Fishing Tackles Yang Perlu Ada Untuk Tewaskan Gerepoh Terbesar!!

Share

 

Banyak cerita yang saya dengar gerepoh monster menghilangkan diri dengan ratusan meter tali utama terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh pemangsa yang lebih besar. Namun sebesar mana monster itu tidak pernah dihadirkan.

 

Di sini, pemancing yang menjadi mangsa dan lebih parah lagi apabila tali utama yang dilarikan adalah jenis sulam yang berharga menjangkau RM100 untuk seratus meter. Iya la, kalau lebuh 300 meter tali dah berapa kerugian. Itu belum campur jig dan leader lagi.

 

Kombinasi peralatan untuk gerepoh yang bersaiz 10kg ke bawah adalah seperti mana yang disyorkan dalam segmen pancingan cupak lalu. Korang boleh rujuk sendiri jika rajin. Atau secara rumusannya setting peralatan 30lb ke bawah.

 

Untuk aktiviti popping dan casting, kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah dikendalikan. Sementara untuk teknik jigging dan pancingan asas, lebih sesuai menggunakan kekili multiplier. Jadi tidak perlu pening-pening memikirkan set pancing mana yang lebih baik.

 

 

Ramai penggemar casting dan jigging menggunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas. Jika menggunakan mono sambungkan tali sulam 3 hingga 5 meter di hadapan tali utama sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan dan jig besi akan singgah di muka anda.

 

Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.

 

 

Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa. Barulah dapat kepuasan sebenar!

 

IKLAN