Sekiranya gear box tidak dijaga dengan baik ia akan memberi kesan kepada giginya ketika kita menukar gear untuk ke hadapan atau mengundur.
Periksa selalu skru gear box agar ia sentiasa ketat dan ia juga elemen penting daripada segi penjagaannya kerana sekiranya skru itu tertanggal dan boleh menyebabkan air masuk dalam gear box tersebut.
Semua enjin sangkut menggunakan sistem penyejuk enjin menggunakan water pump yang disalurkan dari bawah kipas kepada head enjin seperti radiator kereta. Cuma bezanya ia tidak mempunyai tangki radiator dan hanya menggunakan air dari rendaman kipas setelah enjin dihidupkan. Ia bagi memastikan enjin dalam sentiasa dalam keadaan sejuk ketika bergerak.
Ada dua faktor yang dapat dikesan sekiranya water pump enjin sangkut ini tidak berfungsi.
Pertama ia dapat dilihat daripada pancutan air yang keluar dari salur penyejuk itu tidak keluar langsung ataupun keluar dalam kuantiti sedikit, kemungkinan salur paipnya sumbat akibat disimpan terlalu lama hingga menyebabkan serangga menjadikannya sebagai rumah tumpangannya.
Dalam kes sebegini anda hendaklah menggunakan tekanan angin yang kuat untuk memberi ruang salur paip tadi untuk menyalurkan air dari bawah.
Kedua, sekiranya pancutan air dari salur paip water pump keluar sedikit atau tidak keluar langsung ini mungkin berpunca dari getah water pump yang tersebut telah rosak. Ia perlu diganti baru.
Sistem water pump ini sesuatu yang amat penting kerana sekiranya ini berlaku tanpa kita sedari ketika enjin sedang bergerak laju ia akan mati tiba-tiba dan boleh merosakkan sistem ring dan piston. Sudah tentu akan mendengar bunyi yang lebih kasar pada enjin sangkut anda selepas itu.
Bagi semua enjin sangkut yang telah direka ia perlu diletakkan secara berdiri atau di atas stand dan perlu dihidupkan sekurang kurang 2 minggu sekali sekiranya tidak digunakan. Tutupkan lubang-lubang salur air water pump supaya tiada serangga yang boleh menumpang selepas penyimpanan dibuat.
Pastikan juga semua salur minyak dalam keadaan baik dan juga tangki tidak bocor. Bagi enjin sangkut yang digunakan di perairan air masin.
Buat flushing dengan membilas enjin anda dengan air tawar dengan merendam seperti paras menyangkut enjin pada bot dan biarkan ia hidup selama 10 minit bagi membuang sisa air masin yang tertakung pada sistem penyejuk enjin.