Banyak cerita yang saya dengar gerepoh monster menghilangkan diri dengan ratusan meter tali utama terutama apabila teknik jigging dan popping disambar oleh pemangsa yang lebih besar. Namun sebesar mana monster itu tidak pernah dihadirkan.
Di sini, pemancing yang menjadi mangsa dan lebih parah lagi apabila tali utama yang dilarikan adalah jenis sulam yang berharga menjangkau RM100 untuk seratus meter. Iya la, kalau lebuh 300 meter tali dah berapa kerugian. Itu belum campur jig dan leader lagi.
Kombinasi peralatan untuk gerepoh yang bersaiz 10kg ke bawah adalah seperti mana yang disyorkan dalam segmen pancingan cupak lalu. Korang boleh rujuk sendiri jika rajin. Atau secara rumusannya setting peralatan 30lb ke bawah.
Ads
Untuk aktiviti popping dan casting, kekili mendatar atau spinning reel lebih mudah dikendalikan. Sementara untuk teknik jigging dan pancingan asas, lebih sesuai menggunakan kekili multiplier. Jadi tidak perlu pening-pening memikirkan set pancing mana yang lebih baik.
Ads
Ramai penggemar casting dan jigging menggunakan tali sulam atau braided kerana mudah dan cepat membalas. Jika menggunakan mono sambungkan tali sulam 3 hingga 5 meter di hadapan tali utama sebagai penanda ketika jigging kerana jika leka kemungkinan replika ikan dan jig besi akan singgah di muka anda.
Joran yang sesuai adalah jenis grafit dengan kekuatan 15Ib hingga 30Ib. Pakai joran halus dan ringan tetapi kuat memberi kelebihan dari segi lontaran serta tidak lenguh memegang dalam tempoh yang lama.
Ads
Tali utama berkekuatan 15Ib hingga 30Ib cukup memadai kerana ia pasti akan menjanjikan siapa yang mengerjakan siapa. Barulah dapat kepuasan sebenar!
Aruan tasik atau cobia merupakan salah satu spesies ikan marin yang diketahui mempunyai tenaga luar biasa di hujung tali pancing. Kekuatan luar biasa ikan ini juga membuatkannya mendapat gelaran seperti black kingfish, black bonito dan juga ‘prodigal son’ bagi menunjukkan betapa kekuatannya mendapat pengiktirafan di kalangan pemancing global.
Bagi morfologi luaran spesies ini, aruan tasik mempunyai bentuk badan yang memanjang seakan torpedo. Badannya mempunyai daging yang pejal dan berotot dengan kepanjangan yang mampu mencecah sehingga 2 meter. Spesies yang mampu mencapai berat sehingga 78 kg ini mempunyai bentuk kepala yang mendatar (depressed).
Jika diperhatikan di bahagian mulut pula, rahang bawah aruan tasik sedikit lebih panjang berbanding rahang atas. Spesies ini mempunyai mata yang agak kecil. Pada bahagian badan ikan ini terdapat kehadiran sisik-sisik yang halus, begitu pun jika sekali imbas kelihatan badannya seakan licin tanpa sisik.
Tona warna pada badannya pula berwarna coklat gelap namun pada bahagian bawah abdomennya pula berwarna putih. Terdapat juga kehadiran garisan horizontal warna coklat yang lebih gelap pada sisi badannya.
Warna garisan ini akan lebih jelas ketika musim mengawan dan warna coklat badannya akan menjadi lebih cerah. Bahagian sirip dorsal pertama mempunyai kira-kira 7-9 duri.
Nama famili Rachycentridae dating daripada terminologi Greek di mana perkataan rhachis memberi makna duri (spine) dan kentron iaitu sengat (sting). Terminologi ini diinspirasikan daripada sirip dorsal ikan ini. Aruan tasik yang matang mempunyai sirip kaudal berbentuk garfu (forked) dan biasanya mempunyai warna coklat gelap.
Taburan spesies ini agak global dan boleh ditemui dalam hampir kebanyakan kawasan tropika dan subtropika namun tiada kehadiran di bahagian timur Pasifik. Aruan tasik dicatatkan mempunyai taburan dari perairan Kanada hingga ke Bermuda, Teluk Mexico dan Kepulauan Caribbean, perairan Afrika dan perairan Hokkaido, Jepun hingga ke Australia.
Aruan tasik biasanya berlegar secara solo kecuali ketika musim mengawan di mana akan berenang secara berpasangan. Habitat pilihan bagi spesies ini ialah Kawasan berstruktur, berhampiran kawasan berbatu, berhampiran boya serta kawasan berstruktur lain. Aruan tasik merupakan ikan pelagik dan spesies ini juga berkemungkinan memasuki kawasan muara untuk memburu mangsa sebagai dietnya.
Bagi aruan tasik yang matang, biasanya boleh ditemui dibanyak habitat seperti kawasan berlumpur, berpasir dan juga berstruktur seperti batu dan karang. Kawasan yang mempunyai boya juga menjadi pilihan bagi spesies ini berenang berlegar di sekitarnya.
Ketika memburu mangsa, spesies ini biasanya membentuk satu kumpulan kecil dan memburu hidupan akuatik kecil seperti ikan pelagik sebagai mangsanya. Diet utama bagi spesies ini ialah ikan kecil, sotong dan juga ketam. Aruan tasik juga gemar berenang mengikut spesies akuatik yang lebih besar seperti jerung, penyu dan pari manta untuk memburu dietnya.
Pengkelasan taksonomi bagi menjelaskan Rasbora adalah genera ikan dalam keluarga besar Cyprinidae. Atau lebih mudah untuk difahami, Rasbora ialah kumpulan ikan yang bernaung di bawah nama seluang. Mereka berasal dari habitat air tawar di Selatan dan Asia Tenggara, serta tenggara China.
Beberapa spesies lebih mudah ditemui di dalam akuarium. Sebagaimana nama genus, ia turut dikekalkan nama genus sebagai nama umumnya, rasbora. Rasbora digunakan untuk banyak spesies dalam genus Rasbora, serta beberapa spesies di genus atau genera Brevibora, Boraras, Megarasbora, Metzia, Microdevario, Microrasbora, Rasboroides, Rasbosoma, Sawbwa, Trigonopoma dan Trigonostigma. Sebahagian daripada genera yang berkaitan ini termasuk dalam genus Rasbora pada masa lalu.
Rasbora adalah spesies ikan-ikan kecil yang hanya mampu membesar panjang sehingga 17 cm dan kebanyakan spesimen yang ditemui tidak melebihi 10 cm. Kebanyakan spesies yang ditemui mempunyai jalur vertikal yang gelap.
Menurut laman web FishBase, kini terdapat 84 spesies yang diiktiraf dalam genus ini. Ini berbeza sedikit berbanding laporan dibuat oleh Catalog Of Fishes, di mana beberapa spesies ini dianggap sinonim juvenil dan beberapa yang lain (tidak disenaraikan di bawah) diiktiraf sebagai spesies yang sah.
Berikut disenaraikan ikan terbesar (gabungan panjang dan berat) di lautan dan sungai masa kini.
Walaupun ada terdapat spesies ikan yang lebih panjang, namun ia tidak memiliki berat yang mengagumkan untuk ditabal sebagai ikan terbesar.
No.6 ➡ Great white shark
Ikan great white shark yang turut dikenali sebagai the great white, white pointer, white shark atau white death.
Membawa nama binomial Carcharodon carcharias, ia adalah spesies jerung lamniform besar yang dapat ditemui di perairan permukaan pesisir semua lautan utama. Ikan great white shark dikenali kerana saiznya.
Spesies dewasa mampu mencecah 6.4 meter atau 21 kaki. Beratnya pula pula sekitar 520 – 750 kg.
No.5 ➡ Beluga sturgeon
Ikan beluga sturgeon atau nama binomialnya Huso huso adalah contoh ikan pemangsa bersais besar yang menjadikan ikan sebagai makanan utamanya, turut sama memakan anjing laut.
Beluga yang berada dalam keluarga besar Acipenseridae dan order Acipenseriformes boleh didapati terutamanya di Lembangan Caspian dan Laut Hitam, dan kadang-kadang di Laut Adriatik.
Rekod terbesar yang diterima ialah spesies betina pada tahun 1827 di muara Volga dengan berat 1,571 kg dan 7.2 meter panjang (23 kaki 8 inci).
No.4 ➡ Greenland shark
Greenland shark hidup lebih jauh ke utara berbanding jerung lain, dimensi yang sama dengan spesies great white shark.
Greenland shark mampu membesar sehinggai 6.4 meter (21 kaki) dan mencecah berat 1,000 kg atau 1 tan.
Spesies ini berketrampilan agak lembap, dengan kepala kecil, muncong kecil dan mata kecil. Kelajuan maksimum mereka adalah 1.7 batu per jam.
Kebanyakannya hidup dalam keadaan hampir buta, dan menjadikan bangkai sebagai makanan.
No.3 ➡ Basking shark
Ikan basking shark atau nama binomialnya Cetorhinus maximus adalah ikan hidup kedua terbesar di dunia, dan salah satu daripada tiga jerung yang memakan plankton selain whale shark dan megamouth shark.
Ia boleh didapati di semua lautan suhu sederhana di dunia. Basking shark dewasa mampu mencapai 6 hingga 8 meter (20-26 kaki) panjangnya.
No.2 ➡ Giant Oarfish
Ikan giant oarfish adalah ikan terpanjang dalam spesies ikan bertulang banyak. Spesies ini lazimnya dikenali kerana panjang dan bukan kerana saiz berat.
Ia mampu membesar panjang dengan mudah sehingga 3 meter (9.8 kaki). Malah rekod terpanjang pernah dicatatkan adalah sepanjang 11 meter (36 kaki) namun ia sangat jarang dilihat kerana giant Oarfish tinggal di kedalaman sekitar 1,000 meter atau 3,300 kaki.
No.1 ➡ Whale shark
Ikan whale shark atau yu paus dengan nama binomialnya Rhincodon typu adalah yu penapis yang bergerak paling perlahan.
Pengesahan telah dicatatkan ia mampu membesar sepanjang 12.56 meter atau 41.50 kaki dan berat kira-kira 21.5 tan metrik.
Ada laporan yang menyatakan terdapat spesies yang lebih besar namun ia belum disahkan. Whale shark mempunyai mulut dengan bukaan selebar 1.5 meter.
Memiliki 300 hingga 350 baris gigi kecil dan 10 pad penapis yang digunakan untuk menapis makanan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...