Ikan sikang ditemui di sungai-sungai pegunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin. Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonidae (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia.
Ads
Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pegunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain. Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain.
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan. Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Ads
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak berapa enak. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat. Sesungguhnya ia adalah satu kerugian yang nyata.
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Panjang tubuhnya dapat mencapai 120cm. Sudut mulutnya terdapat dua pasang kumis pendek (barbel) yang berguna sebagai deria pengesan.
Sirip dorsal memiliki duri keras yang berubah menjadi patil yang besar serta bergerigi di tepiannya, sedangkan duri-duri lembut pada sirip dorsal terdapat 6 – 7 unit.
Pada permukaan belakang badannya ada sirip dorsal kedua (adipose fin) yang ukurannya sangat kecil dan sirip kaudalnya membentuk cagak dengan bentuk simetris.
Sirip analnya agak panjang dan mempunyai 30 – 33 duri-duri lembut lunak, sirip pelviknya terdapat 6 duri-duri lembut.
Sedangkan sirip pektoral terdapat satu duri keras yang berubah menjadi senjata yang dikenal sebagai patil (sengat) dan memiliki 12-13 duri lembut.
Habitat dan Tabiat Ikan Patin
Habitat ikan patin ialah di tepi sungai–sungai besar dan di muara-muara sungai dan tasik. Jika dilihat dari bentuk mulut ikan patin yang letaknya sedikit agak ke bawah, maka ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar perairan.
Ikan patin begitu terkenal dan digemari oleh masyarakat kerana daging yang enak dikonsumsi. Patin dikenali sebagai haiwan yang bersifat nokturnal, iaitu melakukan aktiviti atau aktif pada malam hari. Ikan ini suka bersembunyi di liang-liang tepi sungai.
Larva ikan patin di alam semulajadi biasanya bergerombolan dan sesekali muncul di permukaan air untuk menghirup oksigen dari udara pada menjelang awal pagi.
Untuk ternakan ikan patin, medium atau lingkungan yang diperlukan tidaklah rumit, kerana patin termasuk golongan ikan yang mampu bertahan pada lingkungan perairan yang berkualiti rendah.
Walaupun patin dikenal ikan yang mampu hidup pada lingkungan perairan yang rendah kualiti, namun ikan ini lebih menyukai perairan dengan kondisi perairan bersih.
Terdapat kira-kira 120 spesies ikan buntal dan banyak yang beracun. Ikan ini mempunyai sejenis racun yang dipanggil sebagai tetrodotoxin, racun ni 1200 kali ganda lebih kuat dari cyanide. Ini bermakna seekor ikan buntal mampu untuk membunuh 30 manusia dewasa.
Gigitan Setajam Pisau
Ikan buntal adalah dari keluarga Tetraodontidae yang diambil dari bahasa Yunani iaitu `tetra’ yang bererti empat dan `odous’ bermakna gigi. Apabila dilihat sekali imbas, keempat-empat gigi tersebut hampir menyerupai bentuk paruh, tetapi bukanlah paruh!
Namun, gigi ikan buntal mempunyai karakter seperti gigi haiwan pemotong yang selalu tumbuh memanjang. Untuk mengatasi pertumbuhan giginya, ikan buntal melakukannya dengan cara menggesekkan gigi pada terumbu karang dan batuan.
1000 Spesies
Menurut pakar kajian haiwan marin laut, ikan buntal mempunyai 1000 jenis spesies berikutan memiliki proses pembiakan yang cepat. Nama ikan buntal berbeza sebutannya di setiap negara antaranya ballon fish, blowfish, globerfish dan toadfish.
Saiz Hingga 2 meter
Ikan buntal terbesar pertama ditemui di perairan laut Jepun dan Afrika. Spesies ikan buntal terbesar di dunia dikenali dengan sebutan ikan stella yang mampu mencapai panjang 47 inci. Jadi, sekarang korang tentu faham dari mana kekili Stella yang gah itu dapat nama.
Ikan buntal di sungai Congo dikenali sebagai ikan jenis air tawar. Ikan ini dikategorikan sebagai ikan buntal air tawar terbesar di dunia dengan ukuran 26 inci. Ikan buntal di India pula dikategorikan sebagai ikan buntal terkecil di dunia. Ukuran ikan buntal India hanya berukuran 1 inci.
Racun Power
Keunikan yang dimiliki ikan buntal adalah racun yang terdapat di kulitnya, bukan di dalam tubuh. Racun ini dikenali Tetrodotoxin atau TTX. Tetrodotoxin adalah neurotoksin yang mampu merosakkan sistem saraf sehingga menyumbat saluran komunikasi antara tubuh dengan otak dalam waktu yang singkat. Sebab itulah dikatakan bahawa racun yang ada pada ikan buntal lebih berbahaya dibandingkan dengan sianida.
Kembung 3 kali ganda
Keunikan ikan buntal adalah ketika diancam pemangsa. Ikan buntal akan mengembungkan tubuhnya sehingga duri-duri tajam yang beracun di kulit menakutkan pemangsa. Lebar ikan buntal ketika mengembungkan tubuhnya melebihi 3 kali ganda dari ukuran biasa.
Merubah warna
Ikan buntal juga mempunyai keunikan lain iaitu kemampuan untuk mengubah warnanya mengikut keadaan sekeliling. Selain itu, ikan buntal juga dapat melarikan diri dengan cepat kerana ikan buntal mempunyai penglihatan yang jauh lebih baik.
