Nama: Nornazaitul Shima bt Md Noor

Nama FB: Juzaili Shima JS

Usia: 33 tahun

Lokasi: Kuala Terengganu

Nama produk: Minyak JS

 

UMPAN: Sejak bila bergelar pengusaha umpan memancing ini?

SHIMA: Secara rasminya lebih kurang dalam 2 tahun yang lepas, saya mula memasarkan umpan Minyak JS ini ke pasaran seluruh negeri.

Pada awalnya saya hanya memasarkan untuk pemancing sekitar Terengganu dan Kelantan saja tetapi banyak dapat permintaan dari luar seperti Selangor dan utara tanah air.

UMPAN: Kenapa anda memilih usaha ini?

SHIMA: Sebelum ini saya memancing di kolam air tawar menggunakan umpan minyak yang dibeli. Oleh kerana hasil yang kurang memberangsangkan, saya belajar dan tabiat pemakanan ikan dan cuba buat umpan sendiri.

Pada permulaannya saya buat untuk saya pakai sendiri. Lepas tu ada permintaan dari kawan-kawan dan mereka syorkan boleh cuba untuk buat jualan.

UMPAN: Apa cabaran dan harapan anda dalam meneruskan usaha ini?

SHIMA: Sememangnya ada cabaran walaupun sambutan biasa-biasa sahaja. Saya jugak beritahu pelanggan secara jujur… lain kolam lain citarasa. Ada yang sesuai ada yang kurang… dan juga berkongsi rahsia teknik dan cara guna tersendiri.

Saya sering ingatkan bahawa umpan hanya sekadar tawakal dan usaha. Rezeki datang dari Allah… itulah yang paling saya tekankan untuk pelanggan. Semestinya harapan saya amat berharap pelanggan saya dimurahkan rezeki serta dipermudahkan hasil yang lumayan.

UMPAN: Ceritakan apa kelebihan produk anda?

SHIMA: Minyak JS dijamin halal. Ia diperbuat daripada bahan-bahan sumber halal dari laut. Walaupun bahan dari laut namun ia sangat menarik serta berupaya memikat ikan-ikan air tawar. Minyak JS memiliki bau yang tersendiri yang sangat sesuai deria ikan untuk mencari makanan.

 

UMPAN: Cerita sedikit pencapaian membanggakan yang pernah diperolehi?

SHIMA: Setakat ini saya tidak menerima sebarang komen negatif dari para pelanggan. Secara peribadi pula saya pernah memperolehi ikan rohu sebanyak 50ekor dalam masa 5jam. Itu adalah rekod yang terbanyak pernah saya dapat.

Minyak JS boleh dicampur dengan dedak dan roti. Rekod ikan terbesar yang pernah diperoleh ialah ikan tongsan 13kg. Minyak JS ini juga boleh digunakan untuk memikat ikan keli dan patin kolam.

Malah ada pengguna yang berjaya mendaratkan patin liar di sungai menggunakan minyak ini bersama perut ayam.

 

baca juga Entrepreneur – Braidmaster, Pembekal Tali Sulam Dan Tangsi

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan