SOALAN:

Saya ada beberapa soalan untuk ditanya. Pertama, umpan apa yang sesuai untuk memancing baung dan keli. Umpan jenis apa yang sesuai untuk ikan di kolam air tawar terutama untuk lekoh, patin dan rohu. Adakah penggunaan dedak mengikut cuaca? Adakah ikan bersisik aktif di waktu malam?

 

JAWAPAN:

Kolam air tawar dihuni pelbagai spesies ikan yang mempunyai naluri dan diet makanan tersendiri. Namun biasanya hampir semua ikan ternakan kolam diberi makan dedak. Ada pelbagai jenis dedak untuk makanan ikan kolam air tawar.

 

Namun masalah ketara kepada kaki pancing ialah pemilihan jenis dedak yang terlalu banyak di pasaran dan cara memasang dedak pada mata kail. Penulis cuba rumuskan jenis umpan dan sasaran ikan yang biasa diperoleh daripada umpan berkenaan.

 

Cacing (hampir semua ikan kolam kecuali patin). Cengkerik (pacu, baung, keli dan tilapia). Usus/perut ayam (keli/ keli Afrika dan patin). Roti/sisa roti (tongsan, kap dan patin). Udang sungai (baung, ketutu dan tilapia).

 

IKLAN

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Anak ikan (belida, toman, baung dan keli). Serangga termasuk belalang (tilapia, ketutu, keli, pacu dan baung). Katak (toman dan haruan). Dedak (patin, rohu, tongsan dan leekoh).

 

Antara umpan yang disebutkan, dedak paling popular dan digunakan secara meluas di kebanyakan kolam. Dedak di pasaran ada pelbagai jenis, jenama dan saiz. Ia biasanya diadun dengan telur, air belacan, air sirap, santan kelapa, sisa biskut dan macam-macam lagi.

 

IKLAN

Ada juga pemancing mencampurkan adunan pelbagai dedak supaya lebih berkesan. Ini tidak termasuk dedak yang diperam semalaman atau lebih sehingga berbau tengik untuk menarik ikan.

 

Bagi soalan kedua, umpan terbaik spesies yang dinyatakan adalah seperti jawapan soalan pertama. Mungkin terdapat sedikit perbezaan selera makan ikan air tawar di kolam ternakan dan ikan liar dalam air berarus.

 

Bagaimanapun anda disaran sentiasa mempelbagaikan jenis, adunan dan teknik mengumpan dari semasa ke semasa. Contohnya, kalau patin gemar roti, tidak semestinya kita hanya menggunakan roti.

Andaikan roti tiada, fikirkan umpan alternatif. Dengan ini, pengetahuan terutama yang kita peroleh daripada pengalaman sendiri amat berharga daripada mendengar cerita orang lain.

IKLAN

 

Sebagai pemancing kita perlu sentiasa mendalami ilmu memancing tidak ketinggalan oleh perubahan arus pemodenan. Penggunaan dedak lebih merujuk kepada jenis ikan dan teknik mengumpan. Cuaca tidak begitu besar peranannya dalam adunan dedak kecuali kita biarkan ia berhujan atau biarkan kekeringan di bawah terik matahari.

 

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Begitu juga dengan saiz ketulan dedak yang diadun mesti bersesuaian dengan mulut ikan buruan serta saiz mata kail yang digunakan. Ada ikan aktif waktu siang dan ‘hilang’ di sebelah malam. Ada ikan aktif waktu malam dan ada juga aktif tidak mengira waktu.

 

Hampir semua ikan bersisik aktif waktu siang dan malam. Lazimnya kebanyakan ikan ini lebih agresif dengan pemburuan makanan pada sebelah malam kerana faktor penyamaran ketika usaha menerkam mangsa. Faktor persekitaran turut mempengaruhi selera dan pergerakan ikan seperti cuaca yang terlalu panas, bunyi bising dan kehadiran manusia di habitatnya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI