Fishing Guide: Biyek – Tekong Sohor Tasik Temenggor

Share

 

Nama penuh: Mohd Rizam b Rasdi

Nama FB: Rizam de jong

Usia: 37 tahun

Status: Tekong / Guide

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

RIZAM: Saya menjadi guide dan tekong membawa pemancing sama ada untuk casting atau trekking sudah hampir 12 tahun.

Seingat saya, saya mula menjadi guide dan tekong ini secara rasminya pada Oktober 2007.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

RIZAM: Mungkin kerana minat yang mendalam dalam dunia memancing. Oleh sebab itu, saya memilih kerjaya ini sebagai sumber rezeki.

Saya yakin industri memancing ini mampu menjana pendapatan bagi sesiapa saja yang bijak mengambil bahagian.

 

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide? 

RIZAM: Kriteria yang paling utama adalah sabar. Sabar melayan kerenah-kerenah pemancing. Customer-customer yang datang.

Kita juga harus bertanggungjawab atas keselamatan para penumpang / pemancing ketika di atas bot.

Selain itu, disiplin dan pengurusan yang terbaik juga perlu kerana customer-customer yang datang dengan bayaran yang berbaloi dan dengan harapan yang tinggi untuk bercuti tenangkan fikiran sambil memancing.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

RIZAM: Rintangan yang dihadapi adalah masalah bot rosak. Apabila bot rosak jauh dari jeti agak susah untuk kami hubungi pasukan penyelamat kerana talian telefon tiada. Rintangan lain seperti cuaca yang tidak menentu.

Harapan saya agar dunia pancingan di Tasik Temengor ini dapat dikembangkan lagi hingga ke luar negara. Dapat melahirkan lebih ramai pemancing yang mahir dan datang ke Royal Belum ini.

 

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

RIZAM: Sama saja macam tekong atau guide lain. Pengalaman yang manis tentu saja bila trip berjaya dapat hasil yang banyak.

Pengalaman pahit tentulah bila trip kumpau. Bukan semua tekong senang hati bila menerima wang upah sedangkan trip tak memberangsangkan.

 

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

RIZAM: Dengar apa yang guide/tekong cakap. Apa yang kami sarankan ini adalah untuk anda semua memperoleh hasil. Bukanlah untuk menunjuk atau mengarah.

Kemudian pilihlah musim yang sesuai dan guna alatan yang sesuai sama ada untuk main sebarau atau toman.

 

 

Pakej

 

Nama bot: Rizam@Biyek

Saiz: 5kaki lebar 20kaki panjang

Enjin:40hp

Harga sewa: (hubungi dan bincang pakej)

Jumlah pemancing: 3-4 orang

Waktu memancing: 7pg – 7ptg (daytrip dan camping)

Lokasi memancing: Royal Belum dan Tasik Temengor Selatan

Jeti: Hentian Amanjaya Royal Belum

 

IKLAN