau sesungut (otot hydrostats) diubahsuai dari kaki moluska primitif. Nelayan kadang-kadang memanggil mereka inkfish, merujuk kepada keupayaan mereka untuk memancut dakwat. Dan kita di Malaysia menamakannya sebagai sotong.

Sotong atau nama biasanya squid adalah anggota dalam keluarga besar cephalapod, subkelas Coleoidea dan famili Teuthida. Teuthida pula terbahagi kepada dua genus utama iaitu Myopsina dan Oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan giant squid atau sotong gergasi. Teuthidia merupakan kumpulan cephalopod terbesar iaitu sekitar 304 spesies di dalam 29 famili. Seperti semua cephalopods lain, sotong mempunyai kepala yang berbeza, simetri dua hala, selimut, dan lengan. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

Sotong boleh ditemui di laut terbuka atau teluk. Perairan berkarang, batuan dan berpasir di dasar lazimnya menjadi habitat yang digemari si lembut ini. Sotong adalah haiwan yang hidup secara sosial dan aktif bergerak jika bertemukan cahaya. Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel.

IKLAN

Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan. Tantakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan. Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan. Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala.

Pada kepala sotong terdapat sepasang mata yang besar. Mata besar ini berperanan mencari makanan dan mengesan musuh. Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang dihujung badan. Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.

IKLAN

Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam. Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan pemangsa menjadi kabur dalam beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.

Menurut kajian, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penentu aras kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar. Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah. Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup. Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.

Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong. Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak. Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.