Tak dinafikan orang Cina cukup pandai menyediakan masakan ikan ketutu. Malah mereka jugalah yang lebih ramai menyukai kelazatan ikatan ketutu ini. Jadi, kalau korang nak rasa kelazatan ikan ketutu, kenalah belajar cara memasak ala Cina.
Bahan-bahan
1 ekor ikan ketutu saiz 1kg
1 ketul halia muda, dihiris nipis – ikutlah nak banyak mana
1 ulas bawang besar, diracik halus
2 ulas bawang putih, dicincang
5-6 biji cili padi, dipotong (kalau nak pedas)
Daun sup dicincang
Daun bawang dipotong
Bahan sos digaul bersama
2-3 sudu besar kicap manis atau kicap biasa yang pekat tu
Ads
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair – boleh gantikan dengan garam
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan air (atau lebih jika perlu)
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu teh minyak bijan
Ads
Bahan tumis
Sedikit halia yang diracik
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit minyak
Cara penyediaan
Ikan digaul dengan garam dan letakkan dalam pinggan atau dulang kukus. Ratakan halia muda, bawang putih dan bawang besar diatas ikan serta letak sedikit didalam perut ikan
Ads
Tabur cili padi, daun sup dan daun bawang.
Panaskan kukusan sehingga mendidih.
Masukkan ikan. Tuang bahan sos yang dikacau sebati.
Kukus sehingga masak. sesekali buka penutup, dan kacau sos ditepi ikan supaya rata. Jika mata ikan sudah putih dan lembut tandanya ikan kukus siap masak
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumis sehingga kekuningan. Terus curahkan ke atas ikan di dalam kukusan tadi. Letakkan juga sedikit minyak tumisan tu. Jangan terlalu banyak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin. Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak.
Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.
Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”. Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.
Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.
Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya harimau, boleh dipanggil Maybank. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.
Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan. Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.
Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.
Kadangkala ada rakan mengeluh kerana bunyi cengkerik dan berbagai lagi yang didengari ketika mereka tidur di khemah. Itu adalah normal. Yang tidak normalnya apabila keadaan sekeliling menjadi sunyi sehingga dengkuran tidur rakan anda yang menyakitkan telinga.
Apabila keadaan menjadi sunyi secara tiba-tiba, itu menandakan terdapat haiwan yang besar sedang memerhati kita. Andai ada bahan letupan seperti mercun, bakarlah mercun tersebut. Sekurang-kurangnya ia dapat menghalang haiwan liar daripada mendekati kita.
Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar.
Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.
Apabila malam, jangan suka menyuluh di kawasan yang tidak perlu. Takut tersuluh cik pon bermata merah pula nanti. Petua juga mengatakan kurangkan menyuluh muka rakan-rakan terutama ketika tidur.
Apabila memasak, pastikan kuantiti sepadan dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.
Siakap merupakan spesies idaman ramai pemancing kerana kesukaran mendapatkannya dan keseronokan melayannya. Justeru itulah ada yang berusaha pelbagai cara untuk memperolehinya walaupun dengan kaedah meragukan.
Sebelum turun memancing, jangan sesekali mengerjakan pancing seperti memasang mata kail dan batu ladung pada waktu malam. Jika dilanggar pantang larang ini, esoknya pancing kamu tidak akan disentuh ikan.
Sebagai usaha kita disamping ketentuan nasib, sebaiknya koyan dan tali pancing baru, sebelum digunakan, ditangas (diasapi) dahulu dengan membakar bola sepak yang tidak digunakan lagi. Makrifat di hati kita sebagaimana bola dikejar pemain ke sana ke mari di atas padang, begitulah juga pancing kita akan dikerumuni ikan.
Sebaiknya ikan pertama yang mematuk umpan pancing baru kita, biarlah dari jenis ikan yang bersisik. Lagi besar ikan-ikan dari jenis ini lagi baik. Pancing kita akan berezeki dan selalu dipatuk ikan-ikan besar.
Tapi kalau ikan pertama yang mematuk pancing baru kita dari jenis ikan tidak bersisik seperti duri, sembilang atau belukang, baik buang saja pancing itu. Pancing itu tidak akan berezeki.