Membuat Tempat Tinggal Sendiri
Dari sekian banyak spesies ikan buntal, ada sebahagian ikan yang mampu membuat tempat tinggalnya sendiri. Contohnya seperti white-spotted puffer dan masked puffer. Kedua jenis ikan ini membuat tempat persembunyian atau rumah sendiri.
White-spotted puffer membuat sarangnya dengan menggunakan dasar pasir. Gambaran sarang yang biasanya dibuat oleh ikan tersebut berbentuk bulat dengan diameter 6 kaki atau 3 meter. Mereka lakukan ini untuk menarik perhatian ikan buntal betina untuk bertelur di dalam rumahnya.
Boleh Dijadikan Ikan Peliharaan
Ikan buntal ikan yang beracun, tetapi ramai peminat ikan memelihara ikan beracun tersebut. Ikan buntal yang selamat untuk dipelihara adalah seperti green potted puffer, bronze puffer dan pignose puffer. Walau bagaimanapun, ikan buntal memerlukan banyak air maka wajib bagi pemelihara ikan ini untuk selalu menggantikan airnya.
Memandangkan gigi ikan buntal yang cepat tumbuh, maka ikan tersebut sangat memerlukan batu karang atau cengkerang siput sebagai bahan pemotong giginya. Dan ikan buntal juga agresif apabila bercampur dengan ikan lain.
Menjadi Hidangan Lazat di Jepun
Di restoran Jepun, ikan buntal menjadi santapan yang lazat namun, memerlukan skil yang baik dalam mengolah ikan buntal sebelum menjadi makanan. Untuk menghidangkan ikan buntal memerlukan pakar tukang masak profesional untuk menyiang ikan tersebut agar racun ikan buntal boleh dibuang sepenuhnya sehingga selamat untuk dimakan.
Ketika ini terdapat 15 spesies yang datangnya daripada genus Cicla. Spesies ini merupakan spesies ikan natif bagi kebanyakan sungai di Amerika Selatan. Kawasan asal spesies ini termasuklah Sungai Amazon, Lembah Sungai Orinaco dan Guyana.
Spesies peacock bass ini juga pernah diperkenalkan di beberapa kawasan lain di dunia. Oleh kerana ikan ini cepat membiak dan agresif, spesies ini mempunyai kadar survival yang sangat tinggi malah mampu mengancam spesies ikan asal lantas menyebabkan ekosistem asal di sesetengah tempat terganggu.
Secara fizikal, morfologi luaran bagi bagi peacock bass bergantung kepada spesies dan peringkat tumbesarannya. Sesetengah peacock bass jantan mempunyai bonggol yang besar di bahagian kepalanya apabila mencapai peringkat matang. Bagi semua spesies peacock bass, dapat diperhatikan corak yang berlainan pada badannya.
Namun pada bahagian kaudal pedunkel iaitu sambungan badan dan ekornya, dapat dilihat kehadiran tompokan hitam bulat di situ. Ini merupakan tanda yang hadir pada kesemua spesies ikan ini. Bagi spesies Cichla acellaris, dapat diperhatikan morfologi luaran utama dari segi corak badannya iaitu terdapat dua corak vertikal memanjang.
Seterusnya di bahagian bawah berhampiran abdomen di bawah sirip pektoral, terdapat satu lagi corak barisan hitam. Kebanyakan spesies peacock bass boleh ditemui di kawasan air berarus dan air tenang dengan struktur seperti batu atau tumbuhan akuatik.
Selalunya ikan ini bergerak secara berkumpulan. Ikan ini merupakan pemangsa dan sangat agresif. Ia menjadikan ikan kecil malah sesetengah tidak segan untuk menyerang ikan yang bersaiz besar sebagai diet utamanya. Oleh kerana tabiat agresifnya, ikan ini tidak sesuai diternak kerana sifat pelahapnya.
Di Malaysia, ikan peacock bass telah dilabelkan sebagai ikan pendatang atau ikan alien. Dalam kontek sains, ikan ini dikira sebagai perosak yang berisiko tinggi kerana kehadiran ikan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekosistem asal.
Antara implikasi kehadiran ikan ini tanpa kawalan ialah kepupusan spesies asal ikan tempatan kerana persaingan untuk mendapatkan makanan dan habitat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, sifat ikan ini yang begitu agresif menjadikan ikan ini pemangsa kepadaq spesies ikan tempatan.
Walaupun spesies peacock bass merupakan spesies pendatang, nilainya dari sudut pancingan sukan memang tidak dapat dinafikan. Pemancing Malaysia sekarang ini rata-riti bersetuju bahawa perlawanan di hujung pancing dengan peacock bass sangat mengujakan. Sekali gus menimbulkan persoalan yang tidak terjawab apakah amalan tangkap dan lepas turut wajar dilakukan terhadap spesies peacock bass ini.
Di luar negara, spesies ini diangkat sebagai ikan trofi bagi pancingan ikan air tawar. Spesies C. temensis merupakan spesies yang mampu membesar sehingga panjang 99cm! Di Malaysia, selalunya kita dapat menjumpai spesies C. ocellaris yang juga berkualiti sebagai ikan sukan selain mampu membesar sehingga 74cm panjang.
Namun, dipercayai bukan spesies C.ocellaris saja menceroboh masuk berikutan spesies terbesar Cichla iaitu C.temensis sudah pun menjarah perairan kita.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...