Di Sungai Kinta lebih-lebih lagi di sekitar kawasan Sungai Galah, terdapat banyak spot pancingan menarik yang menjadi pilihan kaki-kaki pancing dasar dan pengilat khususnya. Banyak juga terdapat taburan lombong pecah di sepanjang aliran sungai ini terutamanya dari Tronoh Mines.
Antara spesies ikan buruan yang terdapat di sini adalah sebarau, baung, jelawat, patin, toman, lampam, tapah, belida dan juga udang galah. Bagi saya yang gemar memburu sebarau sungai, di sinilah antara spot kegemaran saya di sekitar negeri Perak selain Sungai Kampar serta Hulu Belum.
Ads
Jarak perjalanan ke sini juga tidaklah begitu jauh, hanya mengambil masa lebih kurang 30 – 40 minit dari pekan Tapah yang melalui Tapah Road, Chenderong Balai dan Ladang Rakyat.
Kaedah Pancingan & Faktor Pemilihan Air
Ads
Sebarau yang bersifat pelagik sudah pastinya mudah diburu dengan mengaplikasikan teknik mengilat gewang. Kebiasaannya waktu yang paling efektif bagi menduga sebarau di sini adalah dari seawal pagi dan lewat petang kerana spesies ini akan aktif mencari makan pada dua waktu ini.
Ads
Gewang-gewang yang lazim kami gunakan di sini adalah Rapala Shallow Shad Rap SSR5, Rapala Countdown CD5 dan Rapala Flat Rap 8cm berwarna natural seperti ‘Bleak’ dan ‘chrome’ serta skema warna terang seperti ‘Goldfish’, ‘Hot Tiger’, ‘Fire Tiger’ dan ‘Perch’ sekiranya kondisi air agak keruh.
Jika paras airnya sedikit tinggi, kami akan menggunakan gewang selaman dalam seperti Rapala Tail Dancer TD7 dan Rapala Shad Rap SR7.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan Mangrove Jack (MJ) adalah spesies yang sulit ditangkap. Ia banyak dicari oleh pemancing di utara Australia dan prospek yang menarik bagi setiap pemancing.
Ketika mereka menyambar, mereka akan menggagalkan anda dengan menyelinap ke struktur berdekatan. Jika anda tidak fokus, anda akan ditinggalkan dengan rasa kagum dan jantung berdegup kencang, memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku.
MJ adalah ikan yang luar biasa untuk dilihat. Dengan gigi seperti taring di bahagian depan, ditambah dengan garis biru elektrik yang luar biasa pada mata dan kilauan di seluruh tubuh. Mereka benar-benar berada dalam senarai teratas predator.
Peralatan Sasaran Memancing MJ
Kebanyakan pemancing menyukai joran sepanjang 7 kaki dengan kekuatan 3-7kg. Dengan ukuran kekili antara 2500 hingga 4000.
MJ dikenali kerana menyerang umpan dengan berbahaya dan menyusup ke struktur terdekat, jadi kapasiti tali pancing yang besar tidak diperlukan.
Untuk MJ monster tali sulam 15-30lb perlu digunakan. Leader yang biasa digunakan Black Magic Fluorocarbon 40lb kerana sesi pancingan di hutan bakau yang tebal yang dilapisi dengan tiram, tetapi di beberapa persekitaran yang lebih terbuka bolehlah gunakan leader 20-30lb. Mata kail yang biasa digunakan 3/0 Black Magic KL circle hook.
Setting Perambut MJ
Keindahan memancing MJ adalah kerana tidak sulit untuk menyediakan ikatan perambut rig sangat sederhana. Dengan hanya menggunakan batu ladung hidup, perambut terus dihubungkan dengan mata kail lingkar 3/0.
Dengan kaedah ini ikan tidak merasa beban ketika mengambil umpan. Tali pancing biasanya dikendur sedikit, jadi akan dapat dilihat tali mula menegang apabila ikan mengambil umpan.
Kemudian joran akan meninggikan hujung joran dengan perlahan bagi membolehkan mata kail tercangkuk. Mata kail Black Magic KL akan menemukan sudut mulut ikan setidaknya 9 kali dari 10 dengan metod ini.
Umpan Terbaik Untuk MJ
Umpan lokal adalah yang terbaik! Jika Anda memancing di sungai yang dipenuhi bakau dan melihat ikan garfish (jenjulung) dan mullet (belanak) berenang di sekitar, taruhan terbaik anda adalah dengan menggunakan sumber mereka untuk umpan.
Ketika mencangkuk mata kail pada umpan, adalah sangat penting untuk memastikan bahawa hujung mata kail terpapar keluar. Jika tertanam di dalam umpan maka kemungkinan besar akan menyebabkan anda tidak dapat strike dengan sempurna.
Cara Memancing Di Anak Sungai Muara
Pertama, mestilah ada pergerakan arus. Jika air tenang, MJ tidak terlalu aktif. Sama ada air sedang gerak surut atau pasang, kedua-duanya sama produktif. Yang belokan di sungai yang didorong oleh air.
MJ biasanya akan duduk di sana menunggu untuk menyergap ikan umpan. Hal lain yang boleh anda cari adalah selokan. Selokan adalah celah antara semak-semak bakau. Cara terbaik untuk mencari saluran pembuangan adalah ketika air surut.
Petunjuk visual terakhir yang boleh anda cari adalah serangkaian hambatan di tengah sungai yang didorong oleh air, atau batu. MJ akan bersembunyi di balik struktur ini siap untuk menyergap ikan umpan yang tidak bersedia.
Tip berguna lainnya adalah dengan mendengar! Kekadang anda boleh mendengar MJ menyambar ikan umpan terkadang di dalam bakau. Jika Anda mendengar kegiatan semacam ini, lontarkan saja umpan ke semak-semak itu.
Cara terbaik memancing ikan ketarap ialah dengan memegang joran. Ini kerana kita akan cepat merasa getuan dan bersedia untuk melakukan hook up bagi menghela ketarap jauh daripada lubangnya.
Pada permulaannya, ketarap akan memberi tekanan yang paling maksimum, jelas kelihatan joran akan membengkok. Kita tidak perlu merasa panik dan tunggu saja, di mana tidak perlu terburu-buru membuat karauan.
Sekejap saja tekanan semakin kendur dan mulalah mengarau kekili anda, pasti akan merasa seakan menarik seketul batu yang besar.
Daya juang ketarap memang kuat sebaik saja meragut umpan, tetapi sekejap saja ia akan mengangkat bendera putih. Tetapi yang penting, kita dapat mengawalnya daripada menyelinap ke dalam lubang atau struktur berbatu dan karang.
Sekiranya ikan terlebih dahulu menyelinap ke dalam struktur berbatu, lupakan niat anda ingin bergambar dengan spesies cantik berwarna-warni ini.
Perambut kasar 80lb atau lebih disarankan. Ini bukan kerana gigi kapak yang tajam, tetapi untuk mengelakkan perambut mudah putus sebaik saja bergesel dasar berbatu dan berteritip.
Panjang perambut cukuplah sedepa, paling elok sekiranya anda dapat meletakkan umpan anda betul-betul di atas struktur berkarang, dengan batu ladung diangkat sedikit ke atas.
Drag hendaklah dikunci mati, di mana kita tidak boleh bermain tarik tali dengannya. Memancing ketarap disarankan menggunakan joran yang agak keras dengan kekili berkualiti tinggi, agar sistem tegangan berfungsi dengan baik.
Pernah sebelum ini seorang pemancing menggunakan kekili murah. Sebaik saja dihentam ketarap, tali masih lagi keluar dari spool, walaupun sistem tegangan sudah di tahap paling maksimum. Mungkin ketarap besar sudah membaham umpannya. Ia satu kerugian yang amat dikesali.
Walaupun cabarannya tidaklah sehebat seperti casting ikan siakap liar di muara atau kuala sungai, ia tetap amat mengujakan apabila umpan yang digunakan disambar. Untuk casting siakap kolam perlu ada skil dan teknik tersendiri.
Kekili atau reel
Sama ada kekili spinning atau baitcasting, sebaiknya gunalah kekili jenis high speed. Disyorkan menggunakan kekili yang memiliki gear ratio 5.0 dan ke atas. Siri 1000-2000 (spinning) paling sesuai digunakan dan ia mestilah tahan lasak dan kalis air masin. Jika bukan jenis air masin, harus membilasnya dengan segera selepas menggunakannya.
Joran atau rod
Joran bagi kaedah casting ikan siakap 5.5’ atau 7’ setengah paling sesuai. Tetapi sebenarnya penggunaan rod haruslah sesuai dengan tinggi tubuh badan pemancing. Rod dengan kekuatan 10-20lb adalah sesuai untuk menduga atau memancing ikan siakap kolam. Tetapi jika inginkan lebih perlawanan dan mahu lebih akrobatik dari siakap boleh mencuba joran yang lebih ringan.
Tali Utama
Tali mono atau braided apa-apa brand yang digunakan. Asalkan ia kuat dan tahan lasak. Saiz 10-20 lb paling sesuai. Tapi sebenarnya bergantung pada saiz ikan di dalam kolam. Lazimnya tali utama 8lb hingga 15lb. Lagipun kolam berbayar hanya melepas ikan berat purat 1kg ke 3kg sahaja. Jadi tidaklah perlu menggunakan tali yang lebih besar poundage.
Leader atau perambut
Pilih perambut jenis fluorocarbon. Atau sekurang-kurangnya mono campuran fluorocarbon. Perambut Perambut berkekuatan 20-40lb lebih ideal. Biasanya selepas menaikan ikan siakap, bahagian perambut yang telah luka perlu dipotong atau dibuang. Biasanya saya akan guna perambut pakai buang yang disambung pada leader kerana leader akan jadi pendek sekiranya banyak kali perlu dipotong.
Mata kail
Saiz mata kail bergantung kepada tempat atau kolam berbayar tersebut. Sesetengah tempat mempunyai ikan siakap melebihi 4kg hingga ke 8kg, tapi amat jarang kolam berbayar melepaskan ikan siakap sebesar tu. Kebanyak purata berat dalam 1kg hingga 3 kg. Biasanya mata kail no 2 digunakan. Paling penting, mata kail mestilah tajam, tahan lasak dan kuat, kerana ikan siakap boleh mengerjakannya sampai lurus atau patah.
Batu ladung
Batu ladung atau pemberat digunakan kalau menggunakan udang kopek. Ia adalah mengelakkan umpan udang kopek tadi terapung di atas air semasa casting. Kalau menggunakan umpan udang hidup biasanya saya tak menggunakan pemberat, kecuali udang enggan menyelam. Ia juga memudahkan udang hidup bebas bergerak di dalam air. Untuk penggunaan gewang untuk mengumpan siakap pula anda tak perlu menggunakan pemberat.
Umpan
Pemilihan umpan bergantung kepada peraturan. Lazimnya udang hidup merupakan umpan yang paling lumrah digunakan. Selain itu anak ikan hidup seperti belanak atau lampam juga bagus dan mampu bertahan lebih lama. Selain itu udang kopek atau isi ikan juga boleh digunakan untuk casting.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...