Seperkara lagi, sewaktu hendak mengikat mata kail, sebaiknya mata kail dimasukkan ke mulut kita dan digigit dahulu. Niatkan bagaimana mata kail ini masuk ke mulut kita begitulah juga ia akan masuk ke mulut ikan. Ikatlah mata kail itu dengan 7 lilitan.
Bilangan ganjil lilitan akan membuatkan ikan sentiasa mematuk pancing kita bagi menggenapkan bilangan ganjil tersebut.
Layanlah dengan baik semua makhluk Allah yang bernyawa. Udang yang kita buatkan umpan ini juga bernyawa dan seharusnya dilayan dengan baik dan penuh simpati. Memang dia telah ditakdirkan untuk berkhidmat kepada manusia dan menjadi habuan kepada makhluk-makhluk lain. Jika mahu berasa aman dan dihormati, kita juga mestilah membuat makhluk lain merasa aman dari perbuatan kita.
Ikan Temoleh merupakan sejenis ikan air tawar yang hampir terancam akan punah. Jika ia pupus sepenuhnya maka terhapuslah juga seribu satu khasiat yang ada pada ikan ini. Sementara ia ada, cubalah untuk jadikannya sebagai rutin dalam diet pemakanan anda kerana khasiat ternyata mengejutkan.
Lambat Tua
Asid lemak omega 3 yang ada pada ikan temoleh sangat penting untuk mencegah inflamasi sehingga dapat mengurangkan risiko penuaan diri. Dengan itu wajah anda pun akan terlihat segar, awet muda, dan tidak mudah berkedut.
Sel Otak Berhubung
Jika menjadi kebiasaan memberi anak-anak khasiat ikan temoleh sejak dari kecil lagi, ia sangat membantu mencerdaskan otak kanak-kanak. Asid lemak omega 3 terlalu banyak khasiat dan nutrisi dan alangkah ruginya jika mengabaikan pengambilan ikan temoleh ini.
Meningkatkan metabolisme
Salah satu manfaat ikan temoleh bagi kesehatan yang paling penting adalah untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Hal ini sangat membantu terutama bagi yang sedang melaksanakan program diet.
Mengurangkan risiko stroke
Stroke terjadi atau berpunca tekanan darah tinggi dan kerap mengambil makanan yang berkadar lemak tinggi. Dengan pengambilan (memakan) ikan temoleh secara rutin ia akan membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh, selain itu juga sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung. Dengan itu akan dapat mengurangi risiko diserang stroke.
Melancarkan peredaran darah
Pengambilan ikan temoleh secara teratur juga mampu melancarkan peredaran darah dalam tubuh manusia, sehingga terhindar dari risiko penyumbatan pada pembuluh darah.
Menjauhi obesiti
Ikan temoleh merupakan salah satu jenis ikan yang rendah lemak. Jadi apabila anda mengambilnya setiap hari tidak akan menyebabkan penambahan berat berat badan atau obesiti. Ia juga terhindar dari pengumpulan lemak dalan tubuh. Malah ia juga dapat mencegah kolesterol tinggi.
Baik untuk tulang
Vitamin D dan B2 yang terdapat pada ikan temoleh sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan tulang. Membuatnya lebih kkukuh, tidak mudah rapuh maupun patah. Ini sangat baik diambil secara rutin terutama bagi tempoh tumbesaran kanak-kanak.
Mencegah Depresi
Kandungan protein yang tinggi pada ikan temoleh bermanfaat dapat mencegah depresi. Dengan kesempurnaan keperluan gizi serta vitaminnya, ia sangat berguna bagi menambah stamina, meningkatkan mood, fikiran juga menjadi tenang dan cerdas.
Mencegah Alzheimer
Kandungan gizi dari ikan temoleh ini sangat penting untuk mencegah penyakit Alzheimer. Memakannya secara teratur mampu membantu meningkatkan daya ingatan sehingga tidak akan mudah lupa. Namun dalam pengolahannya, adalah lebih baik ia dikukus daripada digoreng, agar khasiatnya dapat lebih maksima.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...